Monday, April 15, 2013

:: Sejarah memang akan berulang ::


Hari ini, tepat jam 3.07 pm tadi, aku menerima gaji pertamaku dari pihak P**. Hmmm....sejak stay di negara orang, perasaan anak rantau mmg senantiasa bertandang. Hari ini mencatat sejarah kedua dalam idup aku tentang tempat kerja baru. 


Aku review kembali sejarah aku n geng GSTT semasa baru2 melapor diri untuk penempatan pertama kami di POLI***. Tahun 2005 banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan aku n geng GSTT mengenai perit jerih idup tiada sumber kewangan yang pasti. Gaji pasti ada, tapi belum pasti bila digenggaman. 

Ada insan bernama Ketua jabatan yg perihatin masalah kami waktu itu menghulurkan simpanan sendiri bernilai RM1000 utk dipinjamkan kepada kami seramai 7 orang pada masa itu. Dengan perasaaan lega dan bersyukur, kami menerima pinjaman bermakna itu. masing-masing melangsaikan hutang yang tertunda dan boleh merancang plan ekonomi bagi bulan tersebut. Aku n geng amat2 menghargai pemberian itu. Terima kasih En Bakri Baharom. Jasamu hanya Allah dapat membalasnya. 

Tadi, bila Cikgu Zakaria (wakil pihak P**) menghulurkan borang utk diisi bagi mendapatkan gaji pendahuluan sebahagian dari gaji, aku tersenyum mengenangkan peristiwa 8 tahun lalu....Sungguh SEJARAH BERULANG....betul kata tomok sewaktu menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang pada tahun 80-an dulu.... Ya Allah, sesungguhNya Engkau Maha Mengetahui. 

ps: Kredit picture goes to Herasuhanti. Tq, jom gi Gadong!

Tuesday, April 09, 2013

:: Rutin yang berbeza ::

Bangunan politeknik Brunei. Block 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Kementerian Pendidikan, BA 1311, Brunei Darussalam.
 Simpang 189-18, No.36, Kampung Rimba, Jalan Estet Gadong, Bandar Ser Begawan.
Kelengkapan yang disediakan oleh politeknik untuk keperluan PnP.
Ini pejabat saya di Politeknik Brunei. Bilik nombor 5.04. Ditempatkan sekali dengan pensyarah asal poli iaitu Jumiatul Zuhriah aka Azu.

Friday, March 15, 2013

:: Salam dari Darussalam ::

Salam Semuanya.....khas buat saudara mara, rakan taulan dan anak-anak didik di POLIMAS. Saya sudah selamat menjejakkan kaki di Negara Brunei Darussalam. Semalam flight pukul 7.55 pm berlepas dari KLIA terbang ke Brunei International Airport dan sampai dalam pukul 10.20 pm.

Sesampai saja kami dijemput oleh pihak Politeknik Brunei ke destinasi penginapan yang memakan masa 20 minit perjalanan. Jerudong itulah nama tempat kami berenam ditempatkan sementara. Gambar kat atas tuh adalah senario bilik yang kami dapat perseorangan. Alhamdulillah, selesa dan aman persekitarannya, macam di Malaysia kayaknya.

Hari pertama kat sini, kami masih lagi perlu persiapkan keperluan seperti menukar sim kad phone, menukar duit dalam matawang Brunei Dollar dan seleraskan waktu solat. Tengah mengadaptasikan suasana, bertemankan member dari poli Borneo. Dia dan saya jer pensyarah perempuan dari Malaysia. Bagus juga ada kawan nih, banyak benda dia dapat ajar dan tunjukkan. Almaklum lah, saya nih memang tak pernah kuar Kedah.....anak jati tuh.

Oklah, jom pekena nasi Ayam Katok......satu pinggan 1 dollar ja....meh...meh....


Sunday, April 29, 2012

:: Việt Nam ::


Backpacking ke Vietnam berlaku pada 05 - 08 Mac 2012. Nak ckp mcm mimpi pon ya jugak sebab that country never cross my mind utk dilawati. Tup tup ptg 05 Mac lps kira-kira dalam pukul 7 petang aku berada ditengah2 kota Ho Chi Minh. (Refer gambar paling poyo kat atas tuh). Dgn beg2 berselimpang kiri dan kanan aku n member aku Min BB berjaya menawan kota Ho Chi Minh dengan mengharung lautan motosikal yang memenuhi segenap ruang jalan raya kota tersebut.

Pelajaran pertama yg kami belajar kat sana ...cara melintas lautan bikers tuh, jln ala2 catwalk ja bila sampai kat zebra crossing, InsyaAllah akan selamat sampai kat seberang sana. Huh, mula2 tgk jalan yg dipenuhi beribu motosikal tuh, agak mustahil dapat menyeberanginya dalam tempoh satu atau dua jam..... Bak kata pakcik Melayu Champa yang kebetulan memerhatikan kami sejak awal tadi, "Adik lintas saje la..." Sambil menunjukka sign zebra crossing yang ada berhampiran kami....paham la kami maksud dia....." Mari saya tolong"..... Dgn murah hati dia assist kami pertama kali melintas ..... lps say "Thanks" kami berlalu menuju ke koordinat lokasi hotel kami....Tersenyum2 kami berdua mengingatkan ada assistant utk lintas jalan tadi, ditambah pula dengan kemurahan hati pakcik Champa tadi, fasih berbahasa Melayu.... aku dapat merasakan ada bau2 Malaysia.....bangga menjadi Melayu.....buktinya sejauh ini aku datang masih ada kedengaran bait-biat patah yang difahami.

Perkara pertama adalah nk melepaskan beban yang sedang aku gembleng sekarang, then mahu memenhi tuntutan perut sejak tadi mendendangkan lagu Sedih V.I.P...mmg sah angin sudah dulu memasuki ruang perut..... jauh sudah berjalan baru sampai ke destinasi impian. Berlaku pulak miss communication.....booking kami dibatalkan sebab dia sangkakan aku n Min BB adalah org yang sama.....aku cancelkan book sebab kami berdua sebilik, wat per nk tempah dua bilik kan? Penuh pulak kebetulan time tuh....hulala....Min dah hangin dah..aku naik panik jgk tgk dia camtuh, yer la sblm nih tak pernah berkelana bersama....sure ada solution ...hehehhe, kami ditempatkan di hotel sebelah saja. Kan dah cakap, sure ok punyo.

Lepas check in , kami cari Vinasun taxi utk ke tempat makan pertama iaitu halal@saigon. Perghhh....mmg sedap but harganya sekali ganda .... nak pulak di convert dalam currency Vietnam Dong....maunya puluhan ribu. After dinner we manage back to hotel at 9.00 pm. Masih awal, but sisih sejam dgn Mesia....di kg dah pukul 10 pm. Sempat tepon kg masa sampai tadi...riuh la dgr mak and adik2 bersahut2....minta ole2 la tuh...paham sgt...tgk la klu beg mampu menampung kapasiti. Pasar Ben Tahn kami lawati mlm tu jgak sambil ambil udara mlm... org sana kecil2 saja....ala2 cili padi la...mmg agresif ....cara jalan...bertutur....beda sekali ya. Agaknya aku n Min BB ja paling besar dalam pasar tuh. Kat sana jugak kelihatan pelancung asing and warga Mesia bersiar2 shoping mlm. Hmmm...jadi mcm kenal ja bila nmpk yg bertudung.....hehehehhe..kelakag.....mmg betoi la kata org .....kat negara org, juper ja yg serumpun trus jadik member.....

Sambil jalan2 santai, kami mencari2 ole2 dan kiriman org utk dibeli....susah nk berckp dalam bhs asing...english pon depa x paham and tak reti.....Melayu pulak yg keturunan Champa ja yg reti ckp....Kalu ditawar harga barangnya...maka silalah beli saudari....klu tak makanya barang tadi naik ke muka. Itu yg jadi pada aku n kawan aku...nasib baik kami cuma bertanya harga key chain yg ringan...naik meradang tetiba makcik tuh...sambil mengamuk dalam bahasa ibundanya dia hampir melempang member aku...terperanjat aku skali....fuih, bekengnya dia. Baru tanya harga kot, takkan dah marah...kok serius ini. Trus kami blah....

Oklah, setakat itu dulu episod pengenalan Vietnam....siri kedua akan menyusul..InsyaAllah...moga2 ada kelapangan aku menulis lagi.











Sunday, December 04, 2011

::Cerita Akhir Tahun::

Banyak sudah peristiwa yang berlaku sepajang tahun 2011 nih. Antara sorotan yang menarik adalah penghijrahan salah seorang staff yang agak lama di sini. Mungkin ada rezeki lebih, kami dapat membuat farewell party di sebuah restoran yang agak menarik pada pengamatan aku. Penuh dengan elemen-elemen alam sekitarnya yang hijau serta kaya dengan flora dan fauna yang unik.




Rakan sekerja aku yang berpindah ini adalah individu yang boleh aku katakan mempunyai jati diri yang kental dan sifatnya yang mudah memahami orang lain. Semoga dengan penghijrahan ini, banyak perkara akan membawa perubahan kepada kehidupannya sebelum ini, dan memberi seribu satu Rahmat kepadanya sekeluarga.


p/s: Engkau penjaga hatikuPendamping jiwakuCerahkan cintakuCinta yang abadi

Sunday, October 23, 2011

:: Kem Team Building Softskills::

Sesi Jun 2011 - Kem Team Building Softskills



Tarikh: 18 - 19 Oktober 2011

Tempat: KEDA Resort Bendang Man, Sik Kedah
Hari: Selasa - Rabu



Kem kali ni melibatkan 112 pelajar semester satu dan 7 orang fasilitator (terdiri daripada pensyarah JTMK).




Hari pertama - Ice breaking

Melibatkan xtvt memecahkan pelajar2 kepada 8 kumpulan, terdiri daripada kelas A hingga D. Pelajar perlu menghafal setiap nama ahli dan asalnya. Fasi akan memantau sambil bertanya kpd ahli kumpulan. Yang tidak berjaya menjwb akan dikenakan hukuman.



Bersamamu

Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan xtvt dengan komuniti setempat. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang berlainan. Setiap kumpulan harus melaksanakan dgn jayanya tugasan tersebut sebelum boleh pulang ke kem. 4 kumpulan paling cemerlang dipilih utk menerima hadiah iaitu Kumpulan 5, 1, 2 dan 3.



Malam Kebudayaan

Setiap kelas mempersembahkan persembahan masing2 dan akan dinilai oleh panel yang bertugas. Persembahan terbaik akan dinilai dan diberikan hadiah. Tempat ke-4 DIP 1D, ke-3 DIP1A, ke-2 DIP 1B dan pertama DIP 1C.




Hari kedua - Jungle Tracking

Menguji ketahanan pelajar dari segi fizikal. Meredah kawasan cerun, bukit dan hutan disekitar resort. Terdapar beberapa kes kecederaan disebabkan jatuh cenuram dan sebagainya tetapi tiada yang major.




Flying Fox

Satu lagi xtvt kecergasan yang menguji pelajar utk menuruni kawasan tinggi (dari pokok ke pokok) dengan tali dan melalui sungai. Menguji mereka yang takut kepada ketinggian. Semuanya berjalan lancar.





Jam 5.00 ptg majlis bersurai.

Wednesday, August 03, 2011

:: Ramadhan Al Mubarak 2011 ::

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog untakuning. Moga Ramadhan yang mulia ini memberikan seribu keberkatan buat semua, Amin.

Tuesday, May 03, 2011

:: Bayu oh Bayu ::



Dah tiba masanya aku lari sebentar dari daerah kerjaku. Memang tak sabar menanti tarikh berangkat ke negeri bawah bayu itu....ini dah kali ke-2 rasanya aku ke sana. Pertama kalinya atas urusan kerja, jadi tiada masa meneroka sangat...mungkin kali ni aku berkesempatan. Mudah-maudahan...

20 April aku, mak, anak sedara serta kak iparku memulakan perjalanan ke sana dengan pesawat Air Asia. Bermula dari Kepala Batas, kami transit di LCCT .... 12.30 tghari kemudiannya, kami terbang ke KKIA dan sampai kira-kira pukul 3 pm. Spjg penerbangan tadi, aku dapat rasakan yang kecuakan mak begitu ketara. Bukan dia tak pernah menaiki flight fikirku.... dah ke Mekah pon... masa dalam pesawat lagi panjang berbanding ini....hmmmmm, ke tak sabar nak berjumpa anaknya kot....hehehheheh.....anak sulung memang lain sikit pembawakannya....

Sampai saja lenguh satu badan.... memang tidor ja lepas makan nasi goreng dalam flight tadik...heheheh, tabiat yang tak elok sebenarnya tuh, but apa leh buat, nk bersenam pon takleh dalam plane kan...gilo ko hapo nanti org ckp...

Abg aku sambut kami kat KKIA, then bwk gi Apartment Api-Api....mmg lawak kedengarannya...api2 tuh.....but mmg panas la situ.....'panas' dgn adegan2 yg hmmmm, tanak kabo la, pepaham la yer.....tak sesuai la utk budak2 bawah 18 thn......ok, dah merepek sgt nih... then kami sekeluarga pegi menikmati mkan malam kat Tjg Aru....kedengarannya best, sbb ada ikan bakar ... sampai ja makanan, masing2 pandang-memandang.....isk iskkkk.....mmg lain sikit la cara masakan.....but, lets try ....bleh tahan la....tapi harganya mak aiiii, mahai kotttt...

2nd day tuh, time meronggeng......kali nih penginapan kami di kaki gunung Kinabalu.....ya Allah....cantik sungguh Kundasang..... sempat aku membeli cenderahati buat kekwn opis ...murah laa.....sebab akak ipar aku dah consider regular customer dgn dia....caya la kak intan! Sampai kat tempat bermalam kami di Kinabalu Pine Resort.....MasyaAllah....Subhanallah.....sejuk dan nyaman bumi Allah...hijau dgn tumbuh-tumbuhan. Kinabalu menjadi background kepada setiap gambar yg aku ambil.... singgah kejap kat kedai makan area Kundasang tuh, pekena nasi putih tomyam ayam n teh halia panas......memang mengasyikkan....ditambah dengan belaian bayu yang lembut dan segar....sesuai utk pasangan pengantin baru....ahaksss..

Tak sabar menunggu malam tiba.....nk main kad dgn anak sedaraku di beranda rumah sewaan kami.... konsep kampung di KPR memang unik, ditambah dengan suasana dikelilingi pohon2 pain dan rhu....sesuai dengan namanya... tatkala malam, kami sekeluarga lepak di beranda sambil menikmati kepak ayam yg dibeli ptg tadi bersama2 teh O panas....fuh.....layan habis....sampai pukul 12 mlm, tak sedar kian merangkak hari ke Subuh... permainan pulak agak rancak disebabkan Tok pon main sekali, jenuh mengajar cara2 main pulak.....cucu pulak tuh yg ajar,....hingar bingar sekeluarga.....nasib pulak tiada jiran terdekat .....buleh buat mcm kat umah sendiri.....layan jer.....penat main perut dah kenyang.....mata pon kuyu.....semlm di Kundasang pon dah cukup meninggalkan nostalgia indah..... nekad dalam hati, ada rezeki akan kujejak Kinabalu yang mengawan tinggi.

Subuh esoknya, aku bagun awal sebab nk tgk puncak Kinabalu. Menurut abgku itu aja lah masa yang sesuai nk tatap puncaknya.....lps itu awan putih akan menutupi puncak sehingga matahari terbit. Betullah seperti yg dikata...... asyik sungguh aku memandang puncak Kinabalu hingga tak perasankan waktu. Subuhnya awal, so matahari pon cepat aja menjengulkan muka. Limpahan cahaya matahari pada puncak Kinabalu menampakkan puncak dengan jelas. Terdapat khemah2 putih dan binaan titi di sana. Terpegun aku melihat sebuah pondok berdiri usang di celahan gunung yang bagi aku amat2 fotogenik bila diambil gambarnya. Dalam hati rumah sapa tuh? hheheheh, klu aku tanya member Sabahan aku pon tak terjawab dia...hehehehe..... soklan paling mengos kot.

Bye Kinabalu, kami ke destinasi hiruk pikuk pula...iaitu Bandar KK....kali ni tempat penginapannya Marina Court. Berdekatan pasar Filipino dan berdepan dgn laut. Cantik juga tempatnya.... sesuai utk famili sebab ada dapur utk memasak dan biliknya 3....wah wah.....best nih... kami bercadang mahu memasak aja, sebab dapur lengkap....fresh food murah tuh......ptg tuh jugak kami ke pasar mlm kat area situ, cari beras, cili giling, gula, garam, kicap n barang2 mentah mcm sotong, ikan, ketam n udang....mmg best la harga nya.....seplastik besar ketam baru RM1o... ikan kerapu pon murah, but mak tanak sebab kena siang sendiri...last2 dia beli isi ikan merah....fresh.....goreng saja pon sodap... mkn malam kami meriah sgt...hehehheh, almaklumlah mak masak, sedapnya lain.....dah bahagikan siap2 mkanan utk dua hari. Makan nasinya sikit ja, but meratah ketam paling best.....ingat jugak kat adik2 di kg....klu depa ada nih, sure sengih besar la ..... masing2 kaki makan tuh.

~bersambung part II




Tuesday, February 01, 2011

:: Kiranya Itu Sesuatu ::

Mood aku agak serius this morning. Kan dah tercakap bahasa penjajah. Mungkin bagi orang lain, hal ini remeh, tapi untuk aku ianya agak PENTING untuk diketahui akan haknya. Hak untuk dinilai sebagai seorang yang dikatakan berpekerti, hak bagi dilabel seorang yang berbudi dan akhirnya hak disifatkan sebagai 'insan'.

Bagai sepohon pokok yang selalu memberikan teduhan tatkala panas atau hujan. Sifat ini membayangkan diri bagi memenuhi kehendak kepada pelapis keluarga, tapi kenapa wujud di situ kecelaruan yang mengundang hati pedih? Ada khilaf dalam teguran mungkin? Ada sasul dalam bertutur? atau aku sekadar terima itu sebagai lumrah atau keadaan boleh dibetulkan? Allah, tunjukkan sesuatu Kiranya Itu Sesuatu ...

Saturday, January 08, 2011

:: Ahlan Wasahlan 2011 ::




Salam 2011 buat semua pembaca blog untakuning. Tahun baru datang menghantar 2010 yg sudah memenuhi memori hari lebih dari 300 hari lamanya. Tentu banyak kenangan yang telah kita kutip dan simpan dalam lipatan masa. Bagi aku ada beberapa benda gembira dan sedih yang hendak aku kongsi bersama:


M.O.o.D B.e.S.t

Photobucket
Awal tahun - Syukran ya Allah, saat yang aku n geng2 G**T len tunggu. Kami dah pon sah dalam jawatan, sekian lama at last habag kat hgpa.....lega tak kesangga...(bak kata org Jitra). Ghasa buat keje pon dah makin ikhlas kot....bukan x ikhlas selama nih, but kuch kuch tuh ghasa tak selamat ngat.....sama ja kot apa yg aku ghasa dgn org len.

Selain dari isu sendiri, aku pon tumpang hepi utk org len....ada kekwn yg dah kawen...tahniah....yang paling sweet dapat hadir kenduri n jumpak dgn kekwn lama....wah wah, ghasa kat sekolah menengah ja. semoga jodoh semuanya kekal hingga akhir hayat...Amin.

Tengah tahun - Tanggal bulan 5, aku dapat anak kembar...oooppsss..excited lebey, anak sedara la....kembar dua2 pompuan.... anak akak aku yg kawen thn lepas. Ghasa agak tua jugak sbb umog aku pon akan tambah satu angka bila masuk bulan Mei.....but bak kata Nasha Aziz "yang bertambah hanyalah angka". Dalam hati Tuhan aja tau betapa aku gerun setiap kali tahun bertambah. Apakah???

Hujung Tahun - Apa lagi yg ditunggu2 kalu bukan hari Raya Aidilfitri. Best dapat beraya bersama org baru...anak sedara kembar tuh la.....Tahun nih jgk berkesempatan berbuka posa dgn geng master research UUM....gempak! Paling best detik menghantar ibu ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Allah makbulkan niat aku. Alhamdulillah. Sihat dia sewaktu kami sambut mak di airport yg sama pada 30/11.

M.O.o.D D.o.W.n


Photobucket
Awal Tahun - Kisah sedeh awai2 thn mmg x siok kan? ada ke ek??? Cuma rasa malas memulakan tahun baru dalam semester pengajian baru...paham2 la dah lama x menulis, jari pon tak pandai menulis lagi. Tekanan biasa dari tahun lepas, pertanyaan yang sama ...mencemaskan dan melemaskan.......jawapannya blommmmm.....panjang aku kasi...

Tengah Tahun - Kematian org terdekat ......Moga2 Allah mencucuri RahmatNya ..Amin.

Hujung Tahun - Mcm thn2 lpas jugak, berbuka dan bersahur akeli hey.....tiap2 minggu akan balik ke kg ...nk mkn n berterawikh di masjid beramai2....sentap tau berbuka n sahur sorg2 nih....sapa kena tahu la....ekekekeke... Walaupun gembira, tapi ghasa berat hati mmg meruntun2 masa antar mak gi Mekah kat Lapangan terbang. Pikirkan tanpa ibu rumah yg satu nih sementara, mmg aku kena kerap2 balik kg jengah2 Apu n adik Im....urusan rumah terletak atas batu jemala patik la nmpknya. Tapi x kisah pon..... juadah Raya Korban hanya bihun goreng saja....Tuhan saja tau betapa sedey pagi raya. Tak gi pon solat sebab kena bereskan urusan umah. Kelam kabut sikit. Dah la hambar..sendu, mmg makan dalam perasaannya.

Moga2 tahun 2011 akan menjanjikan sesuatu kegembiraan yang Dia tentukan utk aku. Amin


Tuesday, October 19, 2010

:: Keberangkatan Suci ::

17/10/2010
Labbaikallah hummalabbaik.....kalimah itu masih terngiang-ngiang tatkala aku dan adik beradik yang lain menghantar emak ke muka pintu. Kenalan mak turut menghantar mak dengan pandangan sayu......apa perasaan aku masa tu? Sukar sekali nk ditafsirkan....syukur mak pegi menunaikan fardhu yang wajib...... tetiba terasa ada beban menghimpit......apa ya..... nanti dulu la perasaaan itu, yang patut aku dulukan adalah menghantar mak ke destinasinya, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.

Apu beriringan keluar menghantar pulang adik ke-7 ku pulang ke kampus. Tujuan baliknya hanya mahu melihat mak sebelum berangkat. Setelah itu, dia pulang menyambung tugasan sebagai pelajar. Sempat tadi aku melihat aksi mak dan apu bersalaman sambil mak mencium Apu di pipi. Pasangan yang hampir 40 tahun hidup sebagai buddy dan besfren mestilah masing-masing dihimpit perasaan sendu tatkala terjadi perpisahan sementara begitu. Walaupun kerja wajib itu hanya 43 hari, cukup aku rasa untuk menguji kehidupan yang bakal dilaluinya seorang diri....moga2 ada perubahan yang baik dari itu.

Nawaitu yang pernah aku tekadkan pada satu masa dulu, Alhamdulillah tertunai..... Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap 'sesuatu'..... Aku pegang kalimat keramat itu.....aku pasangkan niat dah hajat......lunas jua tertunai...Moga idabah haji yang mak kerjakan dapat disempurnakan..... kembali dia sebagai umat yang telah melunaskan tuntutan ke-5. Amin.

Tuesday, August 10, 2010

:: Ramadhan 2010 ::

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog dan rakan taulan serta sanak sedara. Moga2 ibadah ini mengubah kita ke arah yang lebih baik. Amin.

Saturday, August 07, 2010

:: Konvokesyen ke-24 ::

5/0/8/2010 - Sidang pertama konvokesyen POLI*** ke-24.

Berazam nk jadik usahawanita pulak semester nih, aku berpakat-pakat dengan dua lagi rakan membuka gerai makan sempena hari konvo. Memang best bayangan yang gambarkan. Dapat pulak pulangan modal, dah jadik pencapaian hebat pada aku.

Menu simple, laksa dan meehun goreng bagi santapan pagi dah cukup pada aku untuk laku. Nak nak pulak, chef special aku import dari kg (my bonda) yang masak....sure air tangannya dapt dikongsi oleh sesapa saja yg membeli.... Tapi dalam hati, aku memang terharu melihat kesungguhan bonda bangun seawal 5 pagi menggoreng bihun dan malamnya dah siap merebus kuah laksa. Aku hanya membantu mengisar bahan2 jer. Tu pon, sambil tunggu diruang tamu, mata dah pedih2....dan akhirnya aku tewas.... pejam terus .....zzzzzzz....siyan nya mak.....

Alhamdulillah, jualan balik modal...cukup2 jer la.....but nk dikirakan blum lagi mencapai taget aku. Terlibat dalam urusan membawa graduan jugak membuatkan aku tidak leh kasik 100% komitmen utk gerai. So, chef yg aku import jugak terpaksa pulang ke kampung sebab tuntutan tanggungjawabnya sebagai suri rumah. Aku akur. Next day, jualan aku terpaksa mengalah utk tidak menjual. Maybe lepas selesai keje pandu lulusan aku akan mula menjual balik. Tengok pada situasi la kot.

Dapat berjumpa dengan ex-student semasa konvo pon best. Mcm2 patern ada...ada berubah jadik kurus....makin lawa can cakep....ada yg membulatkan diri...makin cumel....ada yg dah keje gajinya melawan cikgu....ada yg dah nk kawen (pon melawan guru nih)......dan yg paling best dapat ucapan terima kasih dari mereka....terharu....tengok depa naik pentas pon ghasa dah kembang2 idung...apa lagi bila yg naik tuh hasil tangan sendiri..... pelajar terbaik sesi ...aduh....mmg best ghasa......agaknya itulah HIKMAH yang kita bernama pendidik dapat bila anak didik dah berjaya.

Oklah, blum tamat sesi pelajat IT, petang nih aku masih diperlukan untuk memandu lulusan IT masuk dan keluar dewan. Got to go now.......adios buat semua!

Sunday, July 18, 2010

:: Kehilangan Yang Abadi ::

Tarikh: 5 Julai 2010...kira-kira 2 minggu lepas....
Lokasi: Qrts 3.2, polimas jitra
Jam 3.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari My Home.....sora mcm cam jer...yes, adik aku Yah.....dia juz intro jer , then pass kat mak aku......"Mak Ndak hang dah tade, pagi tadi Ajun (abg aku) call"..blur aku...mmg tade sora kuar dari tekak......lebih kurang 2 minit baru aku leh ckp.....yer la...mimpi gelap aku terganggu dek berita ter'gempar' camnih...Aku cuba jadik wartawan tak bertauliah, soal mak itu dan ini, last2 dia ckp "Apu (Ayah dalam bhs Ceylon) hang dah balik Yan tadi, dia pegi sorg kot tgk mak Ndak hang, mak nk ikut tapi dia kuar buat dek jer...." Aiseh, mmg basa-basi nya mcm nk mintak aku balik kg la nih..

"Mak nk gi jugak, nk tgk arwah"sayu kedengaran sora mak.Terimbas semua memori mak bersama akak iparnya suatu ketika dulu yg pernah dia citerkan kat aku, sama2 buat baulu bila time nk raya, kongsi resipi gulai and sekarang, dia dah tade.... halamaaakkkk....sah , gue udah sah jadik supirnya la nih..."takpa mak, satgi saya tanya Ajun...., nanti saya call balik".....aku jawab penuh cool....but dalam hati mmg tak keruan nih......

"hmmm, camnih la, aku takleh nk balik, hang balik guna ja kete aku,....laju sikit"....jawapan dari abgku yg mmg aku dah agak dari mulanya...."Ok mak, siap...saya balik amik mak nuh"..confirmation yg aku buat setelah menimbang dan mencongak dgn waras. Sg Kechik, here I come......aku merentas highway Utara Selatan ke kg 300 kaki dengan memandu kete Naza abgku. mmg laju beb, 160 aku bwk....isk isk...sejam jer dah smpi ke kg dari Jitra.....aku bertolak dalam kul 4.30...dalam 5.30 dah smpi depan umah...... tuh pon kira berhemah tuh.....sebab takyah memotong sesiapa...(mana ada org atas jalan pon , hehehheheheh)...

Lps ja solat Subuh, aku bertolak ke Kola kedah, naik feri tuk ke Langkawi umah arwah. Dah agak lmbt aku smpi sebab jam dah jalan raya time2 prime cam tuh....org keje, aku je EL sebab emergency. Amik feri kul 8.30 am.....sejuk sungguh......abis membeku darah ghasanya....paler pon asik2 pikir journey lps nih, nak amik teksi ker...camner?? Nk kaco sepupu aku tak gamak dah....emak dia meninggal....aku susah hati, tapi muka tade nk tunjuk kat mak aku yg pasrah ja ikut anak dia nih...

Lagi beberapa minit nk smpi ke Jeti Kuah, tetiba ada org call...sib baik dah ada coverage..mcm tau2 ja...."Eh, aku dah smpi nih dengan kak Intan, hang smpi jap gi call aku..kete aku dah sewa, kita gi trus umah mak ndak".....Ya Allah, ini lah hikmah agaknya...abg aku n akak ipag aku dah smpi ke sana, menunggu kami ja....Syukur ya Allah......agaknya berkat aku n mak posa Rejab kot....Benar bagai dikata, smpi ja ke Jeti, aku n mak diambil oleh kete Punto Biru....trus saja kami ke destinasi rumah arwah kat AyerHangat hadapan sekolah Penghulu Ahmad.

Apu aku yg sampi terlebih dahulu dah ada kat sana....nmpk mcm heran je dgn kehadiran mak, aku, Ajun n kak intan. Tapi atas feri tadi aku ada call Apu informkan kedatangan kami. Takper, apa nk dikisahkan skrg, aku mencari wajah2 familiar dalam umah......OK, dah jupe semua sepupu2 aku....mak aku plak pantas ke sekumpulan wanita....rupanya sedang memandikan arwah...smpat aku melihat wajah arwah utk terakhir kalinya.....sempat membantu meletakkan kapas sekeliling jenazah, dan last sekali diaorang minta jika ada saudara2 yg mahu mencium arwah.... mak aku antara yg paling awal...sebab dia berada dibhgian kepala pada masa tuh...trus ja mencium arwah kakak iparnya....sepupu aku semuanya dah menjlnkan tugasan akhir tuh. Skrg tinggal aku...ya Allah...cekalkan hati ini....perlahan2 aku memandang wajah arwah..tenang dan seolah2 tersenyum...masyaAllah...sejuk hati aku tgk arwah....bila aku dekatkan hidungku pada wajah arwah, ada bau yg sedap.....maybe sebab bedak yg diorang guna tadi, terasa suam2 pada pipi arwah.....dah jenazah kelihatan agak senang utk diuruskan sebab tidak keras. Mungkin petanda bagus....Sebak dada tetiba....naper ek?? Aper nih??? alahai.....dah meleleh air mata rupanya..bila???

Bila semuanya dah selesai...jenazah di bawa ke hadapan ruang tamu rumah utk disembahyangkan...aku masih kekal dengan emosi tadi....mata masih merah. Apu and Ajun tak ketinggalan amek kesempatan mencium arwah buat kali terakhir....masing2 sebak aku lihat.....perasaan aku tadi benar...mmg semua org memberikan respon yg sama...kedua kalinya aku lihat air mata lelaki Apu......n jelas nmpk wajah sebak Ajun tadi.....mmg sayu.....

Jenazah selamat disembahyangkan tepat 12 tghari, then di bawa ke tanah perkuburan terdekat utk disemadikan......Ya Allah, tempatkan ibu saudaraku dikalangan org2 beriman.Amin.

"Jom kita balik......aku tak amik cuti hari nih.....kena balik keje".....lancar jer abg aku menuturkan ajakan tadi..belum sempat nk berbual pjg.....tapi takper la....nk kena abiskan juga perjalanan menghantar ibuku kembali ke kg ......mmg molek la bertolak awai....Feri pukul 1 tepat membawa kami ke Jeti Kola Kedah jam 2.30 ptg. kete Naza yg aku pandu pagi tadi aku gunakan sekali lagi perkhidmatannya..kali nih arah yg bertentangan. Aku smpi di kg ptg jam 5... then sempat berehat till mlm..... bawak pulak peneman journey aku ke Jitra...... jalan mlm tak kasi sorg2, but pagi tadi aku sorg2 atas highway kul 4 pagi bagi plak, hmmmm, apa nk dikato....org tua ..ikutkan je la..biag depa senang hati.

Selamat la smpi kat jitra sekitar kul 10 mlm......esok keje...yeahhhhh.....harus prepare utk ke sekolah.....eheehhehe....tidor awal la....ok....Adios semuaa...penat sgt mata pon dah kuyu........zzzzzzzzzzzzzz......

ps: Sepupu aku berbisik sebelum aku balik dari umahnya tadi, "Kak Ta taktau camner nk menghadapi hari esok dengan takde dia(arwah) di sisi....mcm tak percaya dia akan pergi mengejut hanya selepas mengadu sakit perut....tu la kan...sementara kita ada mak, jagalah Mah....buat la apa saja yg depa mintak....biag kita puas hati bila depa dah tade....."



Thursday, June 10, 2010

:: Daerah Aku ::

Subhanallah, Segala Puji-pujian bagiNya,
Aku hanya mampu menikmati indahnya,
Kurniaan Illahi Ya Rabbi ,
Kini daerah permai kembali ku takluki,

Hanya kesyukuran dihati,
Bila terpana cahaya mentari mengundur diri
Di celah-celah langit khirmizi,
dapat kunikmati cahaya suci,

Daerahku yang dulu sepi kini makin seri,
Bak gadis sunti menanti ,
Sang teruna diimpi,
Bersama hingga dipanggil Illahi,

Sebuah daerah yang kudiami,
3oo kaki,
Kini mewarnai setiap langkah kaki
Aku sebagai anak jati

Bangga, selesa, bahagia
Tatkala jejak menemui batu sempadannya,
Senyuman sapaan agin menampar pipi
Memberi ciuman selamat kembali





Sunday, January 10, 2010

:: Mop ke apa nih??? ::

Ujung minggu klu tak kelik hometown je, aku akan plan la cuci2 day....hmmmm, nk mulakan dari mana ek?? Ah, lantai dulu la....kena sapu, then nk buang bekas2 buangan lizard yg kelihatan tompokan itam di lantai...mmg lizard nih nk kena 'teghebe' dgn getah la...baru dia tau. Kui kui kui..tau ke makna 'teghebe' tuh??? Org Kedah la punya loghat pekat ... ia membawa maksud, perbuatan melastik guna jari jemari, dgn bantuan getah dan kertas yg dilipat. ehehehheheh....camtuh la kurang lebih maksudnya....

Lps ja menyapu, aku pon siapkan baldi mop yg separuh airnya, tuang Ajax yang wangi tuh utk memulakan keje mengemop....Oppsss..lupa pasang kipas...nk kasik cepat kering tikar getah, kena la pasang kipas full power. Tuh petua la, bagi cepat kering lantai .... Ok, beres dah aku tinggal nk amik mop jer kat belakang ... ada balkoni kecik tempat aku ampai baju kat luar umah....

Bukak ja pintu belakang, aku pon capai kayu mop....eh, apsai ada kain mop terlebih panjang kaler ijau + hitam nih??? Ya Allah....ulaggggggg!!!!!....takde menjerit pon, aku cuma terlepas kayu tuh trus aku tercegat tunggu nk kemana cik U tuh nk pegi....Aku tingat pesanan Apu aku...klu jumpa ulag, tgk movement dia supaya senang nk kesan mana dia pegi...takuit2 masuk umah ker....pi mana2 ker kan? Cish...tak bergerak plak dia....just masukkan semua badan dia balik dalam lingkaran mop tuh.....sejuk agaknya...sedap merekot dalam tuh...ada air plak kat lantai, basah2 gitu...hmmm, hampehh...agak lama aku dok perati, then aku nekad nk gi amik ridsect....hmmm, yer la langkah berjaga2 supaya klu dia mengganas aku leh kelabukan mata dia dengan semburan tuh....berkesan ka??? mcm2 aku pikir...but Apu kat mmg berkesan....Hmmmm, nk wat gapo lagik nih??? Cmner ntah aku capai phone, call Sya, member aku....dia suggest panggil je org...

Memang dari tadik aku nk panggil, but, pikir balik klu ditinggalkan, takut dia merayap mana2 ...skali dok atas katil...mampuih aku... tapi ...yaAllah, aku dah pasrah...... kecik ja cik U tuh, but aku takde kekuatan nk pukul atau cederakan dia.....Mak aku ckp jarang benda2 bisa nk masuk umah...maybe j*n kot.....dah merepek2 benda aku ckp dgn cik U tuh...ghasa mcm biol pon ada....ade ke ckp ngan benda tuh??? But pesan org tua2 mmg kena selalu praktiskan....

Last2 aku gi panggil en Amran, jiran kat level bawah....dia pon dengan segera naik ke umah aku dgn anak lelaki dia setelah wife dia bgtau ada cik U melawat umah aku...nk gelak pon ada...malu seh....but, aku mmg tak sanggup la nk katok cik U sendirian....takut2 benda len pulok. Lps tunjukkan tmpt persembunyian cik U tuh, en Amran pon mulakan proses menjinakkan ulag tuh...aku tak nmpk dia katok, dia cuma acu2 batang mop tuh....then dia ckp mmg la kecik ja, but berbisa nih sebab mematuk ..mcm garang jgk la cik U tuh......hai, la nasib badan...klu x lama dah aku kena sebab dia dok kat mop selama nih.....cuma x tunjukkan body ja...ngerrrrrrriiiii....

Lps seminit dua, en Amran dtg dgn muka tersenyum2..."ok, dah settle"....hmmm, jari dia mencekik kepala ulag tuh, smbil bdnnya berlengkar.......alahaiii..serammm ja tgk......nmpk tompokan ijau2 kehitaman....hmmmm, sah ulag sawa burung la tuh.....sukak panjat pokok..then makan tikus...dah la umah aku nih atas, tingkat3.... ada pokok durian kat ampaian tuh.....mmg highway dia la kot....senang ja smpi ke atas.....redup kerinduan plak kwsan tuh....sessuai la....

Lps ucap time kasih, dia dgn anak dia pon melangkah kuar umah aku....aku x lengah lagi capai batang mop n basuh...eiiiii....geli plak......dah siap...aku mop la lantai smpi pueh hati......begitulah kesahnya aku di pagi Sabtu...hmmmm....malang tak berbau kan??? tuh nasib Allah bagi lagi peluang bernyawa..klu x, mintak simpang la....aku lom kawen nihhhhhhhhhhhhh...ekekkeke...

Start dari insiden tuh, aku dpt rasakan cik U dimana2....pandang kanan ada..kiri ada...sebelah ada...terasa2 badan dia yg lembik n sejuk kena tgn aku...isk iskkk...mlm mau tidor pon perati sakan.....lampu tak bleh padam oooo....bil letrik aku sure melambungggggggg...waaaaaa.....

OKlah, update len plak nuh.....
~Adios



Tuesday, January 05, 2010

:: Terkuaknya Jendela Baru ::



Lembaran baru dah pon muncul....Tahun 2010 nih asalnya merupakan tahun bagi KEDAH GEMILANG yang pernah diwar2kan dulu...but, aku ghasa tak begitu menampakkan kesahihan kot, makanya tag line tuh dah dibuang dari kepala surat rasmi kini. (Pendapat aku je la..)

Bila tiap kali masuk je tahun baru, counter biologi secara automatik akan menambahhhh...ekekkekekek....manusia mana sukak umor meningkat kan?? Bak kata Ella (penyanyi rock) satu ketika dulu, yang bertambah cuma angka, so...ada apa dengan angka??? Nih menunjukkan betapa tak kisahnya dia akan pertambahan usia kan??? Smpi skrg jugak dia masih memegang status single n available. Kalu tak kisah akan pertambahan angka, please be ware dengan kehidupan bagi aku. Setiap kali bertambah umor, setiap kali jugak pemikiran and cara hidup kita akan mengalami perubahan. Bagi aku, umor dah mmg sesuatu yang tak boleh kita sekat (kuasa Allah)... but aku perlukan satu perubahan utk setiap tahun aku hidup.....refreshment la katakannn..

Awal thn pon dah berlaku penghijrahan....member pindah tempat keje, pindah umah, pindah semuanya la....hehhehehe.....yer la dok seopis, seumah, sure akan pindah tempat kedua2nya....satu hal dah.

Dah dapat pulak portfolio baru plak kat opis....uishhh, nih aku susah hati, sebab aku nih jenis rutin jer. Mana yg dah lama aku wat itu je aku tau. Nak kena wat benda2 baru nih perlu jam bab...masa nk pikir ...nk kenai flow keje...berpeluh jugaks la. Dah hal kedua....ketiga, apa ek? hmmmmmm...suasana keje sure berubah....ada yg pergi ada yang datang...so pembawakan sesorg baru akan mempengaruhi cara kerja kan? Suasana akan jadi lain sikit kot. Well, we will see about that. Aku takleh nk cakp lagik, sebab skrg nih tak leh nmpk lagik semua tuh.

Azam plak, dah ckp dalam 2007 punya azam pon blom capai lagik....so, aku hope thn nih bawak perubahan la, Amin. Semua dah tlg2 tengokkan date cantek...20/10/2010....10/10/10...hmmmm...mmg angka nmpk menarik nuh...but sapa tau...hanya Allah juga Maha Mengetahui. (Sambil senyum2 kelat....)

Wokeh, nak sambung balik keje hakiki...nih melagho jap. Selesai ja cuci serawang n habuk kat blog nih, aku akan mulakan plak keje hakiki aku....yer la....tgk2 FRP ker.....tgk2 soklan2 utk subjek aku ker...buat lab ker.....isk isk....banyak keja nih...(wat2 la bz)...

~Adios

Monday, January 04, 2010

:: Jendela Lama ::



Tahun 2009

Tahun yang penuh dengan cabaran bagi aku sebab ada banyak benda berlaku agak mencabar sifat kemanusiaan aku....heheheheh....apa2pon banyak insiden yang best kot, hmmmmm....ye lah banyak berjalan2 sungguh tahun 2009 nih....Langkawi la tempat pelancongan yang dapat banyak vote dari aku...utk details, here goes...

Kesihatan
Alhamdulillah, ini yg aku paling bersyukur kerna masih diberi kesempatan dariNya utk bernafas atas muka bumi yg serba indah nih. Kalu nk dikira hari sakit n sihat, aku menang ke sihat lagi la kot. Klu MC tuh sekali ja kot, yg lelain aku amik cuti rehat jer, sebab nk abiskan cuti tahunan....kenduri la, piknik la...hari keluarga la...cuti rehatkan jiwa yg kaco la...ekekekkek, mcm2 kategori cuti rehat aku thn nih...but yg banyaknya attend kenduri kwn2 n sanak sedara, termasuk kenduri akak sendiri....ehem2 anak sedara bila lagik nih? cepat2 kak Leha....aku bagi sokongan moral nanti yer.

Keluarga
Syukur, Alhamdulillah...bertambah2 ahli keluargaku yg sememangnya dah ramai nih...akak aku kawen, so aku dah complete la ada abg ipag sorg n akak ipag sorang.....coming soon adik ipag lak...hehehehehhehh....hak sendiri punya eheem2, mcm tak paham...lom sampai seru...so, seruku buat adik2 aku dulu. Mana2 la labu, asaikan bahagia...aku nih nk banyak cakap kang org ckp memilih.....nk diam pon org cakap kayu lak...so? What to do??? Doa ja la senjata yg paling berguna pada masa nih.....Mak n Apu, I love u both so much! Depa banyak paham n support aku...adik2 aku yg best n sporting ...selalu jadik member aku kat umah time aku kelik kg, Mone, Yah, Ibnu n Apang.....depa nih jadik bahan aku jadik penglipur lara....abis citer2 karut aku hebahkan.....siok betoi ckp ngan depa....adik2 lelaki yg kacak2 tuh, Shon , Mie n Shidin...dah besag2 pon....dah nk kawen dah depa nih...so, mmg kena masuk ngan kepala yg dah dewasa la...tune sikit klu nk sembang or ngarut2...Anak sedara aku Hurin, dah besag pon kak Yin...masuk darjah satu udah...so cute! Anak sedara nk dpt lagik dua??? uhuk uhuk....btoi ka tuh?

Kerjaya
Jodoh aku dengan pendidik nih dah masuk ke tahun ke-5..uik, lama tuh kan? Syukur ya Allah..aku diberikan satu sumber rezeki yg halal lagik barakah.....Amin...Kerna kerjaya nih jugak, kehidupan aku banyak berubah.....banyak aku belajar sepanjang jadik pendidik nih... banyak melangkah ke tempat2 baru, juper org2 baru.....hmmmm.... best la pendek kata. Terima kasih kepada kwn2 seperjuangan yg banyak bagi support...tunjuk ajar n material yg aku perlukan .... tq semua....luv u all!

Personal
Bab yg paling susah aku pikir sebab banyak benda yg aku lebih selesa telan sesorg jer. Mmg itulah aku...setiap org punya cara sendiri handle personal things. Aku tak ketinggalan la kan....aku dari kecik mmg secretive sikit....klu sakit pon sendiri2 jer berubat....klu ada masalah pon aku diam2 ja nangis dalam kelambu...ekekekke..lawak sungguh klu dikenangkan balik. Akak aku adalah org paling banyak tahu RAHASIA aku...klu dah berat sgt, aku akan citer kat dia....but selalunya aku akan jadik spongebob and serap semua kisah2 n insiden2 pilu aku...ekekkeke...but benda best plak aku banyak share dgn semua.....ekekekke....hmmmm.....penglipur lara la katakan....best buat benda bagi org gelak....ghasa lawas....terutama sekali adik2 aku yg berempat tuh....sekali sekala juper tatkala cuti sekolah or IPT aku akan bercerita sungguh2 sambil lepak2 atas katil ..... best!!!!

Azam Belum Lunas
Hehehheheh.....bab nih lagik segan nk den kobakan....Biarlah ia tetap jadik RAHASIA aku sendiri...Hanya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu....

Sunday, December 20, 2009

::Lirik Pilihan::



Dalam Kenangan

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya kan abadi dalam kenangan

Sunday, November 22, 2009

:: Faham Yang Salah??? ::

Banyak menda yg mengakibatkan berlaku sengketa sesama manusia disebabkan 'dia'. Apa yg korang paham dan apa yg org lain reti tak sama....so, salah sapa? 'Dia' ka yg salah ??? Ker hgpa yg tak reti2 nk terjemahkan ?? Sapa dia tuh? Hmmmm...perkataan F.A.H.A.M jugak yg disalahkan...

Kerana 'dia', dunia berperang, kerna 'dia' jugak mangkuk pinggan kat umah terbang...silap2 kerana dia jugak nyawa seseorang akan melayang....ganas tuh.....mmg ngeri la klu kita pikir2 kan balik...simpang la perkara2 camtuh. Aku pon selalu jugaks menjadi mangsa kesalah fahaman nih...adat la tuh, bila berkawan....sure ada lawan....bila menyayang pasti jugak ada perasaan nyampah n menci....klu tade tuh tipu la kan....hehehhehehhe...talking base on my experience.

Aku perasan la, klu kes kecik2 ati nih pasti melibatkan salah faham....nk kata camner.....paler masing2 pikir lain....kot2 leh programkan semua sama kan? Aku n sorg fren aku nih mmg selalu bertentangan ...aku sukak itam...dia sukak putih....aku sukak panas ...dia nk yg sejuk ajer...hmmm...mmg kontra kami nih ketara sgt...tapi naper leh berkawan ek??? Hmmmmm...Itu dah membuktikan kami nih jenis yg berlwnan itu yg melangkapkan...hehehehehehe...

OKlah, aku akan sambung entry nih lenkali.....jap gi kena jaga exam plak..kena balik mkn lu...
~Adios


Tuesday, October 13, 2009

:: Citer Ego Seorang Kawan ::

i am what i am




Awak..saya ni ego sgt ker??
Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saye
Tapi
Saya buat2 tak nampak
Padahal
nak elak dari pengsan…
Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi
Saya buat bodoh ajer
Padahal
Bumi nie raser cam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semo orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal
Nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi
Awak jalan depan saya
Jadik
Senyum pun tak gune

Awak
Hari ni awak tego saya
Tapi
Saya buat2 pekak
Padahal
Nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak
Hari ni saya tego awak
Tapi
Saya tego awak dalam hati
Jadik
Awak tak penah dengar all the gud lucks and take
care hari2

Awak
Hari ni kita duduk semeje
Tapi
Raser cam jauh giler
Padahal
Tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi
saya tak tau nak cakap ape
Jadik
Saya blah mcm tu ajer

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi
Saya still kat sini
Padahal
Dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari Mc D
Tapi
Awak tak macam dulu lagi
Jadik
Saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi
Tak tau kenaper tak boley pegi

Awak
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik
Nak tak nak terpakse sendirik

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi
awak tak toleh sini
awak focus kat tv

awak
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi
gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey

awak
besok antare kita
ader “balai berlepas”
besok…tak da besok untuk saya
besok jugak…tak de besok untuk awak

awak
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buwat sakit hati

awak
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji
semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah penah saye
miliki….
terime kasih awak….

ps: Petikan nih aku pernah masukkan dalam blog lama aku dalam tokei kedai...sekali lagi aku terbitkan buat kesekian kalinya utk tatapan blogger plak...enjoy~

Tuesday, September 15, 2009

:: Citer Posa ::


Pejam celik, dah 25 hari posa berlalu. Minggu akhir posa nih, rasa penatnya makin dirasakan. Betullah kata org tua2, ujian Allah pada minggu akhir nih berat sikit. Apa2pon aku boleh rasakan perbezaaan berpuasa pada tahun nih dengan tahun2 lepas.

Sepjg posa nih, baru sekali aku berbuka di kg. Puasa pada minggu pertama ja aku berpuasa di rumah, minggu seterusnya kat Langkawi n the balance week kat Jit**. Hmmmm...itulah aku kata, selalunya aku akan lebih byk berulang-alik ke kg bagi merasakan suasana paling best berbuka dgn famili. Tahun nih, aku tukar plak, lebih banyak berpuasa sendiri. Hmmmm, camtuh pon aku masih nk tanya menu berbuka kat umah....paling tak tahan bila adik bongsu aku cakap.."hang tak balik ka? mak masak ayam kampung masak kicap"...ya Allah, dugaan sungguh..maunya meleleh air liur kat kat Jit** nih....saper x tingat masakan air tangan mak oiiiii...apa lagi klu mak aku buat masak kicap spesel dia...ayam kg yg dibela sendiri oleh Apu lak tuh. menangkap sungguh......dok beranda pon bleh bau aroma dalam kuali tuh. Kuatkan hati ya Allah......sabag sampai hari khamis nih aja....lepas tuh, kg padang.....here I come.

Berterawikh juga aku buat dengan cara yg berbeda....klu dulu ada kaki2 yg sukak gi masjid sekitar Jit**, tapi kali nih aku lebih selesa buat sesorg kat umah....kebetulan geng masjid dah pindah....so, aku kena la buat pilihan yg lain. Org pompuan kan lebih afdal buat kat umah jer....hehehhehe.....(yer la tuh buha, ko maleh yer..cakap ler camtuh). Ok2 aku ngaku, tahun nih aku cuma sempat bersolat terawikh jemaah kat kg.....hehehhehe....meriah sungguh kat kg. (Cik maz, jgn ckp aku gi skodeng anak2 teruna kg lak...aku serius gi solat jer tau.....dah lama tobat keje2 camtuh..ekekeekekeke).

Pukul 5 pagi lak, aku akan bersahur dgn apa di depan mata.....klu tade per2 sangat, air sejuk jer aku teguk.....alahai, nikmat dah ghasa bleh minum air sejuk. Makan? Hmmmm.....klu ada makan la....klu dak, aku makan ja prun dalam peti ais....ehehheheh..... dah senja2 nih mkn pon dah tak selera sgt kan? Aku pasan, masa kecik2 dulu nasik dengan lauk masin pon 2 pinggan aku bantai masa sahur.....air plak, minum air teh panas.....hehehehhe...yer la...mak buat masa tuh yer, bleh la...even smpi sekarang pon, aku klu bersahur dengan famili selera akan sikit lebih la....hehehhe..lajak je mkn tuh. Nasi panas plus plak lauk2 macam sambal bilis....sayur pucuk masak lemak, daging goreng...telur or ikan masin....hmmmm..pembuka selera la kan? best best...

Oklah, cukuplah citer posa aku tahun nih.....mcm bleh meleleh sorg2 ja klu teruskan citer syahdu nih.....tgh menahan jer tulis entry nih....(sabag sikit buha.....khamis nih dah nk balik)....yeh yeh...dah nk balik rupanya.....eh? belum berkemas barang2 nk bawak balik......aiseh....kalut la khamis nih....kena packing siap nih. Seperti biasa kuih2 tunjuk kena dilawaskan utang2 sebelum balik beraya......pesan tuh pesan jugak....bajet2 sama ...... kang lps balik beraya, kena posa balik ...heheehheheh...
~Adios

ps: Si kecik atas tuh berjaya posa penuh masa aku kat umah dia tempoh hari...bagus jugak yer guna psikologi kat budak2 kecik nih....mau plak dia berpuasa penuh. Selalu, smpi tghari....dah mula..maklang, lapag dah ni...ekekkekekke. Hurin, chaiyok2...nnt maklang upah duit raya.

Sunday, August 23, 2009

:: Salam Ramadhan ::

Ramadhan tiba lagi. Seluruh umat Islam mula menahan lapar dahaga serta menjaga seluruh anggota badan dari melakukan dosa pada 22/08/2009. Hmmm, kalu nk dikirakan, dah baper kali aku berposa sepjg usia aku ek? Let me count....aku tade la baguih mana masa kecik2 dulu. Aku smpi darjah 6 pon dok tipu2 lagik posa...yer la, zaman jahiliah aku lmbt abis. Aku masih lagik menelan air masa mandi sorg2 kat telaga. Bayangkan, balik sekolah panas2 then nmpk plak air telaga yg jernih dan sejuk....dah cukup utk aku bayangkan sirup bandung tengah melambai2 minta diminum....ekekekekkeke...sedappppp....air telaga rumahku.

So, bila dihitung balik....aku cuma berposa dalam 15thn lebih ja la....isk isk isk...takkan la kot...jap. Eh, silap tekan calculator plak...Betoi la tuh...kureng lebih hitungan aku ada ralat dalam 0.5 jer..... Sikit jer kan? Tuh pon mana ada yg penuh 30 hari...bestnya kepada saper2 yg leh berposa penuh... tak yah la nk bayag2 posa lepas abis Ramadhan. Bersyukurlah anda semua.


Bulan penuh barakah nih memang lain pembawaannya kan? Suasana pon sayu jer ghasa. Entahla klu aku sorg2 jer ghasa camtuh. Cuaca yg tak menentu skrg mmg lagik menyumbang kepada perasaan yang tak menentu. Bila best tuh? Asik2 sedih jer. Hmmm, sure la time nk berbuka and ngadap juadah. Time tuh, mmg ghasa posanya aku. Bila balik kg halaman, lagik meriah. Suasana berbuka diserikan dengan leteran mak dan omongan apu aku yg senantiasa ada agenda sebelum berbuka. Thn nih dia dok berkira2 baper ekor ayamnya akan dikorbankan sepjg posa and baper ekor akan tumbang masa 1 Syawal. Hmmm...adik2 aku lak sibok ngan hal camner nk meriahkan rayer mcm mana kami ghasa waktu kami kecik2. Depa dah bijak komplen naper masa depa kecik, suasana tak sama mcm dulu?


Sebenarnya aku selaku tukang karut kat umah sentiasa meriwayatkan citer2 lama yg best2 kat depa...so, depa leh compare la kan.... antara dulu dan sekarang... siyan pulak bila dengar rungutan camtuh. Adik bongsu aku paling ghasa la sebab dia sekarang sunyi sepi. Teman baik dia cuma abg dia jer la...adik aku yg second last. Yg lelain, sambung study...terpaksa kluar umah...batch2 aku yg atas2 plak dah keje....dan ada yg dah kawen....so, memang berempat dgn parent jer la kat umah..sampaikan satu masa tuh, dia siap nangis pagi sebab ghasa sunyi....meleleh air mata jugak dgr story dari mak. Apa nk buat, cakp kat dia....nih la cycle idup.




Wednesday, August 19, 2009

:: Sape tuan, sape pendatang? ::


Semlm, kat poli kami ada la sambutan kemerdekaan dibuat. Sajer jer aku n geng pilih duduk mencelah2 dikalangan student. Peh.... mcm lautan manusia...lemas, rimas...tolongggg...tempt duduk terlalu dekat antara satu sama lain...so, ala2 mintak nyawa la ...sib baik dewan dah ada pendingin hawa, so kadar berkuap n haba tuh tade la sgt. Still ghasa bahang haba manusia, but still ok bagi aku.

Mmg dah aku jangka, manner sorg2 budak2 sekeliling kami. Dah ada bendera ditangan tuh, ala2 riak la mengibarkan bendera Malaysia sampai tercampak sebatang kat seat depan aku. Sib baik tak kena paler, klu dak ada yg mkn batang bendera semlm nih. Kui kui kui...sajer nk tunjuk bekeng sket.

Pengisian majlis semlm bagi aku agak OK. Aku sukakan gimik mula dan akhir sajer. Yg lelain normal sajer. But, dengan berlakunya kejadian black out beberapa kali, kami dah lost sikit. Aku ingatkan ada gimik masa lampu padam, but bila AJK cakap semua bawak bertenang, ada masalah....sah la rupanya memang bekalan elektrik ada masalah. Aku nmpk berkerlipan lampu handset. Aku n member sebelah pon sama, th layan video n pic2 yg terakam kat handset. Kurang lebih 10 minit jugak, baru ok...2 kali plak tuh...hmmmm, saper nk sabotaj nih?

Masa nyanyian penutup, aku n geng semangat nih. Mulut besar ja semua org, ala2 penyanyi koir. Nk gelak pon ada bila nmpk muka student seko2 dah pull on giler. naik urat leher ooooo. Cesss..kena test dalam kelas nih...member aku yg mmg terkenal ngan peel mendenda student suruh nyanyi pon dapat la ilham terkini dia. Nak pekena student yg asik mashuk nyanyi lagu2 patrioktik sampai pejam2 mata.

Nyanyi dah sedap...tetiba ada plak kuar sora2 sumbang...ala2 bunyi yg suka bergayut dlm utan tuh....hmmmm, bleh teka x apa kebenda tuh? Hmmmm..opsss...hgpa yg cakap aaa, bukan saya aaaa..heheheheh... Memang takde makna MERDEKA kat depa aku ghasa...bukan main sorak-sorai ala2 konsert jer aku ghasa. Naper cenggitu??

ps: Apa kaitannya kete aku kat atas tuh??? Nilai2 estetika ada tuh, nmpak x umah usang sebelah tuh?Abg n akak aku dilahirkan kat situh, tapi bkan aku...naperrr?? Sedangkan aku begitu sayangkan umah usang yg dah uzur sgt tuh.

Sunday, August 02, 2009

:: Putera Kopi ::

Satu hari terperuk kat umah...apa benda leh aku buat ek? Hmmmm...jap selongkar kotak2 DoubleA yang aku susun kat sebelah tv kesayanganku. Aiseh... bersin lakkkk........acuuuummmm, sah berabuk la tuh. Kalu tak silap baru ja semlm aku sapu kat situ..tade nmpak habuk yg berkeliaran, mai mana lak habuk2 nih....(sambil mengomel tuh aku garu2 kepala, kunun tengah pikir la mana mai habuk2 yg menyesakkan penafasan aku hingga rongga idungku gatal, then keluarlah udara yg derassss....achuuuuuuuuuummmm...)

Keh keh...dah juper pengubat boring aku....nih dia CD koleksi lama aku hehehheheh..dah agak lama tak buat hal ulang tgk citer2 leisure camnih...nk bikin paler ringan and gelak sorang2. CD nih jugak aku pernah adiahkan pader sorang sahabat. And u know what??? Dia suker sgtttt....I'm glad...sajer la kasik CD yg di 'burn' dengan penuh kasih sayang utk adiah besday dia...sebabnya aku pernah dapat jugak dari sorang sahabat yg paling best dalam negeri nih... CD yang memang aku simpan sampai sekarang...then bila tibe time gila nk berkampung depan TV aku akan layan la...tq Roy CD korea hang 'Full House' tuh. Dah nk rusak pon sebab dah 5 kali ulang....

Semlm bukannya aper, paginya kuar pegi beli beras. Then dah abis lunch tuh, takkan nk layan mata??? Bikin keberatan yg melampau nanti....so, aku carik la keje. Keje aku melangut TV je la..nk buat keje umah, Jumaat lagi dah settle...hehehehhe, laptop rosak lak tuh, klu dak bleh ber 'tenet' guna myBB celcom. Hmmmm...tuh la kan dah kena kuarantin dlm umah walaupun kat sinih blum lagik la dgr wabak bahaya tuh......tut...mintak simpang la.

Oklah, klu nk tau ada moral value sebalik citer komedi romatika nih, i've learned something as well....hehehhehehe...Sal jgn ckp aku ciplak ayat hang nuh...nih ori tau!

~aDIOS

Wednesday, July 22, 2009

:: Sesuatu Yang Indah ::



Tepat jam 8.29 pagi tadi, seluruh Malaysia dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari separuh yang sungguh indah. Pagi nih kat Jitra suasana suram dan cuaca pon mendung seluruhnya. Kalau nk disamakan dengan mood manusia, org Kedah cakap Mandom la. Kejadian yang sama berlaku pada 26 Jan 2009. Hmmmm..dalam tahun nih saja dah dua kali benda yang sama berulang kan? Apa maksudnya tuh?

Fakta yang sempat aku kutip mengenai fenomena yang berlaku pada 26 Jan lepas dari falak online yang memetik, pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Di dalam kes 26 Januari itu, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit. Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Begitulah alkisah nya kejadian gerhana matahari yang berlaku pagi ini. Tidakkah ianya sesuatu yang Indah???

ps: Naper terasa sesuatu yang indah itu begitu menyenangkan sehingga semua yang kita nampak akan bertukar dalam bentuk warna-warni yang sukar diluahkan akan keindahannya? seluruh pandangan akan bertukar jadi bersinar-sinar dan berwarna pink?? hehehehheheh...

Tuesday, July 21, 2009

:: Pantry Banjir ::

Pagi yang penat, kini kian lelah.....but aku bersyukur sebab ada kelas dengan budak2 sem1. Sepatutnya aku ada training bola jaring pagi nih. Dah turun pon Ahad lepas. Kunun utk lawan antara POLI Sabtu nih kat PTSB. Aku n member lagi sorang asik2 jadik bidan terjun ja la, sebab tade orang nk main. Atas nama sayangkan poli sendiri, aku pon menggagahkan diri utk bermain permainan yang dah berkurun aku tinggalkan. Peraturan pon dah lupa. Sekarang aku ghasa cara main dah lain sikit kot.

Turun ja lab, tetiba dapat call dari member ckp ada budak nk juper. Aku pon suruh la budak tuh mai lab. Rupa2nya budak yang ada kelas ngan aku pagi nih nk juper. Tapi apsal sepi semcm je luar lab, patutnya klu ada kelas, dah berbondong2 budak menanti luar lab. Budak tuh datang dengan segan2 sopan dan santun. Aku agak muka dia mcm melayu, but Siam rupanya. patut la cakap pon sopan semacam budak laki nih, lembut lak tuh sora dia. Dia mintak mahap bagi pihak kekwan dia yang silap tgk jadual. Depa ingat kelas aku tade sebab aku cuma assist kelas tuh, dah lead dia gi Induksi. Aku ghasa lead lecturer tak bagitau la aku ganti, sebab tuh student semua silap tgk jadual belaka. Depa mintak aku gantikan khamis nih utk kelas hardware. OK jer, aku ghasa takyah nk geram2 pagi2 nih. Aku dengan senang hati meng'ok' kan ajer ayat2 dia n trus tutup aircond n lampu lab sebelum beredar. Lega, at least aku punya masa nk buat paper utk pembentangan nanti. isk isk, susah hati la plak.....kena bentang ka? Takuit...

Pagi nih, maybe rezeki aku nk dapat sepasang tumbler tupperware yang cumel. Kak ija dah bwak utk aku hari nih. Cik Nah lak dah bawakkan bahan2 cuci kereta yang aku pesan. Paham dah maksudnya. Kena korek la duit dari purse yang memang dah surut sgt dah akhir2 bulan camnih. Ada lagik utang perfume kat Miza. Alahaiiiii...kena la ingat bayag hari Khamis nih....hari gaji la kot.

Tetiba aku dengar sora dari sebelah meja, "Sapa ntah frooze peti ais tuh, abis banjir pantry jabatan" ..hehehehhe...mcm tahu jer saper yang buat tuh...kwang2...

~Adios

Monday, July 20, 2009

:: Kari Ayam ::


Sabtu lepas aku n geng pegi buat lawatan sambil lunch free kat umah member di Changlun. Kak Ani n famili sambut kami dgn teriakan anak2 kesayangannya yang dua orang kecik. Punyala lama tak jengah kawan2 sampai anak dah besag baru nak gi jengah.

Apa2pon aku puas hati leh juper n sembang2 ngan kak Ani. Memang siok klu imbas kenangan masa dok lab research dulu. Megekek ketawa seko2 bercerita. Tuh baru jumpa bertiga, klu ramai lagik, tak ketahuan mulut yang bercakap. Tade telinga nk mendengar kan? keh keh keh...

Menu kari ayam kak ani mengingatkan aku pada satu masa dulu...."Buha, kari nih takde kerisik"..tetiba kak ani bgtau resipi kari ayam yang sedia terhidang utk kami. Hmmm, btol la aku pernah mention dalam resipi kari ayam mak aku kat dia dulu, dia ada letak kerisik...ingat lagik dia nuh...ekekkek, biasa la benda2 cm tuh memang selalu org ingat.....org pompuan ngan resipi mana leh pisah, mcm spok ngan madgad (rujuk org2 kedah mengenai istilah nih )basikal la....heheheheh.

Masing-masing punya hidup sendiri kan? Dulu bleh la sama2 gi study..makan sekali, bersukan...skrg nih dah lain. Kena follow la cara hidup yang ada kan? Then aku realise beberapa benda yang berkaitan dengan hidup nie. Bukan semua benda yang kita nak akan kita dapat, dan kekadang tuh ada benda yang kita tak pernah terlintas pon akan kita dapat, tetiba jadik milik kita....hmmmm...apa ek? Naper berfalsampah lak nih? Oklah, yg lelain bila lagik nk buat reunion nih?

~Adios

Friday, July 17, 2009

:: Lirik Pilihan ::

Melly Goeslow - Gantung

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana

Kasih
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Tuesday, July 07, 2009

:: Kringgggg!!! Dah masuk ke Kelas ::



06/07/09 - Balik ke POLI untuk melaksanakan tugasan yang dah agak lama aku tinggalkan gara-gara tuntutan komitmen lain yg lebih berkehendak. Konsep pendaftaran budak2 poli kali neh agak berlainan, sebab wah wah, ala-ala kaunter di bank or pejabat pos je layaknya. Bagi aku yg ditugaskan pada sesi ke dua, macam payah sikit nak adapt sistem yang digunakan. Mcm renyah sikit prosesnya di kaunter yang aku bertugas nih. Apa2pon I am willing to learn. Dah banyak kali aku redah situasi mcm nih, tapi kali nih aku terasa agak tense. Sebab kelam-kabut suasana dewan plus hingar-bingar pelajar yang belum menjalani pengesahan sebagai pelajar. Agak ramai kumpulan pelajar yang belum didaftarkan berbanding yang dah berjaya. So, si pendaftar agak tertekan dengan situasi itu.

Hehheheheh....but aku bertuah sebab bertugas dengan member yang sekepala 'bengong' dengan aku. Orang dok sibok daftar, km dok siok pekena budak2 yang daftar. Maklumlah, membuli kan dah jadik darah daging masa kecik2. Aku paling nak tergelak bila ada student2 baru panggil kami dengan gelaran 'kak'. Apa plak tuh yg kena tegur, masih tersasul dengan panggilan yang sama. Mana taknya? Dah nama pon budak2 sekolah, so term mcm 'cikgu' jer yang depa selalu pakai. Paham....kami paham...

Oklah, nampaknya kena sambung keje balik sebab orang kat meja sebelah tadik, kembang-kembang idung bgtau yang RPP dah siap....Buhsannya....kena kejor ....kejor......

~Adios

ps: Kat atas tuh lencana sekolah aku yang dah banyak berjasa untuk menjadikan aku insan yang mengenal HURUF kehidupan.

Thursday, July 02, 2009

:: Terkadang Itu ::

Gambar kat atas nih sebagai tatapan kekwn yg kenal dengan famili angkat aku kat Jeniang. Khas buat Aya dan Eda leeja. Makcik Yam and pakcik Ghani kirim salam kat hangpa berdua. Tgk la meriahnya umah depa menjelang kenduri anak lelaki mereka. Hmmmm, aku pon belom pernah kenal sebenarnya dengan si pengantin nih, and sampai ke hari kenduri pon aku balik tanpa melihat pasangan yang aku raikan. Hehehhehehheh...takde rejeki aku agaknya. Tengah sedap2 menikmati nasi kenduri yang berkonsepkan kampung tuh, opis call plak. So agak terbantut aku meyuap butir2 nasi yang putih bersalut kuah kari. Memang sedap nasi kampung mcm tuh.


Abis bab kenduri umah mak angkat aku, aku nk kongsikan citer di IPOH plak. Aku telah dihantar untuk berkursus. Kursus anjuran KP** jugak la. Tapi kursus yang berorientasikan exam nih agak menekan. Adat hidup semua manusia nakkan sesuatu yang memuaskan hati, menang, dan merasakan kejayaan. tapi terkadang kita LUPA pada perkara sebaliknya iaitu tewas, kecewa dan gagal. Terkadang jugak kita sering menyalahkan NASIB atau TAKDIR diri. Jenuh aku menungkan di mana silapnya? maybe ada HIKMAHnya sesuatu yang berlaku tuh. Biarkan ia terus jadi pengalaman dalam hidup.
~aDIOS


Tuesday, June 09, 2009

:: Hoorey...Cuti Sekolah ::

Musim2 cuti sekolah cenggini sure dalam kepala dok hitung2 dah berapa buah umah nk kena gi makan kenduri kan? Hmmmm, aku kena jemputan gaks, member2 dekat n famili angkat aku kat Jeniang.

06/06/09

11.30 am - Aku, Sal n Awa ke rumah ex- Ketua Jabatan aku. Pagi sangat gamaknya, blom ada tetamu, cuma ada sanak sedara dia jer. But aku n geng lepak2 sambil2 sembang lu. Sempat jelajah umah dia yg baru first time kami jejak. Sepanjang jadik bos dulu, bukan kata nk buat doa selamat, bahkan raya pon dia tak pernah panggil gi umah. Hehehhehe, sorry bos, but itulah hakikatnya. Masing2 orang ada alasan utk org len kongsi privacy dia kan? So, aku paham. Apa2pon aku ghasa umah dia berkonsepkan umah batu dalam kebun yg besag. Heheheheh, nyaman jer suasana umah dia. Kaler tema kenduri dia pink, so sweet. Anak pompuan plak tuh, memang seswai la kaler tuh.

Lepas makan, kami pon mintak diri utk ke destinasi kedua. Kali nih ke umah adik junior masa study lu. Ingat2 lupa ja jalan ke umah dia. Sebabnya aku dah lama tak lalu jalan tuh. Apa2pon redah jer, aku sure akan sampai punyo. Tapi aku selaku co-pilot lebih alert kepada jalan. Kalu aku yg memandu susah jugaks. Bagai di kata, kami selamat sampai ke destinasi kedua kenduri hari tuh. Jalan Datuk Kumbar...hehehheheh...besag2 umah situ. Seriau mauk masuk. Bila nampak banner , sah btol la umah yg kami tuju. Al maklumlah, bukan nk nampak umah sgt, kemah dah penuh keliling umah.

Tema member gold kot. Aku tak sure, but bila nmpk pengantin, ada la kaler gold plus maroon. Hehheheh, guess what? Pengantin lelakinya banyak bercakap la. Kena gelak ngan member aku. Kebetulan adik junior tuh memang aku kenal suka bercakap, sampai atas pelamin pon dok sakan bercakap. Aku lama dok usha dari bawah, last2 bangun la nk amik gambag dia n pasangan. Baru dia perasan aku kot. Siap panggil bergambar sekali. Malu gue time tuh, memang dah nak angkat punggung balik ja, but dia dah bagi penghormatan camtuh, aku pon berbesar hati la. Siap berkenalan ngan wife dia yg memang pompuan melayu terakhir. Memang package. Pandai pilih :). Kalu tak cayer tengok kat bawah nih.

pengantin dok bersanding
Alahai, senyum la sikit mirul!!!
07/06/09
Satu lagik umah aku seranggggg!!!!... Kali nih mak angkat aku kat Jeniang. Dah lama tak gi umah depa, tapi ingat lagik dgn selekoh and corner2 jalan. Jalan dah 4 lane tuh, ala2 highway dah. Siok makan ala2 kampung. Pengantinnyer aku tak sempat nak juper sebab tengah sedap2 melepak2 kat sana, ada call plak dari opis. Aiseh, kena makan cepat2 n balik utk settlekan apa yang patut.
Oklah, itu jer citer kenduri yg aku attend. Best mkn nasik minyak. Alhamdulillah. Juper lenkali.
~Adios

Wednesday, June 03, 2009

:: Semangat Waja ::



Bersemangat...Membara sifat patriotik...Sayangkan Negara... Tahu Nilai Perlembagaan... Faham Rukun Negara... Pentingnya Sultan dalam Negara ...

Maybe itu la benda yang paling berharga dapat geng2 B** baru2 nih bawak balik ke P*** masing-masing. Selama 4 hari dibasuh dengan sabun cap 'PRO', habis keledak2 lama yang berkarat dalam diri masing-masing. Hehheheh, klu satu masa dulu ada orang pernah berkata "Kalu keje gomen, kena jadik orang gomen jugak". Baru kini aku paham apa maksudnya ungkapan tuh.

Tapi aku punya pendapat sendiri. Orang akan cakap anak derhaka bila ingkar cakap mak bapak. Tapi apa halnya pulak dengan mak bapak yang mendustai dan menganiayai anak2 sendiri. Tak sesuai ka perkataan 'derhaka' untuk mereka? Aku gunakan situasi itu dengan pengalaman aku sendiri semasa menyertai kursus B** baru-baru nih. Memang banyak perkara penting yang baru paham dan terokai. Perkara pokok adalah PERLEM****** yang telah termaktub sejak Tanah Melayu MERDEKA. Aku sedey dengan keadaan sekarang yang mana ada 'orang' tak paham sape mereka dalam negara nih.... Kalu tetamu yg terhormat, patutnya 'behave' macam tetamu la kan? Takkan bilik tidor tuan rumah pon mahu diambil alih? Mana pernah aman damai lagu tuh? Asik gaduh je la tetamu dengan tuan rumahnya. Last2 kena halau keluar dari rumah gamaknya. Baru sedar masa tuh langit tinggi atau rendah separas lutut.

Apa2pon aku sukak pengalaman priceless yg aku n geng2 dapat masa B** dan IN*****. Hope jadilah kami orang yang lebih paham peranan masing2. Bukan sekadar nk kan kesahan jawatan, but lebih dari itu. Keh keh keh....hopefully camtuh la kan? Api yg marak dalam diri tak akan makin malap if minyak yang di siram tak pernah putus. Amin.

~Adios

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...