Dalam dunia ini,
Selain diri sendiri dan keluarga,
Kita dikira amat beruntung sekiranya mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita mencurigai katanya, sedangkan luahannya seikhlas rela,
Terlintas utk mencemburuinya pabila gerakgayanya ada yg tak kena dimata,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Layakkah kita berbuat begitu sedangkan niatnya ikhlas kerana ikatan sahabat saja,
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah ini rasanya.....?
Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam. Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan Janga...
-
Episod 3: Meoro Attack, UPSR dan sifir Recap episod 2 ~ Aku masih ingat tatkala leka bermain aci ligan pada satu hari waktu rehat...
-
Episod 1: Pondok Usang di pinggir bukit. "Jangan kayuh pelan, satgi hang jatuh......kena kayuh laju-laju" ....sambil ber...
-
Episod 2: Mengigau, main tiang, zero point dan aci ligan... recap episod 1 ~ Sebelum tidur, mak selalu suruh kami hafal surah-sura...
No comments:
Post a Comment