Tuesday, March 01, 2005

:: Memori Katak Pisang - Akhir ::

--> Sedutan siri 1:
--------------------------------------------------------------------------------

Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak enna..memang dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu. Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu. Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh di negeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan! "Kak Jun!!" Aku terkejut beruk. Aina tersenyum di sisi seorang lelaki yang sedang tersenyum memandangku tidak jauh dari Toyota Altisnya yang tersadai di bahu jalan.
-------------------------------------------------------------------------------

"Kak Jun cepat naik! Abang nie nak tolong hantarkan.."
Aku memandang lelaki itu curiga.
"Cepatlah kak!!" Aina menarik tanganku. "Kau nie.. kau kenal ke orang tu?" Aina menggeleng kepala.
"Dah tu pandai-pandai sangat nak tumpang kenapa?" "Kak Jun ni dah nak berbuka dah ni tau.. takkan kita nak tunggu sini sampai besok pagi! Lagipun takutlah.. sini sunyi..mana ada rumah orang.."
"Iyer la.. tapi kita tak kenal dia.. bukan orang kampung kita nie..sekali bapak ayam ke.."
"Apalah akak ni!" Aina sudah menarik muka masam. "Kalau akak tak nak naik sudah! Biar Aina balik dengan abang tu!"
Amboi.. tak makan nasihat! Aku memaksa diri melangkah menghampiri lelaki itu. "Errr.. Abang, ni la kakak sepupu kita.. " Aku tersenyum sekadar berbahasa. Dalam hati memang geram dengan telatah Aina. "Duduk kat kampung mana?" soalnya sambil membukakan pintu. Aina cepat-cepat masuk. Sabar aje la aku. Lelaki itu Cuma tersenyum melihat aku kegeraman.
"Pamah Kulat.. err.. Encik ni nak kemana?" soalku setelah dia mula menggerakkan keretanya.
"Saya nak berbuka puasa di rumah pak cik saya..selalu jugalah saya ke sini, tapi tak pernah jumpa.. cik.."
"Junaida! Nama dia Junaida bang!" cepat Aina menyampuk. Ehhh..budak nie pandai-pandai aje.. kalau dia duduk sebelah aku kat belakang nie memang nak kena cubit.
"Ohh.. dekat-dekat sama dengan nama Aina ye. Junaida.. Junaina..silap-silap orang ingat kembar.." Aina tertawa kecil.
Amboi gediknya si Aina nie.. mentang-mentanglah mamat nie hensem dan macho sikit.
"Jun, Jun tak kenal saya ke?" soal lelaki itu sambil melihat aku melalui cermin. "Err.. sorry la.. memang tak kenal,"
"Perangai awak nie dari kecil memang tak berubah-ubah. Berterus terang.." Lelaki itu tersenyum.
"Err.. abang kenal ke kak Jun?" soal Aina hairan.
"Jun tak ingat masa kecil-kecil dulu.. budak yang selalu tunggu Jun tepi simpang depan tu masa balik mengaji? Yang selalu bawa lastik burungtu.." Aku mengerut kening. Terbayang tiga ekor iblis kampung yang selalu mengganggu Suhaimi. Masih kuingat lagi baju kurungku terkoyak teruk kerana menghambat mereka kerana menyorokkan selipar Suhaimi.
"Err. ni Usop ke?" soalku.
"Ya.. Usop la nie.. yang selalu Jun kejar dulu.." Usop tertawa kelucuan. Mak aiii.. biar betul budak berhingus ni dulu dah jadi macho dan kacak sebegini.
"Kau tak percaya kat aku ke Jun.. aku la.. Usop Hingus yang kau cakap dulu..
kau buat apa sekarang nie Jun?" soalnya. "Kerja kat Putrajaya.. kau?" soalku pula.
"Dulu jadi model.. ala masa tu kau kat UK..sekarang nie aku buka business sikit-sikit.. dah tua ni Jun.. kenalah cari ekonomi yang kukuh sikit.." keretanya membelok ke tengah laman. Kelihatan Pak Ngah baru saja menghidupkan enjin kereta saat kami turun dari kereta. Usop berlalu setelah aku mengucapkan terima kasih.
"Ingatkan sesat ke mana tadi.. " ujar pak ngah sambil mengunci kereta Mercedesnya semula. Aku Cuma senyum dan masuk ke dalam rumah. Sesaat selepas itu azan maghrib pun berkumandang..
MALAM ke 25 Ramadhan begitu bercahaya. Pelita-pelita panjut menyala terang di kiri kanan jalan. Aku merebahkan badan di atas katil. Adikku Aishah tidur di luar bersama-sama Juliana dan Atheera. Memang setiap kali musim raya mak ngah dan pak ngah akan bermalam di rumah kami memandangkan rumah atuk telah sendat dengan adik beradik yang lain seramai 8 buah keluarga. Si Junaina tidur di bilik aku. Anak dara sulung pak ngah tu memang tak suka berhimpit-himpit macam adik-adiknya yang lain. Tapi dia berhati baik, tak lokek barang dan harta benda. Hmm. kawin? Aku tersenyum sendiri. Macammana aku nak terima si Suhaimi sedangkan suatu masa dahulu aku yang menjadi pelindungnya. Lagipun, macammana dia nak sara hidup aku nanti? Entah-entah, gaji aku lebih tinggi dari gaji dia. Isshh. kalau dia handsome macam si Usop tu tak apa juga. Lagipun, aku ni bukannya tak ada rupa. Cuma jodoh belum tiba lantaran sibuk dengan pelajaran dan kerjaya.
"Aku tak sangka tomboy brutal masa kecil-kecil dulu dah jadi macam tuan puteri.. apa rahsia kau Jun.." soal Usop sambil tersenyum.
"Rahsia..? Entahlah.. time is changed Usop.. kau tu pun.. dulu mana ada macam nie.. " balasku.
Kerapu kukus masih berwap panas membangkitkan selera. Tapi mengenangkan aku ni anak dara terpaksa control sikit.. Siang tadi beriya-iya benar dia mengajak aku keluar berbuka sama di Restoran Terapung Nelayan di bandar Lipis, satu-satunya restoran eksklusif di daerah itu. Kira-kira sejam perjalanan dari Raub.
"Mungkin aku banyak membantu kot.. kalau tak kerana kau yang selalu mengejar kita orang dengan pelepah pinang takkan kau jadi tinggi lampai macam ni, betul tak?" usik Usop lagi.
"Apa la kau ni Usop.." "Tak sangka kan.. setelah 14 tahun terpisah kita berjumpa semula, kan?" Usop senyum mempamerkan barisan giginya yang kemas tersusun.
"Kau.. kau dah ada special boyfriend?" soalnya membuatkan aku tersedak. Cis!! Celako.. soalan maut dia tanya aku! "Kenapa? Kau nak jadi boyfriend aku? Kau dah lupa parut kat perut kau dulu?" soalku. Usop tersengih. "Jun, aku tertarik dengan kau.. kalau kau mahu beri aku peluang, aku tak akan kecewakan kau.." Wah.. semudah itu? Aku tersenyum. "Jangan bergurau Sop.."
"Tak .. aku tak bergurau.. serius.. kalau kau nak tahu sejauh mana kejujuran aku.. aku akan hantar rombongan ke rumah kau bila kau kata yes..sungguh Jun.. aku dah tak macam dulu lagi.. " Kata-kata Usop masih terngiang-ngiang di telinga. Aku kebuntuan. Biar betul mamat sekor ni.. Mustahil dia lupa perutnya yang bocor akibat terkena kaca dulu. Sebulan kena tahan di wad gara-gara aku. Itulah kacau lagi si Suhaimi tu. Aku tertunduk. Tiba-tiba ingatan pada Suhaimi menjelma. Kerana peristiwa itu uga Suhaimi terbuang jauh dari bumi Dato' Bahaman ini. Dan yang pasti semakin hampir hari raya semakin aku terasa sesuatu yang belum kulangsaikan.
Peristiwa itu masih segar di ingatan. Waktu itu hari raya semakin hampir tiba. Seperti biasa Suhaimilah orang pertama tiba di surau. Membentangkan sejadah..membersihkan laman yang ditimpa dedaun kering.. memasak air.. Sewaktu sedang sibuk dia mengambil air dari perigi di belakang surau Usop, Udin dan Mail Kengkang datang mengganggu. Simen surau yang sedang dibersihkan sengaja dikotorkan lagi.
"Uuusss.sssop! Jajaja..janganlah kkkootorrkan!" pintanya. Usop Cuma tertawa mengejek dan merampas songkok usang Suhaimi.
"Ohh.. patutlah bersongkok sepanjang masa.. ada kurap kat kepala!!!" Suhaimi berusaha merebut songkok lusuhnya tetapi tiga ekor jin itu semakin galak mempermainkannya. Aku pokok kundang yang sedang kemaruk berbuah itu aku menyaksikan perbuatan mereka. Dalam hati aku jadi marah .. kenapalah si Lembik nak mampus tu tak melawan? Cuba bagi penumbuk sebiji!
"Woii!!" Usop terhenti dan berpaling ke arah suara itu. Aku segera turun dari pokok kundang dan menghampiri ereka. "Hek elehh. nak tolong buah hati dia la tu.." sindir Mail Kengkang.
"Pulang balik songkok dia!" Aku membulatkan mata. Dia orang nie memang nak kena luku ngan aku ni.. aku menyingsing lengan baju kurung bersedia mengepal penumbuk. Usop menjelingku sambil tersenyum. "Ko sayang sangat budak berkurap nie kenapa?" soalnya. "Eh suka aku la nak sayang ke nak benci ke.. kau sibuk kenapa? Pulang balik songkok dia!" Aku menunjal kepala Usop yang rambut berceracak seperti landak mengeram itu.
"Ko main kepala ye? Kerana budak kurap nie kau tunjal kepala aku??"Usop memegang tanganku kuat.
"Ko nie nak kena sangat yek?" soalku sambil mengangkat kaki 45 darjah. Sekuat hati aku menendang perut Usop. Usop terpersok di celah tiang surau. Aku tertawa puas. Padan muka.
"Wei..meh la bangun lawan kalau ko nak sangat..wei!!" Aku mengacah-acah penumbuk ala-ala peninju. Suhaimi yang terpisat-pisat mengesat pipinya yang basah. Perlahan dia mengutip songkoknya di atas tanah. Aku menanti Usop untuk bangun tapi yang terdengar esak tangis beserta raungan kesakitan. Alamak.. aku mendekati Usop. Usop berpaling memegang perutnya yang sudah mengalir darah pekat.
"Usop!! Pak Lebai! Usop luka! Usop kena kaca!!" Mail Kengkang dan Udin sudah menjerit panik. Aku tergamam begitu juga Suhaimi. Kelihatan botol kaca yang sudah pecah tercacak di kaki tiang.
"Jjjuun! Laa.laariii!!" Suhaimi menolakku. Aku kepucatan. Usop sudah tidak bergerak-gerak lagi. "Imi.. mcammana ?" "Lllaarr..rri cececepat!" Gesa Suhaimi. "Ceeccepat!!" Dan tanpa menanti aku membuka langkah seribu. Dan air mata ketakutan mula mengalir deras. Aku dah bunuh Usop ke?? Sejak peristiwa itu aku menjadi pendiam. Tidak lagi selincah dahulu. Dengar khabar separuh nyawa Suhaimi dibantai Pak Lebai kerana dia mengaku dia yang menolak Usop. Tak cukup dengan itu Suhaimi dibawa ke Kedah setelah tamat Darjah 6. Kerana kesilapanku dia rela dihukum walaupun sepatutnya aku tampil ke hadapan. Sejak hari itu aku tidak lagi melihat baying Suhaimi. Duniaku rasa aman, pertama aku tidak perlu menjadi bonzer Suhaimi. Kedua Usop juga diambil semula oleh ibubapanya dan tinggal di Kuala Lumpur. Namun, saat aku berjuntai di atas pohon kundang aku terasa kehilangan sesuatu. Kehilangan bila melihat laman surau yang sarat dengan dedaunan.. lantai dan tangga yang tidak dijaga bersih seperti selalunya. Tapi perasaan itu hilang bila aku meninggalkan alam kanak-kanak. Nama Suhaimi kian luput diingatan sehinggalah emak membuka suara tentang hajat Pak Lebai. Memang, Suhaimi tentu masih seperti dulu, kepalanya botak kerana penuh dengan kudis yang tak pernah baik badan lembik dan melengkung.. tapi dia tak pernah menyakiti hati orang lain. Dan kerana Suhaimi juga aku mula berubah menjadi anak gadis yang lebih sopan. Tidak lagi menghabiskan masa di atas pokok kundang, tepi-tepi sungai..
"Woi!! Termenung!" Aku terperanjat. Ikan-ikan yang berenang tadi bertempiaran lari. Usop tertawa kecil.
"Kau ni Sop.. kalau aku lemah jantung mati kempunan la kau nak tengok aku bersanding.." Usop tertawa lagi dan duduk di sisiku.
"Macammana?" soalnya. Aku senyum. "Emm.. aku ada cerita nak kasi tau kau.." ujarku.
"Jun, kau tak percaya kat aku ke?" soalnya. "Aku ikhlas Jun.. sebenarnya memori kita kecil-kecil dulu tak pernah luput dari ingatan aku.. sama selagi parut luka kat perut aku nie masih ada. Aku tak salahkan kau Jun.. malah peristiwa itu menyedarkan aku. Kalau tak kerana kau, aku tak mungkin berjaya macam hari nie.." Usop tersenyum.
"Aku hargai perasaan kau tu Sop.. tapi.. kau dah terlambat." Aku senyum.
"Maksud kau .. kau dah ada yang empunya? Boleh aku tau siapa Jun?" soalnya terkejut.
"Emm.. kau mesti tak percaya." aku sendiri nak tergelak. Tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah. Istiharah aku telah menampakkan keputusan yang patut aku buat.
"Cakaplah Jun.. sekurang-kurangnya aku nak tahu siapa lelaki bertuah tu.." pinta Usop.
Suhaimi,"
"Suhaimi? Jun.. mustahil Suhaimi Lembik.." Aku mengangguk membuatkan Usop tertawa besar.
"Kau nak buat lawak ke Jun? Takkan kau nak bersuamikan budak berkurap tu.."
Usop menahan lucu. "Sop.. biarpun dia berkurap.. lembik.. tapi hati dia baik. Lagipun.. aku terhutang budi pada dia.. kerana akulah dia terpaksa membawa diri. Kau tahu kan dia dihalau ke Kedah kerana luka perut kau dulu.. "
"Betul ke? Patutlah aku dah tak jumpa dia lagi.." Usop tunduk.
"Tak salah kalau aku memilih dia kan Sop? Dulu kau jugak ejek-ejek dia tu buah hati aku.. sekarang nie.. makbullah doa kau tu.. " aku tersenyum. "Apa pun.. aku harap kau tak menyesal Jun.."
"Menyesal? InsyaAllah tidak.. lagipun Suhaimi pun manusia.. Cuma dia tak sehebat kau.. tapi kalau itu yang membahagiakan aku tak salah kan?" Usop terasa disindir.
"Lagipun Sop, mak aku pesan jangan memilih rupa.." sambungku lagi menerbitkan rona merah di muka Usop.
"Err.. okey la Sop.. aku nak balik dulu.. kau datanglah raya esok kat rumah aku.. bye!" Aku segera meninggalkan pinggir tasik itu. Langkah kuatur kerumah fikiranku menerawang. Aku percaya ketentuan Allah.. harapnya pilihan kali ini diberkati olehNya.
"Kak Jun.. mak panggil ke dalam," ujar Aishah sebaik saja aku sampai di dapur. Kelihatan Aina sedang mengacau rendang di kuali. Mak Ngah tersenyum sambil mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Aku segera naik ke atas. Alamak!! Segera aku berpatah balik. Dua orang lelaki yang sedang berbual-bual dengan mak kelihatan mencurigakan.
Eh.. siapa pulak nie. Aku mengintai. Alamak.. yang kurus kering tu macam kenal ajer.. sesekali dia tertawa menampakkan gigi kapaknya yang besar-besar. Errkkk!!
Hatiku berdebar-debar. Mataku beralih pula si kacak yang berjeans sedang memangku seorang budak kecil.
"Kak Jun!!" Opocot!! Aku terperanjat besar. Aishah kupeluk erat. "Sapa tu?" bisikku.
"Tu la abang Suhaimi." Apa??
"Junn!!!" Alamak!! Suara mak jelas lantang memanggil. Aku rasa macam patung cendana. Mak.. Jun tak sanggup nak terima Suhaimi!! Kata nak datang hari raya.. ni belum raya lagi dah datang!! Ishhh!!
"Jun mari sini kejap!" Suara emak memanggil memaksa aku melangkah ke hadapan. Mak tersenyum.
"Hah.. inilah Jun Imi.. Jun.. kau kenal lagi tak Suhaimi ni?" soal mak. Aku rasa tak larat nak angkat muka. Sampai hati mak suruh Jun kawin ngan dia nie..
"Jun.." Aku memaksa diri bila cubitan emak hinggap di peha. Wajah lelaki kurus kering itu kutatap.
"Jun.." Eh.. magik ke dia.. panggil nama aku tapi mulut tak kumat kamit pun..
"Mak.. Jun tak nak kawin!" Bisikku perlahan ke telinga emak. Sekali lagi cubitan halus hinggap ke pehaku.
"Jun.. ini Imi bawa souvenir dari Paris.." Eh.. lelaki kacak yang sentiasa tersenyum itu bangun tiba-tiba dan duduk di sebelahku. Eh.. biar betul.
"Jun tak kenal Imi lagi ke?" soalnya. Aku renung mukanya lama. Mana wajah Imi yang cengkung dulu? Mana songkok lusuhnya? Apa sudah jadi pada badan kurus melidinya dulu? Dan aku cari lagi bukti mengatakan dia adalah Suhaimi.
Dan.. ya.. anak matanya yang berwarna kelabu itu masih kekal pada Suhaimi Lembik yang kukenali dulu.
"Imi.. macammana Imi boleh jadi macam ni? Imi dah tak gagap lagi?" soalku spontan. Suhaimi tersenyum.
"Semuanya kerana Jun. Junlah yang mengubah Imi yang lembik dulu kepada Imi hari ini." ujarnya sambil tersenyum.
"Tapi Imi.." "Tapi apa lagi? Imi nie mesti penat..baru sampai terus ke sini..macammana jadi drebar kapal terbang di negeri mat saleh sana Imi?" sampuk mak.
Drebar kapal terbang? Aku serta merta tergelak kecil. Rupanya perpisahan kami membawa perubahan yang positif . si penakut dah berjaya menerbangkan pesawat!
"Bukan drebar kapal terbang la mak long.. pilot.." sampuk Juliana sambil tertawa. Aku mencuri pandang. Agaknya inilah petunjuk Allah.
"Imi, maafkan Jun kerana Jun Imi terpaksa tinggal di Kedah,"
"Dan kerana Jun juga Imi berubah, Imi jadi kuat bila teringatkan Jun.. dan terima kasih kerana banyak melindungi Imi dulu. Dan sekarang..izinkan Imi pula untuk melindungi Jun selama-lamanya.."
Mak aiii.. aku rasa terbuai.. mak.. Jun setuju pilihan emak!!! Dan lelaki yang kurus itu suami Suhana rupanya!! Aku senyum lagi.. kalau dah jodoh.. katak pisang pun boleh bertukar jadi putera raja!! Syukur pada Tuhan!
" God has reasons for allowing things to happen. We may not understand his wisdom but simply, we have to trust his will."

No comments:

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...