Wednesday, July 02, 2014

:: Pindah Rumah ::

Semalam 1 Julai 2014, aku bersama seorang rakan seperjuangan dari Pakistan berpindah dari asrama universiti ke rumah sewa sekitar uni. Harap2 keputusan kami keluar betol sebab terlalu banyak masalah kami hadapi sepanjang tinggal di asrama uni. Paling besar masalahnya bagi aku adalah makanan, tambahan pulak sekarang bulan Ramadhan. Susah nk cari makan sebabnya cafe pelajar tutup kerana sekarang juga musim budak degree cuti semester. Habis semua kedai2 tutup. Then benda  yang aku takleh tolerate tandas. Susah nk kena berjalan jauh ke tandas, kekdg aku malas. Akibatnya tanggung la sakit perut. Isk isk, dah tua2 nk dok asrama memang tak sesuai la kot.

Mulai sekarang inshaAllah, banyak benda kot dapat aku manfaatkan. Sempena bulan posa ni jugak, sahur dapat makan panas2....itu yg penting....semuanya akan selesa Alhamdulillah..






Thursday, June 26, 2014

:: BFF aku, dulu, kini.... :

13 June 2014 - Perjalanan aku balik ke kampung halaman bermula , tetapi ada agenda telah ku atur untuk menemui rakan2 lamaku yang telah ditinggalkan setelah usai pengajianku di U**. Walaupun ada beberapa kali kami bertemu dalam tempoh aku bekerja sebagai pendidik di POLI***. Aku rasakan yang kali ini pertemuan kami agak lama setelah kali terakhir pada tahun 2010 kalau tidak silap. Ini juga merupakan rentetan dari pertemuan dengan beberapa rakan lama dalam entry aku pada tahun 2014 ini. 

Roy adalah nama samaran yang kami beri pada dia yg memang peminat Azroy, watak Faizal Hussein dalam filem Gila-gila Remaja (1986). Apa2pon kami boleh dikatakan buddy sebab satu ketika dulu kami seolah-olah bebayang...dimana aku ada, dia pasti disitu. Walaupun berbeza perwatakan dan hobi, kami boleh melengkapi antara satu sama lain. Aku amat menyenangi dia yang tidak lokek memberikan bantuan ketika aku susah dan gembira bersama ketika senang. 

Moga persahabatan kami sehingga ke jannah....dan permudahkan segalanya untuk sahabatku ini .. Ya Allah...Amin...




Wednesday, June 25, 2014

:: Ramdhan bakal datang lagi seminggu::

Lagi seminggu Ramadhan bakal menjelang. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu agar aku dapat merasai kemanisan Ramadhan kali ini, Amin....

Thursday, June 12, 2014

:: Mata Empatku ::



Semalam aku dah mempunyai empat mata. Tengok la usia menginjak 30an nih macam-macam kan. Biologi akan memberikan signal akan penuaan itu. Cuma terkadang aku alpa dek arus kehidupan yang gila lajunya. Bukan disebabkan aku kerabunan yang teruk, cuma aku agak alah pada cahaya yang kuat. Apatah lagi memang aku berdepan dengan komputer pada setiap hari hampir 10 jam sehari. Kalu malam aku tengok tv lagi, dah banyak pencahayaan melampau tu. So, aku kena prevent dari sekarang klu tanak silau yang teruk. 

Asalnya aku cuma menemankan kawanku yang mengadu sakit kepala kebelakangan ini. Dia syak dia dah mula kabur sebab tidak dapat melihat tulisan sewaktu menghadiri bengkel minggu lepas. So, kami pergi buat pemeriksaan mata, then sah memang dia rabun. So, dia terus buat spek kat kedai tuh. Aku plak saja check utk silau. So, opto tu cakap mata ok, tade rabun so dia rekomen utk silau saja. Silau aku agak tinggi. Nk jaga mata, aku kena la berkorban sikit .... Apa2pon lepas ni aku harap dah bleh membaca paper lebih dari biasa...In sha Allah....

Wednesday, June 11, 2014

:: Buntu dari pagi sampai petang ::



“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan. "

Tuesday, June 10, 2014

:: Buntu...camner nk cari problem? ::

Orang tua2 cakap jgn cari masalah...yg hang nk cari masalah buat pa? Takdak satu pekdah....klu tau dek mak aku mau berjam2 aku kena tahan tinge dgr ceramah channel illegal dia .... tade iklan langsung...24 jam asyik dgr ceramah khas dia ja....(cemuih jugak klu selalu2 sgt, tapi kekdg aku tercari2 suara tuh....) .

Dah tabiat insan, bila dah ilang mula la nk appreciate kan....bila time ada, cemuih la....nyampah la..semua ada.. aku ngaku tang tu....skrg ni bila dahi panaih, sora dah tersekat2...hmmmm, sindrom nk dgr sora mak berletiag dah mai....aku rindu sgt nk dgr dia berckp....teruih ambik tepon call....lega sedaih dengag sora dia...cam biasa dia akan bukak channel "Mari dengar Ceramah" hehehhehe, my mom..... tade sesapa leh ngalahkan dia bila cakap..siap pejam2 mata lagik.....mana nk dgr ckp org lain dah....dia nk semua org bagi perhatian kat ceramah dia...walaupun kekdag tade isi langsung...ekekekkekek.....tapi aku paling sukak time dia bukak citer dia kecik2 duluu....fuh ....aku layannnn...mmg ala2 layan citer Tom Sawyer and Huckleberry Finn....buku english pertama akak aku umpan aku baca utk fasihkan english....bijak dia...sebb tu jadik cikgu la ni.....ekekkeke tq sis!

Back pada keje aku skrg...aku tengah mencari masalah atau problem statement omputih ckp...aku tengah dok membaca ...actually dah lama aku dipaksa membaca, 2 bulan lps klu org tanya "apa hang buat la nih?" senang ja aku jawab, "aku tengah baca"........but apa yg aku baca lom pasti aku akan pahamkan pada org lain sebab isinya terkadang sukar utk aku kupas....bukan sebab pisau aku tak cukup tajam...bukan juga sebab kulitnya sekeras buah nyiok...tapi nk cari rawi yg tulis kajian tuh mmg agak sukar.....nk email?  blom cuba .... nk tanya sekeliling...semua topik lain, nk tanya penyelia, dah mmg keje aku kot cari jawapannya.....aku PASRAH. 

Ya Allah, tunjukkan hambaMu ini "sesuatu" supaya aku dipandu oleh rahmat dan ihsanMu ..Amin.


Sunday, June 01, 2014

:: Sabtu yang Penat ::

Aku dah jumpak geng Lab research yang sekepala walaupun kami berlainan bangsa dan negara. Dengan menggunakan medium komunikasi yang sama iaitu bahasa penjajah Tanah Melayu satu ketika dulu, aku berjaya menyampaikan apa yang mahu diperkatakan. Yang bestnya, mereka paham....kami boleh ketawa, bergurau dan serius meyampaikan hasrat masing-masing. Pelik bila aku pikirkan, entah dari mana mereka ini datang tetiba Allah takdirkan mereka menjadi teman se makmal dan sekarang kami Alhamdulillah, boleh menjadi kawan berkongsi kisah suka duka. Amin.

Seorang dari Pakistan dan seorang lagi dari Gaza, Palestin. Kagum dengan kedua2nya sebab mengharungi perjalanan yang panjang ke sini, namun nekad mereka tetap sama seperti aku. Mahu mengusaikan nawaitu yang dinekadkan dalam hati. Mudah2an kejayaan milik kami bersama. 

Keunikan kedua2nya amat aku senangi, mudah2an persahabatan antara negara ini sehingga keakhirnya. Ameen...

Sabtu aku diisi dengan meluangkan masa bersama kawan2ku ini. Banyak benda aku pelajari dari mereka. Dari perkara berkaitan kehidupan, agama kami yang sama dan mengenai pendirian masing-masing. Seperkara lagi yang kami kongsi bersama adalah, masing2 masih bujang. Hmmmm, ada saja la usikan aku kat depa sebab kat sini kebanyakannya org luar dan senegara dgn mereka. Sesekali 'bakuaz' dalam bahasa urdu ckp kosong.....hehehehe best jugaks...unik kan manusia, walaupun berlainan bahasa, bangsa, bahasa menyatukan itu berkesan....leh gelak sama2...sedih sama2....isk isk...mmg satu pengalaman baru la kot utk aku yg dah lama dalam tempurung sendiri....

Petang sabtu kami dihabiskan di Econsave, sambil membeli-belah dan makan sama2, kami menghabiskan masa chat benda berkaitan keje kami, previous pengalaman masing2..pasai culture, adat perkahwinan dan mcm2 lagi....penat bergelak ketawa, sampai aku perasan ada yang memandang kehairanan meja kami yg agak majmuk tapi meriah.....apa2pon tq frens....may Allah bless our frenship....in sha Allah 4 eva!

Wednesday, May 28, 2014

:: Menelusuri jalan itu ::


Pagi ini Alhamdulillah, aku masih dikurniakan kudrat dariNya untuk melihat cahaya mentari yang terbit indah dari ufuk Timur. Entah kenapa selepas bersiap-siap tadi aku terasa mahu mencuba kaedah lain pergi ke fakulti. Aku ada ternampak beberapa orang pelajar sedang menunggu bas dihentian bas depan kolej kediamanku. Aku bergegas takut2 kena tinggal macam semalam. Sesampai di sana, aku bertanya seorang adik tentang jadual perjalanan bas. Aku memberanikan diri untuk naik hari ini sekadar mahu mencuba, dan jika ianya baik untuk kesihatanku, aku rasa ini satu permulaan yang baik untuk aku teruskan. 

Jam 8.30 pagi, bas datang dan bergerak ke hentian yang berkenaan. Aku dah dapat mengecam bangunan fakultiku dari jauh, dan rasanya tiada masalah untuk aku berjalan melintas jalan besar dan melalui celah-celah bangunan. Akhirnya aku sampai ke makmal pada jam 8.45 pagi lebih kurang. Hmmmm, rasa segar sangat dapat berpeluh macam ni. Cuma bahagian lututku bermasalah sikit akibat jatuh dahulu. Kini doktor mengatakan aku mungkin ada athritis, sebab itu lutut aku agak sakit. Tapi takper, kena la usaha jugak, maybe klu turunkan 5 kilo berat badan ianya akan membantu mengurangkan sakit lutut, Amin. 

Ok, siap sedia dengan misi hari ini, mudah2an tercapai. Amin...permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini. 

Tuesday, May 27, 2014

:: Lawatan Ukuwah ::

Minggu aku balik kg, aku dah plan nk gi melawat kekwan yg dah lama x tengok muka....tanya khabar dan bersua muka...Lepas insiden sedih pada 18/5 hari tu.....Moga rohnya ditempatkan bersama2 dengan orang yg soleh. Amin.

Lokasi pertama lawatan adalah di Bandar Tasek Mutiara, Penang. Rumah member aku ni pes time aku gi, Tapi sebelum tuh, dia temankan aku gi buat servis kete kat Bagan Jermal. Memang pes time jugak aku ke sana. Anyhow, best dpt jumper kwn lama n borak2 apa yang terlintas di fikiran. Tq Sal for the lunch...pizza hut tu....merangkap belanja besday gurl la kan..ekekekeke......


Lepas itu, sehari kemudian aku gi melawat salah seorang kawan semasa degree aku. Dah lama sgt tak jumpa. Dah lain muka klu semakin berusia kan? Aku mengakuinya dalam diam. Cikgu Lyssa adalah salah seorang rakan yang banyak membuatkan aku ketawa dengan feel yang macam2. Sangat berterus terang dan senang nak dibawa bergurau. Anak teruna dia pon dah besag sekarang. Seronok tengok rumah dia yang jadi hak milik dia sekarang.....cantik....Taman Ria , Alma Bukit Mertajam.

Last person aku jumpak adalah salah seorang rakan lama jugak. Aku kenal dia dari matrikulasi lagi. Sangat senang bergaul dengan Sh. Mashita ni...Aku jumpa ngan dia kat Queensbay, Penang. Dengan dia, aku banyak kongsi kisah peribadi aku sebabnya dia adalah teman dalam bas setiap kali kami balik kg. Dah ditakdirkan kg kami dekat je, sebelah negeri...Perak and Kedah, but turun bas kat Parit Buntar. So, mmg senang nk balik sama2. Dia dah berjaya sebagai seorang pensyarah lepasan Phd dari salah sebuah universiti di Australia. Kutip semangat kwn2.....moga2 ada sinar buat aku meneruskan perjalanan aku...




Monday, May 26, 2014

:: Pemergian yang Disaksikan ::

22/4/2014  - tarikh aku kembali ke bumi Selatan setelah selesai semua urusan yang sepatutnya selesai...Alhamdulillah...mula mendapat rakan-rakan seperjuagan...walaupun dari negara yang berbeza, tapi aku bersyukur kerana agama menyatukan kami.

17/5/2014 - setelah hampir sebulan di tanah selatan, aku kepingin melihat wajah mak, apu dan adik2...so, aku nekad mahu take a break dan pulang ke kampung halaman...Alhamdulillah, setelah aku selesai present progress report kat co supervisor, aku ada sehari lagi utk dimelawat rakan lama di johor ni. Rumah dia di Ulu Tiram, so aku menerima undangan keduri akak dia yang akan menunaikan umrah bulan depan. Memang kebetulan begitu, jadinya aku berpeluang berjumpa sahabat lamaku. Takdir Allah, aku dah rakanku berjumpa dirumahnya dan sempat bersembang2 hal2 berkaitan diri sendiri dan keluarga. 

ps: With Radiah aka Kitting 

Setelah berpamitan, aku kembali ke asrama kediamanku then bersiap2 utk perjalanan jauh esoknya. Sebelum ini, aku akan berdua dengan adik perempuanku menempuh 7 jam perjalanan dari Johor ke Kedah, tapi kali ini aku keseorangan. Memang susah hati sebab aku senang untuk tertidor semasa memandu. Puncanya kalau senyap sunyi, mata ku mudah untuk terpejam. Tapi Alhamdulillah, Allah masih mahu aku teruskan pengajianku di sini, justeru aku selamat dalam perjalanan kembali ke kg halaman. 

Aku akan singgah di Bangi Selangor bagi melawat rakan sekerjaku yang sama2 sedang menyambung pengajian. Dia diberi rezeki di salah sebuah IPTA di Bangi. Lawatan aku memang kali pertama ke sana setelah setahun kami tidak berjumpa. MashaAllah, dia tetap sama seperti dulu. InshaAllah bakal menghabiskan pengajiannya pada bulan Mac tahun hadapan, All the best my fren, Min. 

ps: With Min BB 
18/5/2014 Aku menyambung perjalananku terus ke kg pada sebelah pagi. Aku mengalami kesukaran pada mulanya disebabkan GPS aku gagal berfungsi dengan baik, mungkin disebabkan hujan dan sebagainya, tapi Alhamdulillah, aku berjaya mendapat jalan yang betul pada pukul 9 am.

Perjalananku menjadi lancar dan dalam masa 3 jam aku berjaya sampai ke destinasi. Alhamdulillah, syukur, aku tidak terlelap or terasa letih melampau. Hilang semua rasa itu ketika aku menjejakkan kaki di depan halaman rumah. Tghri terus dapat panggilan pak njang aku sakit tenat. Mak tanyakan sama ada aku mahu gi melawat ke tak? Aku ok jer...memang la agak penat, but aku try la ..ini kes urgent...Aku plan nk gi petang2 sikit, lepas mak balik dari kelas pengajian al-qurannya. 

Lepas melepaskan rindu kat masakan mak, aku terus mulakan tugasan biasa.... klu dok rumah memang la kena jadi pekerja perumahan. Sambil leka memerhatikan merpati yang adik aku bela di sebelah pokok menggis rumah yang merimbun buahnya (belum masak..klu x aku dah ada atas pokok dah...) aku mendapat panggilan kedua dari makteh. 

Kali ini serius, dia ckp klu nk dtg melawat datanglah...dah nazak sgt paknjang aku....balik saja mak dari kelasnya terus aku khabarkan berita itu. Lepas solat Asar, kami terus ke Pulau Pinang utk melawat paknjang aku yang sedang dirawat di unit ICU ... sesampai kami di sana agak lewat disebabkan kenderaan berpusu2 keluar dan masuk ke penang. Aku sampai dengan mak dan terus ke wad berkenaan sambil ditemai ibu mertua sepupuku.....syukur ada juga yg dikenali utk bertanya arah....langkah aku makin longlai melihat sepupuku menahan muka sebaknya...mungkin disebabkan melihat aku dan mak dtg melawat.....

Maknjang ku setia disamping katil suaminya yang tenat...Aku sendiri sakit melihat cara dia bernafas berbantukan alat bantuan pernafasan yang dipam secara manual oleh jururawat. Bergilir-gilir mereka menekan alat yang seakan2 botol plastik lembut yang besar dan pendek. Hiba bercampur pilu melihat linangan air mata paknjangku yang menahan sakit mungkin....tapi matanya kelihatan tidak bernyawa...tiada pergerakan, apatah lagi respon kepada sebarang pergerakan dan cahaya. Aku jadi insaf....pertama kali aku melihat keadaan ini....pada pemikiranku..inilah sakaratul maut... pernafasan menjadi kuat....suara tekak saja kedengaran....tiada respon kepada persekitaran .... mak aku mengambil inisiatif membaca yassin pada penjuru bhgian kepalanya.....InshaAllah, mudah2an Allah memudahkan segala urusan paknjang aku....

Azan maghrib kedengaran tak lepas aku menenangkan sepupuku yg memang rapat sejak zaman kanak2. Sabar adalah perkataan keramat yang membuatkan dia membalas kepadaku .."Dulu waktu pakteh meninggal, aku ckp pada awin dan ilah (sepupuku anak mak teh) ..sabarlah....tapi sekarang baru aku paham, perkataan itu amat susah ...." dia tak dapat teruskan...hanya linangan air matanya memberitahu aku betapa payah mempraktiskan rasa sabar itu....aku pahammm...ya Allah..aku amat2 memahaminya...

Aku, mak, maknjang and mak mertua sepupuku tadi pergi ke surau hospital menunaikan solat maghrib ..usai solat kami berempat terus kembali ke wad dan dalam perjalanan ada panggilan...terdetik hatiku...ahhh....ada sesuatu yang aku rasakan apabila maknjang ku menyebut "Jantungnya berhenti berdenyut"....Innalillahhiwainnailaihirojiun.....Aku melihat maknjangku yang masih belum bereaksi...."camner nk jaga kalau hospital suruh bawak balik dan jantungnya dah berhenti?" Soalan itu membuatkan aku tertunduk..mahu saja aku beritahu " Maknjang, paknjang sudah meninggal"..tetapi aku diamkan saja, mahu dia mendapatkan anak2nya dan berkongsi perasaan itu sekejap lagi...

Seperti yang kuduga, dia baru tahu suaminya meninggal ketika maktehku memberitahunya arwah menghembuskan nafas terakhirnya jam 7.52pm. Takziah dari aku....anak2 dia ada 4 orang semuanya...yg sulung lelaki seusia abang sulungku, kedua itu yg rapat denganku perempuan (kak Na), ketiga perempuan dan akhir lelaki sedang belajar perubatan di India....kesian yang bongsu...dari kak Na, aku mendapat tahu adik bongsunya berjanji dengan arwah mahu belikan kereta baru dan memakai pakaian doktor utk ditunjukkan kepada arwah ayahnya.. itu juga cita2 paknjangku yang mahukan salah seorang anaknya menjadi doktor. Alhamdulillah, akan tercapai tak lama lagi...

Kami masing2 meminta diri utk balik.....selepas bersalaman takziah dengan maknjang dan anak2 dia, aku balik ke rumah kami di sg kechil ....

19/05/14 - Esok paginya ada misi lain iaitu hadir ke pengebumian arwah di rumahnya di Sungai Petani....jam 10.30am kami sampai....semua urusan mayat selesai ...mandi sudah...tinggal mahu dikafankan.....tertib kafan dapat aku lihat dari awal hingga akhir.....dari satu lapisan ke satu lapisan...taburan bunga rampai dan kelopak bunga yang harum......akhir sekali ciuman dari setiap ahli keluarga...bahagian yang paling menyentuh jiwa....sewaktu sepupuku tidak dapat menahan airmatanya.....aku tersentuh...lantas membayangkan seandainya aku berada ditempat dia....Aku kena siapkan diri...semua orang menemui ajalnya....Ya Allah...hari lahir aku! hmmmm....ada kelainan perasaan menyambut hari jadi ditanah pengebumian....perasaan pasrah...takut...insaf ....."ya Allah, kuatkan aku.....janganlah kau serahkan aku kepada diriku, sesungguhnya aku tidak mampu menguruskannya...jangan pula Kau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka akan mencuaikan aku...."

36 tahun bernafas dengan nyawa pinjaman ini membuatkan aku sedar betapa maut itu sangat hampir...bila2 masa saja boleh dicabut keluar dengan apa cara....namun aku masih dipinjamkan nyawa itu utk aku teruskan usia 36 tahun ku..mungkin ke 37 dan seterusnya....inshaAllah...selagi mana Allah mengkehendakinya...aku kena berazam jugak ..mahu perkukuhkan ibadat, mahu teruskan mencari ilmu yang berguna...Ameen.




Thursday, May 15, 2014

:: First presentation on my "Sesuatu"::

Aku baru jer present first progress kat sini. Ada co supervisor ja, coz main supervisor attend VIVA. Aku ghasa lega 1% ja....sebab yang menanti nih akan lebih memeritkan.....

Ada beberapa teguran dari co supervisor aku yang mesti aku laksanakan iaitu melihat lebih dalam bidang yg dah aku fokuskan...

ps: esok nk gi kenduri kat ulu tiram...ekekekkeke....ghasa cam nk mkn semua esok..be prepare miss ghadiah...aku akan serang rumah ko....

Tuesday, May 13, 2014

:: Kembara 2014::

Penamat satu perjalanan yang memenatkan....(rujuk entry Pasrahkah aku?

Aku akhirnya kembali ke bumi selatan bagi meneruskan pengembaraan dalam arena yang bukan baru bagi aku. Satu ketika dahulu aku pernah menghadapi suasana ini, walaupun kurang lebih sama saja cuma berbeza persekitaran dan sebagainya. InshaAllah berbekalkan amanah yang perlu dipegang dan doa dari setiap yang mengiringi kepergianku kali ini  ... Allah senatiasa bersama-sama aku.

Doakan aku kawan2....aku perlukan secebis ingatan dari kalian dan juga doa untuk bekalana kekuatan aku meneruskan pengembaraan ini. Sesekali tidak aku lupa untuk mencoretkan 'sesuatu' untuk tatapan kalian. Untuk keluarga tersayang, hgpa semua jadi tulangbelakang aku... semangat aku ....(ayat cam nk gi perang) ... mmg lebih sesuai aku katakan pengembaraan duniawi yang sukar aku tafsirkan penyudahnya....cuma perlu berusaha dalam tempoh pengembaraan ini. Hanya pada Allah aku bulatkan penyerahan segalanya.

"A journey of a thousand miles begins with a single step."

Sunday, May 11, 2014

:: Kembara 2014::

Episod 3

Itu kisahnya pada satu petang. Belum lagi aku citer ada laluan kecil yang aku sendiri tidak tahu kat depan umah aku tu. Tetiba dengar enjin motor keluar. Lor, patut la selalu terserempak dengan pakcik2 dan adik2 Siam dari mana entah, tetiba ‘cueh’ keluar dari kebun getah tu. Aku berfikir selagi mana diaorang tade nak mengancam aku, inshaAllah aku akan selamat.

Dari perkisahan aku balik dari perantauan sampailah aku berpindah ke rumah baru, banyak lagi rentetan peristiwa berlaku dalam tempoh itu. Kisah buah hati pengarang jantung aku yang sedang sakit di bengkel. Siapa? Bukan manusia la, keta KCA aku. Lepas aku balik pon belum siap-siap lagi. Apakan daya, hati ini telah hancur bersama kemalangan KCA tempoh hari. Feel? Memang la sakit, tipu la klu cakap relax… aku pon manusia. Cuma perasaan aku lebih aman sebab adik lelaki aku yg dah selamat naik pelamin lps raya thn lepas tu selamat. Aku kecik ati sebenarnya, dengan cara dia handle situasi pada masa tu. Bagi aku kurang adil untuk aku. Tapi aku diamkan demi mendamaikan semua hati.

Abang sulung aku merupakan tempat aku kongsikan kesusahan. Dia paham dengan situasi aku lalu memberikan kebenaran untuk aku menggunakan kete bagak dia yang aku panggil bas awam di poli. Naza ria dia tu 7 seated, so bas itu la akan aku offer klu nk bawak member2 pejabat gi mkn or jenjalan. Senang, naik pon ramai, meriah sikit.

Ok, lupa nak citer. Abg aku ni direzekikan Allah menunaikan haji tahun lepas. So, selepas pergi dia ada amanahkan kete lain iaitu kete kak ipag aku utk aku jaga. Cemas campur berdebar , kete Peugeot biru tu ka? Alamak, aku ketag sikit. Ye la klu nk diikutkan aku tak baper cekap bawak keta auto ni. Nasib aku la labu, dah kete sendiri rosak, orang bagi pakai kete org pon dah cukup mujur. Syukur dalam hati berbalam2 dengan ghasa kurang selesa. Apa tak nya… dah le kete auto, baru la jugak….yg penting aku kena ingat ni kete org, aku kena hati2.

Selama sebulan aku diarahkan berkursus di UUM, Sintok untuk persediaan bagi aku menghadapi episode baru dalam hidup iaitu sambung belajar. Part ni aku ghasa susah hati sikit. Sapa suruh mintak dulu? Dah tiba masanya aku bertebar di bumi Allah ni. Dah lama sangat dalam zon selesa. Mungkin Allah mengilhamkan padaku idea supaya aku mengembara menrentasi semenanjung bagi memperluaskan penglihatanku. Feel bless….ya Allah aku bertuah dapat berada dibumi yang aman damai ini.

Sebulan juga aku dengan rakan sepejabat yang juga ditawarkan biasiswa oleh K** menjalani kursus QA. Lepas tu wajib pas exam dia. Kena susah jugak nk pahamkan camner nk wat dengan SPSS. Dah la aku blur sangat time pensyarah dari U*M tu ajar. Maybe bukan bidang kepakaran dia.

Lepas tamatkan kursus dengan jayanya, aku melangkah ke episode seterusnya. Dalam tempoh aku berkursus, U** menghantar tawaran pengajian kepadaku. Ya Allah, adakah ini petanda niatku merentasi Malaysia berjaya? Aku kena ke selatan dari utara. Hatiku memang dah berbelah bagi. Kalau aku tetap di zon selesaku, mungkin tak banyak benda yang aku peroleh selain dari keselesaan sekarang, tapi mungkin keluar, aku akan mendapat lebih banyak hikmahnya. Finally, I make up my mind. InshaAllah, pasti ada ‘Sesuatu’ di sana yang Allah sediakan untuk aku. (dalam hati…tak abis2 dengan ‘Sesuatu’ dia)..heheheeh, relax la…aku juga ternanti2 akan ‘sesuatu’ itu. Apakah???

Berbekalkan azam sebesar rumah mak aku kat kg, heheheh…takleh la ckp setinggi gunung, sebab aku pon tatau camner nk berazam dengan gunung yang tinggi.. aku pon bertekad akan ke selatan. Aku setuju dengan tawaran yang diberikan. Dan sekarang Cuma perlu menanti surat tawaran biasiswa dari K**.


Satu perjalanan yang memenatkan… bersambung

Friday, May 09, 2014

:: Kembara 2014 ::

Episode 2

Rutin biasa aku ulangi bila sampai di tanah air. Dengan tidak mengambil cuti jet lag (fuh…macamlah 10jam naik flight) aku terus melapor diri di jabatan. Rupanya salah, aku patutnya ke pejabat pentadbiran melapor diri. Dah la lewat sehari aku lapor diri sebab dalam surat yang kementerian bagi tarikh lapor diri sama ngan tarikh aku berada dalam flight. Entah macam mana geng aku yg lelaki dapat ubah tarikh sedangkan aku dan rakan seperjuanganku yang wanita mendapat tarikh sehari lewat… mungkin ada perkiraan lain yang mereka buat, tapi kami Cuma redha ja, dah surat cakap date tu, kami ikutkan ajer. Natijahnya aku report duty lewat sehari coz surat suruh report hari kami diberikan tiket belayar ke Malaysia.

Apa2pon aku dah cuba yang terbaik…kena juga teguran dengan pihak pentadbiran, tapi diaorang pon akur dengan situasi aku yang kena date sama naik flight. Alhamdulillah, aku akhirnya bertugas semula sebagai pendidik. Dalam masa yang sama aku cukup bersyukur kerana impian aku memiliki baiti jannati telah termakbul. Pihak perumahan mengesahkan pinjaman kerajaan aku lulus and then pihak pemaju cakap dah boleh la berkemas masuk rumah…..Ya Allah, mau melompat aku ..ooppss…over acting  la plak kan….maunya bergegar jiran aku kat bawah dek hentakan kaki aku. Siyan anak2 dia tidor…. Tapi aku seronok sangat..maybe hikmah Allah nampakkan pada aku sekarang….dgn modal yang aku ada sekarang bleh la digunakan untuk masuk rumah. Memang banyak jugak la berabis…belinya yang asas aja….tapi ya Allah, mengalirnya cam sungai ….rugi tak simpan byk2 masa bertugas kat luar kan?

Rakan sekerja ku membantu carikan lori habuan angkut barang2 dari kuarters yang telah 6 tahun aku duduki secara solo. Sedar tak sedar selama itu aku tinggal di kuarters poli yang dah sebati ngan jiwa aku..buktinya setiap kali memandu, jalan hala ke kuarterslah menjadi GPS biologi. Otak ngan tangan aku mmg akan ke sana setiap kali tamat waktu pejabat atau keluar jalan-jalan. Malu sendiri..nasib baik tade yang perasan..klu ada pon aku akan bagi alasan ambil barang tertinggal…pada hal semuanya dah aku angkut berbantukan anak2 teruna kelas aku ke rumah baru.

Selesai angkat semua barang, aku kena susun pula. Tapi sebelum tu, aku secara solo juga membasuh n mop lantai umah….fuh mmg sakit tulang belulang aku. Payah nk bgn tidur … kesannya akibat terlalu lama membongkok. Kesian plak klu nk disuruh anak2 kelas aku buat…ye la…depa tu ada keje …nk buat tugasan..membaca nota…buat programming…isk isk…aku buat ja la sendiri…lagipon ambik masa juga la…3 hari baru selesai aku tenyeh lantai umah.

Puas hati nmpk putih bersih ja lantai dan dinding sama ja…nmpk cam sel orang sakit jiwa pon ada…Nauzubillah..simpang ya Allah…. Pastinya aku akan senantiasa menjaga diri sendiri, inshaAllah. Seram juga permandangan depan umah baru tu. Kebun getah dan semak samun ja. Tak sangka ada migran asing tinggal kat belakang timbunan semak tu. Nak citer la sikit alkisahnya kemarau teruk kedah itu hari, bebudak taman ni nakal sikit…depa suka lepak depan umah aku tuh, ala baru sekolah menengah rendah klu pandang dari segi ketinggian dan sikap la, baru belajar merokok. Memang pantang betul aku la, budak2 merokok. Depa ni main2 lighter camner ntah leh terfikir nk bakar semak depan umah aku tu, time Asar lak tu, mmg tengah panas membahang. Aku lak dok ralit mengemas rumah, tetiba terdengar pekikan yang tidak difahami.


Apa lagi, celapak ke tingkap. Api marak menyala, disertai pekikan dalam bahasa Thai klu tak silap…nmpknya dalam 7 orang kuar dari belakang semak tu masing-masing bawa kayu habuan memadamkan api…ada yang bawa timba berisi air. Aku panik jugak. Walaupun apinya seberang jalan, tak mustahil akan melintas sekiranya ditiup angin. Start dari situ aku tahu ada manusia disebalik semak tu…tapi depa tade buat pa2 kes la…aku pon seram dan sentiasa berwaspada ja. Mana tahu malang tak berbau.

bersambung... 

Thursday, May 08, 2014

:: Kembara 2014 ::

Datang pada satu masa aku mula tertanya-tanya... "Apakah perkara paling baik aku lakukan dalam hidup aku buat masa sekarang?" Monolog itu berlaku pada ketika aku terteleku sendirian di balik jendela bas ekspress menuju selatan yang membawa aku membelah malam pekat, kira-kira beberapa tahun lalu sewaktu masih aktif memegang peranan pegawai pendidikan ..dalam bahasa mudahnya 'cikgu'la.... waktu itu aku ditugaskan menjadi salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menyediakan satu platform bagi memudahkan seluruh warga dalam kumpulan pengajian tinggi menikmati kesenangan mencapai maklumat serta mengemaskini maklumat masing-masing melalui sistem atas talian...or in easy word....online system...itu cakap omputih la.... peranan aku mudah saja...cuma beri komitmen yang mantap dalam setiap perjumpaan dengan menzahirkan atas kertas bagaimana sesuatu aktor dalam sistem tersebut berfungsi....dalam term IT flowchart or system flow.... aku cuma menyumbangkan manual book bagi memudahkan pengguna terlibat menjalankan tugasnya ... berbantukan manual itu aku harap ianya memudahkan (walaupun dalam hati tetap merasakan ..apalah sangat yg aku buat? ) aku mula sertai kumpulan itu agak lewat.....mungkin disebabkan itu peranan aku diringankan kepada analysis .... but kerjaku reverse....setelah sistem selesai barulah dibuat manual....(senyum sendiri)...

Sekarang? Aku masih berjawatan yang sama cuma kebanyakan cerita kembara sudah aku simpan buat sementara waktu... ini bagi membolehkan kehidupan baharuku mula mencatatkan perjalanannya yang sendiri. Mungkin sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu pada laman blog untakuning ini, kerana ada "Sesuatu" yang menjadi peneman kepada "Aku" .... :)   (deep sigh).....lama aku ambil masa untuk kembali ke arena penulisan. Nak memujuk akal untuk mencerakinkan sesuatu ... serentak mengajak jari-jemari menari2 di keyboard laptop ...itu bukanlah tugasan yang mudah...terkadang ilham datang tatkala bangun tidur....tatkala makan, atau menonton yang sudah sebati dengan jiwa aku..... manakan ada kudrat utk aku menukilkan semua itu serentak? Payah amat rasanya .... tapi akhirnya tertunai jua hasrat seiring kelapangan  masa yag Rabbul ‘izzati berikan sekarang...Alhamdulillah.....sukses...

Enam bulan selepas balik dari misi mengutip pengalaman dari luar, aku kembali ke bumi Utara pada 14 September 2013. Syukuran ya Rabbi….Aku diberi peluang kembali lagi ke sini….masih bernafas dan berjasad sempurna. Program peminjaman pensyarah ke salah sebuah institusi pendidikan yang setaraf dengan tempat aku bertugas sekarang di salah sebuah negara jiran memungkinkan aku menimba pengalaman baru. 

Ya, pada hakikatnya banyak cerita yang boleh aku gambarkan,..suasana yang berbeza, masyarakat berbeza, bahasa dialeknya juga lain, rakan kerja yang baru, sistem kerajaan yang bertulangbelakangkan sultan (ala2 istana di zaman silam) … iklimnya mungkin agak sama dengan muka bumi dan agama Islam sebagai sebagai tunjang. Aku penuhi impian sendiri untuk berkelana ke daerah asing…pada masa yang sama aku akui dengan ikhlas pepatah melayu lama “Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri…manakan sama negeri sendiri”….. aku pegang sampai tiba masa melambaikan tangan di lapangan terbang sebagai tanda selamat tinggal kepada anak didik dan rakan seperjuangan yang ditinggalkan. Terima kasih kalian atas jagaan dan perhatian yang diberikan, aku selamat kembali ke tanah air.

bersambung ...


Wednesday, May 07, 2014

:: Pasrahkah Aku? ::

Dengan segala kudrat yang aku ada sekarang....aku cuba la bertahan dengan pertanyaan yang acapkali menggigit telinga ...."Kenapa tak pegi lagi?" "Surat belum dapat yer..." " Bila last kat sini?".... Ini la antara soklan cepu cemas yang mendapat rating tertinggi apabila muka aku tersua orang2 yg tahu mengenai status aku.......PASRAH KAH aku?? Heheheheh...bukan salah aku rasanya.....kali nih mmg persoalan betul salah dah bukan isunya......Rasa mangli dah orang Kedah ckp.....dah imune dengan pertanyaan org sekeliling...and dengan alasan dari orang yang BERTANGGUNGJAWAB....

Soalan2 itu terjawab setelah sekian lama...penantian aku terjawab lps satu perjumpaan di ibu pejabat Put******... berbunga2 kembali...walaupun aku tahu ada rakan baikku belum menerima berita gembira....aku doakan terbaik utk mereka.....moga2 kejayaan milik kita bersama.....pada tarikh keramat 22 Mac 2014...aku kembali ke bumi selatan bagi meneruskan perjalanan kembara ilmuku......ya Allah moga engkau perkenankan doa tulus hambaMu ini agar dapat menjayakan misi hidupku yang ini.....ameen...

Wednesday, November 20, 2013

:: Kepulangan yang Dramatis ::





"Tahu tak tempoh perkhidmatan kita dilanjutkan oleh pihak *** ?" Terhenyak sebentar aku tatkala perkataan itu terkeluar dari si Armando.....fulamak bagai nk pitam pon ada.....semua bagasi dah ready aku kemaskan.....semua ole2 dah kemas aku sumbat dalam beg, dh tade space kosong utk sebrg benda pon skrg....bak kata org mmg menunggu saat ja nk balik ....

Apa pula kes nih? " Kak ct camner? nk balik tak? saya mmg nk balik....kan kontrak kita tamat 14/09 kan? Depa dah lanjutkan sebulan lagi...utk exam katanya...." Persoalan demi persoalan yang dilontarkan seolah2 buih2 yg hilang dibadai ombak.....aku terpinga sambil ternganga...mmg aku tengah compute info yg aku baru dgr nih...sambil confuse.....aku banyak bermonolog...belum puas dgn reaksi aku....terus aku dihujani persoalan...." Camner nih kak ct? ,  isteri saya duduk sorang ...mengandung lagik....sapa nk uruskan...dengan kursus yang mmg menanti saya bulan September nih.....saya dah atur...." si Armando meneruskan justifikasi kenapa dia kena balik jugak pada tarikh yg ditetapkan...

Okey...aku perlu berkata sesuatu......biar hilang persoalan2 yg bertubi2 yg menghentam perasaan yang sememangnya tercelaru....speak my mind la bak kata omputeh.....fine...."Kak Ct nk balik....titik..." Akhirnya butir itu keluar dari mulut aku.....payah sangat nk membicarakan akal yg bermonolog tadi.....mana org nk paham sebab semuanya percakapan aku berada  diminda saja...ekekkeekke...susah sgt ker nk ckp? Arman berpuas hati dengan jawapan ringkas aku...terus dia mencadangkan kami sekumpulan naik ke pejabat pengarah bagi merayu mereka bertukar fikiran melepaskan kami si locum tenens balik ke negara asal seperti yang dijadualkan dalam surat tawaran mereka. 

Dua hari proses rayuan dan penebalan muka berlaku......tebai kot dok jumpak pihak atasan sambil menagih simpati mereka utk balik......aku serius malu besag, but watto do? Kerana nekad masing2 nk balik pada tarikh tuh, semuanya bersatu hati pergi naik ke tingkat 12 dan 11 untuk berjumpak dengan setiap kepala yg pegang POST penting dalam PBD.

Alhamdulillah, akhirnya, mereka sebulat suara membenarkan kami pulang pada tarikh yg ditetapkan.....Amin ya Allah.....masing2 muka terpancar seri....merah kembali pipi yang lesu tidak bermaya seperti mula2 menerima berita perlanjutan tempoh hari tu. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kami....

Aku menuju ke lapangan terbang antarabangsa Brunei, Berakas pada 15hb September.....dihantar oleh beberapa kenalan rapat dan anak didik yang sentiasa memberi dorongan dan semangat semasa aku berada di sana...terima kasih semua...semoga perpisahan ini menjadi titik ukuwah yang tidak putus sampai bila2...zaman IT sekarang seolah2 tidak meletakkan sempadan pada perpisahan antara benua atau daerah hatta mana sekalipon...so, gunakan IT yg ada tu yer....kita masih boleh berhubung PBD.....so long my frens....memori bersama akan mekar diingatan .....May Allah bless u all....6 month seems to be 6 minutes now....up up and awayyyyy......flew to Penang ...my sweet home...

ps: Memori di Darussalam kekal sebagai salah satu kenangan manis kami......Temburong daerah unik membuatkan kami terpesona dengan muka buminya yang hijau penuh sarat dengan khazanah alam ciptaan Maha Esa.....

Thursday, July 18, 2013

:: Salam Ramadhan dari Darussalam::

Salam Ramadhan semua,

Sudah 9 hari berpuasa di bumi darussalam.. Satu pengalaman baru bagi aku sebenarnya. Kalau boleh diibaratkan katak bawah tempurung, selesa dgn persekitaran yang sedia ada dan berasa selamat dengannya..maka aku lah itu dahulunya. Sekarang? Hmmmmm, takdir Allah aku mengerjakan ibadah puasa kali ni di perantauan. Siapa dapat menyangka kan? Apapon aku redha ya Ilahi. 

Camner agaknya berpuasa tanpa menjamah juadah ibu? Tade lagi suara mak yg lagak bak ketua chef memberikan arahan tatkala sedang bergelut menyediakan juadah berbuka. Ada jugak sahabat mengajukan soalan itu.... dengan senyuman kelat aku cuba wat2 cool. heheheheheh....mmg tade perkataan nk aku sebut.....camner nak zahirkan perasaan aku yer. Ok, ikhlas aku leh cakap masa berbuka sorg2 aku pejamkan mata cuba membayangkan semua ahli keluarga ada sama2 ngan aku....suasana meriah cam biasa....ada byk juadah atas meja ...kuih mak yang sedap2.....then ada masakan favourite aku...asam pedas ikan kembung n kacang bendi...hehehhehe....but bila buka mata, semuanya berbeza.....ya Allah....yg ada ikan cencaru sambal, sayur kangkung dengan masak lemak udang.... and kurma kurniaan sultan. Hmmm...mmg agak sebak and sayu..... gagal jugak la membendung ghasa sebak n sayu tuh....takleh nk tipu kan....apa leh buat, aku pon manusia biasa...

Sambil menarik nafas dalam2....cuba tuh nk positifkan diri...Alhamdulillah....patutnya aku bersyukur dgn rezeki Allah... ahhhhh....lepas berkumandang azan pada pukul 6.38pm aku pon menjamah juadah pertamaku di bumi darussalam. Masih berbaki rasa sebak tadi, aku mula teringat apa agaknya  juadah di rumah? mak masak per yer? camner depa gi terawikh? hehehehheh....kete dah masuk workshop gara2 adik aku yg nk kenduri lepas ghaya nih ter'eksiden' sorng2 akibat terlalu ngantuk. Remuk redam semuanya kata Dayah, sepertimana keadaan hati aku masa dengar berita tuh. Apa leh buat, semua yg berlaku tentu ada hikmahnya...hmmmm,  yg pasti mak gi masjid ...dia lom pernah skip terawikh....yup.....teruskan makan...

Ah,..persoalan sedih, sebak, jiwang, sentap aku kena buang...jauh nun di laut China Selatan sana.. aku kuatkan semangat...bukanlah sesuatu yg lebih dahsyat dari menghadapi peperangan di Palestin jika dibandingkan dengan keadaan aku skrg kan? kalau nk perang mmg kena panik la....tapi, aku duduk di bumi yg aman, sama cam negara aku ja....Islamnya begitu jelas pada rakyatnya.....Masjidnya MashaAllah...magnificent....indah saujana mata memandang.....so? naper aku nk ghasa sentap plak...hhehhhe..ayat2 itu aku siramkan dalam jiwa utk sejukkan hati ...utk kesekian kalinya aku berjaya memujuk jiwa sendiri.....kena kuat..InshaAllah....aku akan berjaya harungi 6 bulan di sini dan balik semula ke lubuk lama ku....my lovely country...Malaysia....(terasa kecintaanku makin bertambah pabila jauh merantau). 

Hmmm....klu nk tau, sbg tanda bersyukur dgn takdir Illahi skrg, aku akan plan utk gi masjid yang berlainan utk solat terawikh.....mmg siuk (dlm bhasa Brunei utk best!) jugak....dapat berjemaah dgn komuniti yang pelbagai setiap hari dan meneliti senibina masjid yang pelbagai .... dari warna dinding, lampu, tiang, ukiran dalaman, kubah, seluruh bentuk masjid akan jadi modal perbualan aku and member senasib aku di sini. Ada saja bahan utk dibahaskan....hmmm, cam atu (bhs brunei utk macam itu) barulah dapat menghilangkan semua rasa yang menyesak jiwa... selang seli dgn ketawa nakal bila terkelih apa saja yang menggaru hati....ada juga benda yang diistilahkan kelakar bagi aku disini.....tapi biarlah disimpan sbg pengalaman yang boleh buat aku nk senyum sumbing....

Oklah semua begitulah citer aku bersungkai di Brunei sekarang dan utk baki hari yg tinggal sementara menunggu saat kepulangan aku ke tanah air inshaAllah pada 3 Ogos nih....semoga Ramadhan kali ini memberi erti pada semua......moga ibadah kita diterimanya...Amin.




Monday, May 27, 2013

:: Exam Week ::

Sini skrg sedang dilanda exam mood...semua student bersungguh2 study sebelum masuk dewan periksa... environment biasa di mana2 kan? Belum masuk dewan or bilik periksa, pull on masing2 bukak nota kecik tapak tangan.....hope for the LUCK..ayat last baca pop up dalam soklan nanti,....hehehe, aku pon pelajar dulu.....

Dah banyak tgk and alami sendiri apa yg berlaku depan mata.....heheheh, siok jugak bila teringat geng2 Pernas yg sama2 course IT nk masuk exam kat Dewan MAS....fuh....dgn sweater masing2, pencil box, and dalam poket masing2 ada notes kecik...ala2 toyol, tapi kami group yang  tade nk bawak masuk benda2 tuh semua...menipu kan HARAM, kang tade keberkatan, hancus masa depan...klu LUCK tade yg di spot, tinggai pot ja la.....alih2 kena goreng berasap kertas exam.....kui kui kui....ala2 nk menagih siempati pensyarah yg memeriksa....dah bagi effort menjawab...walaupon tak betoi pon kekdg jwpn....tapi klu ala2 nk kena...sure dapat kan?

Beza betoi dgn apa yg aku dapat lihat dari respon pelajar sini. Tade pon cubaan utk menjawab soklan yg dah dihafal tapi terlupa.....tulis aja la pa yang hgpa ghasa logik dgn terms yg ditanya.....isk isk....guna la sikit anugerah Allah yg tak ternilai tuh......sayang sgt, soklan tade la payah cuma perlukan sikit kelogikan akal fikiran terkadang tuh.....itu pon ditinggalkan..... senang kojo aku.....terbit butiran bulat kat situh...aku kasik ko kusun la......

Ok, sambung menanda lagik....


Monday, April 15, 2013

:: Sejarah memang akan berulang ::


Hari ini, tepat jam 3.07 pm tadi, aku menerima gaji pertamaku dari pihak P**. Hmmm....sejak stay di negara orang, perasaan anak rantau mmg senantiasa bertandang. Hari ini mencatat sejarah kedua dalam idup aku tentang tempat kerja baru. 


Aku review kembali sejarah aku n geng GSTT semasa baru2 melapor diri untuk penempatan pertama kami di POLI***. Tahun 2005 banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan aku n geng GSTT mengenai perit jerih idup tiada sumber kewangan yang pasti. Gaji pasti ada, tapi belum pasti bila digenggaman. 

Ada insan bernama Ketua jabatan yg perihatin masalah kami waktu itu menghulurkan simpanan sendiri bernilai RM1000 utk dipinjamkan kepada kami seramai 7 orang pada masa itu. Dengan perasaaan lega dan bersyukur, kami menerima pinjaman bermakna itu. masing-masing melangsaikan hutang yang tertunda dan boleh merancang plan ekonomi bagi bulan tersebut. Aku n geng amat2 menghargai pemberian itu. Terima kasih En Bakri Baharom. Jasamu hanya Allah dapat membalasnya. 

Tadi, bila Cikgu Zakaria (wakil pihak P**) menghulurkan borang utk diisi bagi mendapatkan gaji pendahuluan sebahagian dari gaji, aku tersenyum mengenangkan peristiwa 8 tahun lalu....Sungguh SEJARAH BERULANG....betul kata tomok sewaktu menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang pada tahun 80-an dulu.... Ya Allah, sesungguhNya Engkau Maha Mengetahui. 

ps: Kredit picture goes to Herasuhanti. Tq, jom gi Gadong!

Tuesday, April 09, 2013

:: Rutin yang berbeza ::

Bangunan politeknik Brunei. Block 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Kementerian Pendidikan, BA 1311, Brunei Darussalam.
 Simpang 189-18, No.36, Kampung Rimba, Jalan Estet Gadong, Bandar Ser Begawan.
Kelengkapan yang disediakan oleh politeknik untuk keperluan PnP.
Ini pejabat saya di Politeknik Brunei. Bilik nombor 5.04. Ditempatkan sekali dengan pensyarah asal poli iaitu Jumiatul Zuhriah aka Azu.

Friday, March 15, 2013

:: Salam dari Darussalam ::

Salam Semuanya.....khas buat saudara mara, rakan taulan dan anak-anak didik di POLIMAS. Saya sudah selamat menjejakkan kaki di Negara Brunei Darussalam. Semalam flight pukul 7.55 pm berlepas dari KLIA terbang ke Brunei International Airport dan sampai dalam pukul 10.20 pm.

Sesampai saja kami dijemput oleh pihak Politeknik Brunei ke destinasi penginapan yang memakan masa 20 minit perjalanan. Jerudong itulah nama tempat kami berenam ditempatkan sementara. Gambar kat atas tuh adalah senario bilik yang kami dapat perseorangan. Alhamdulillah, selesa dan aman persekitarannya, macam di Malaysia kayaknya.

Hari pertama kat sini, kami masih lagi perlu persiapkan keperluan seperti menukar sim kad phone, menukar duit dalam matawang Brunei Dollar dan seleraskan waktu solat. Tengah mengadaptasikan suasana, bertemankan member dari poli Borneo. Dia dan saya jer pensyarah perempuan dari Malaysia. Bagus juga ada kawan nih, banyak benda dia dapat ajar dan tunjukkan. Almaklum lah, saya nih memang tak pernah kuar Kedah.....anak jati tuh.

Oklah, jom pekena nasi Ayam Katok......satu pinggan 1 dollar ja....meh...meh....


Sunday, April 29, 2012

:: Việt Nam ::


Backpacking ke Vietnam berlaku pada 05 - 08 Mac 2012. Nak ckp mcm mimpi pon ya jugak sebab that country never cross my mind utk dilawati. Tup tup ptg 05 Mac lps kira-kira dalam pukul 7 petang aku berada ditengah2 kota Ho Chi Minh. (Refer gambar paling poyo kat atas tuh). Dgn beg2 berselimpang kiri dan kanan aku n member aku Min BB berjaya menawan kota Ho Chi Minh dengan mengharung lautan motosikal yang memenuhi segenap ruang jalan raya kota tersebut.

Pelajaran pertama yg kami belajar kat sana ...cara melintas lautan bikers tuh, jln ala2 catwalk ja bila sampai kat zebra crossing, InsyaAllah akan selamat sampai kat seberang sana. Huh, mula2 tgk jalan yg dipenuhi beribu motosikal tuh, agak mustahil dapat menyeberanginya dalam tempoh satu atau dua jam..... Bak kata pakcik Melayu Champa yang kebetulan memerhatikan kami sejak awal tadi, "Adik lintas saje la..." Sambil menunjukka sign zebra crossing yang ada berhampiran kami....paham la kami maksud dia....." Mari saya tolong"..... Dgn murah hati dia assist kami pertama kali melintas ..... lps say "Thanks" kami berlalu menuju ke koordinat lokasi hotel kami....Tersenyum2 kami berdua mengingatkan ada assistant utk lintas jalan tadi, ditambah pula dengan kemurahan hati pakcik Champa tadi, fasih berbahasa Melayu.... aku dapat merasakan ada bau2 Malaysia.....bangga menjadi Melayu.....buktinya sejauh ini aku datang masih ada kedengaran bait-biat patah yang difahami.

Perkara pertama adalah nk melepaskan beban yang sedang aku gembleng sekarang, then mahu memenhi tuntutan perut sejak tadi mendendangkan lagu Sedih V.I.P...mmg sah angin sudah dulu memasuki ruang perut..... jauh sudah berjalan baru sampai ke destinasi impian. Berlaku pulak miss communication.....booking kami dibatalkan sebab dia sangkakan aku n Min BB adalah org yang sama.....aku cancelkan book sebab kami berdua sebilik, wat per nk tempah dua bilik kan? Penuh pulak kebetulan time tuh....hulala....Min dah hangin dah..aku naik panik jgk tgk dia camtuh, yer la sblm nih tak pernah berkelana bersama....sure ada solution ...hehehhe, kami ditempatkan di hotel sebelah saja. Kan dah cakap, sure ok punyo.

Lepas check in , kami cari Vinasun taxi utk ke tempat makan pertama iaitu halal@saigon. Perghhh....mmg sedap but harganya sekali ganda .... nak pulak di convert dalam currency Vietnam Dong....maunya puluhan ribu. After dinner we manage back to hotel at 9.00 pm. Masih awal, but sisih sejam dgn Mesia....di kg dah pukul 10 pm. Sempat tepon kg masa sampai tadi...riuh la dgr mak and adik2 bersahut2....minta ole2 la tuh...paham sgt...tgk la klu beg mampu menampung kapasiti. Pasar Ben Tahn kami lawati mlm tu jgak sambil ambil udara mlm... org sana kecil2 saja....ala2 cili padi la...mmg agresif ....cara jalan...bertutur....beda sekali ya. Agaknya aku n Min BB ja paling besar dalam pasar tuh. Kat sana jugak kelihatan pelancung asing and warga Mesia bersiar2 shoping mlm. Hmmm...jadi mcm kenal ja bila nmpk yg bertudung.....hehehehhe..kelakag.....mmg betoi la kata org .....kat negara org, juper ja yg serumpun trus jadik member.....

Sambil jalan2 santai, kami mencari2 ole2 dan kiriman org utk dibeli....susah nk berckp dalam bhs asing...english pon depa x paham and tak reti.....Melayu pulak yg keturunan Champa ja yg reti ckp....Kalu ditawar harga barangnya...maka silalah beli saudari....klu tak makanya barang tadi naik ke muka. Itu yg jadi pada aku n kawan aku...nasib baik kami cuma bertanya harga key chain yg ringan...naik meradang tetiba makcik tuh...sambil mengamuk dalam bahasa ibundanya dia hampir melempang member aku...terperanjat aku skali....fuih, bekengnya dia. Baru tanya harga kot, takkan dah marah...kok serius ini. Trus kami blah....

Oklah, setakat itu dulu episod pengenalan Vietnam....siri kedua akan menyusul..InsyaAllah...moga2 ada kelapangan aku menulis lagi.











Sunday, December 04, 2011

::Cerita Akhir Tahun::

Banyak sudah peristiwa yang berlaku sepajang tahun 2011 nih. Antara sorotan yang menarik adalah penghijrahan salah seorang staff yang agak lama di sini. Mungkin ada rezeki lebih, kami dapat membuat farewell party di sebuah restoran yang agak menarik pada pengamatan aku. Penuh dengan elemen-elemen alam sekitarnya yang hijau serta kaya dengan flora dan fauna yang unik.




Rakan sekerja aku yang berpindah ini adalah individu yang boleh aku katakan mempunyai jati diri yang kental dan sifatnya yang mudah memahami orang lain. Semoga dengan penghijrahan ini, banyak perkara akan membawa perubahan kepada kehidupannya sebelum ini, dan memberi seribu satu Rahmat kepadanya sekeluarga.


p/s: Engkau penjaga hatikuPendamping jiwakuCerahkan cintakuCinta yang abadi

Sunday, October 23, 2011

:: Kem Team Building Softskills::

Sesi Jun 2011 - Kem Team Building Softskills



Tarikh: 18 - 19 Oktober 2011

Tempat: KEDA Resort Bendang Man, Sik Kedah
Hari: Selasa - Rabu



Kem kali ni melibatkan 112 pelajar semester satu dan 7 orang fasilitator (terdiri daripada pensyarah JTMK).




Hari pertama - Ice breaking

Melibatkan xtvt memecahkan pelajar2 kepada 8 kumpulan, terdiri daripada kelas A hingga D. Pelajar perlu menghafal setiap nama ahli dan asalnya. Fasi akan memantau sambil bertanya kpd ahli kumpulan. Yang tidak berjaya menjwb akan dikenakan hukuman.



Bersamamu

Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan xtvt dengan komuniti setempat. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang berlainan. Setiap kumpulan harus melaksanakan dgn jayanya tugasan tersebut sebelum boleh pulang ke kem. 4 kumpulan paling cemerlang dipilih utk menerima hadiah iaitu Kumpulan 5, 1, 2 dan 3.



Malam Kebudayaan

Setiap kelas mempersembahkan persembahan masing2 dan akan dinilai oleh panel yang bertugas. Persembahan terbaik akan dinilai dan diberikan hadiah. Tempat ke-4 DIP 1D, ke-3 DIP1A, ke-2 DIP 1B dan pertama DIP 1C.




Hari kedua - Jungle Tracking

Menguji ketahanan pelajar dari segi fizikal. Meredah kawasan cerun, bukit dan hutan disekitar resort. Terdapar beberapa kes kecederaan disebabkan jatuh cenuram dan sebagainya tetapi tiada yang major.




Flying Fox

Satu lagi xtvt kecergasan yang menguji pelajar utk menuruni kawasan tinggi (dari pokok ke pokok) dengan tali dan melalui sungai. Menguji mereka yang takut kepada ketinggian. Semuanya berjalan lancar.





Jam 5.00 ptg majlis bersurai.

Wednesday, August 03, 2011

:: Ramadhan Al Mubarak 2011 ::

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog untakuning. Moga Ramadhan yang mulia ini memberikan seribu keberkatan buat semua, Amin.

Tuesday, May 03, 2011

:: Bayu oh Bayu ::



Dah tiba masanya aku lari sebentar dari daerah kerjaku. Memang tak sabar menanti tarikh berangkat ke negeri bawah bayu itu....ini dah kali ke-2 rasanya aku ke sana. Pertama kalinya atas urusan kerja, jadi tiada masa meneroka sangat...mungkin kali ni aku berkesempatan. Mudah-maudahan...

20 April aku, mak, anak sedara serta kak iparku memulakan perjalanan ke sana dengan pesawat Air Asia. Bermula dari Kepala Batas, kami transit di LCCT .... 12.30 tghari kemudiannya, kami terbang ke KKIA dan sampai kira-kira pukul 3 pm. Spjg penerbangan tadi, aku dapat rasakan yang kecuakan mak begitu ketara. Bukan dia tak pernah menaiki flight fikirku.... dah ke Mekah pon... masa dalam pesawat lagi panjang berbanding ini....hmmmmm, ke tak sabar nak berjumpa anaknya kot....hehehheheh.....anak sulung memang lain sikit pembawakannya....

Sampai saja lenguh satu badan.... memang tidor ja lepas makan nasi goreng dalam flight tadik...heheheh, tabiat yang tak elok sebenarnya tuh, but apa leh buat, nk bersenam pon takleh dalam plane kan...gilo ko hapo nanti org ckp...

Abg aku sambut kami kat KKIA, then bwk gi Apartment Api-Api....mmg lawak kedengarannya...api2 tuh.....but mmg panas la situ.....'panas' dgn adegan2 yg hmmmm, tanak kabo la, pepaham la yer.....tak sesuai la utk budak2 bawah 18 thn......ok, dah merepek sgt nih... then kami sekeluarga pegi menikmati mkan malam kat Tjg Aru....kedengarannya best, sbb ada ikan bakar ... sampai ja makanan, masing2 pandang-memandang.....isk iskkkk.....mmg lain sikit la cara masakan.....but, lets try ....bleh tahan la....tapi harganya mak aiiii, mahai kotttt...

2nd day tuh, time meronggeng......kali nih penginapan kami di kaki gunung Kinabalu.....ya Allah....cantik sungguh Kundasang..... sempat aku membeli cenderahati buat kekwn opis ...murah laa.....sebab akak ipar aku dah consider regular customer dgn dia....caya la kak intan! Sampai kat tempat bermalam kami di Kinabalu Pine Resort.....MasyaAllah....Subhanallah.....sejuk dan nyaman bumi Allah...hijau dgn tumbuh-tumbuhan. Kinabalu menjadi background kepada setiap gambar yg aku ambil.... singgah kejap kat kedai makan area Kundasang tuh, pekena nasi putih tomyam ayam n teh halia panas......memang mengasyikkan....ditambah dengan belaian bayu yang lembut dan segar....sesuai utk pasangan pengantin baru....ahaksss..

Tak sabar menunggu malam tiba.....nk main kad dgn anak sedaraku di beranda rumah sewaan kami.... konsep kampung di KPR memang unik, ditambah dengan suasana dikelilingi pohon2 pain dan rhu....sesuai dengan namanya... tatkala malam, kami sekeluarga lepak di beranda sambil menikmati kepak ayam yg dibeli ptg tadi bersama2 teh O panas....fuh.....layan habis....sampai pukul 12 mlm, tak sedar kian merangkak hari ke Subuh... permainan pulak agak rancak disebabkan Tok pon main sekali, jenuh mengajar cara2 main pulak.....cucu pulak tuh yg ajar,....hingar bingar sekeluarga.....nasib pulak tiada jiran terdekat .....buleh buat mcm kat umah sendiri.....layan jer.....penat main perut dah kenyang.....mata pon kuyu.....semlm di Kundasang pon dah cukup meninggalkan nostalgia indah..... nekad dalam hati, ada rezeki akan kujejak Kinabalu yang mengawan tinggi.

Subuh esoknya, aku bagun awal sebab nk tgk puncak Kinabalu. Menurut abgku itu aja lah masa yang sesuai nk tatap puncaknya.....lps itu awan putih akan menutupi puncak sehingga matahari terbit. Betullah seperti yg dikata...... asyik sungguh aku memandang puncak Kinabalu hingga tak perasankan waktu. Subuhnya awal, so matahari pon cepat aja menjengulkan muka. Limpahan cahaya matahari pada puncak Kinabalu menampakkan puncak dengan jelas. Terdapat khemah2 putih dan binaan titi di sana. Terpegun aku melihat sebuah pondok berdiri usang di celahan gunung yang bagi aku amat2 fotogenik bila diambil gambarnya. Dalam hati rumah sapa tuh? hheheheh, klu aku tanya member Sabahan aku pon tak terjawab dia...hehehehe..... soklan paling mengos kot.

Bye Kinabalu, kami ke destinasi hiruk pikuk pula...iaitu Bandar KK....kali ni tempat penginapannya Marina Court. Berdekatan pasar Filipino dan berdepan dgn laut. Cantik juga tempatnya.... sesuai utk famili sebab ada dapur utk memasak dan biliknya 3....wah wah.....best nih... kami bercadang mahu memasak aja, sebab dapur lengkap....fresh food murah tuh......ptg tuh jugak kami ke pasar mlm kat area situ, cari beras, cili giling, gula, garam, kicap n barang2 mentah mcm sotong, ikan, ketam n udang....mmg best la harga nya.....seplastik besar ketam baru RM1o... ikan kerapu pon murah, but mak tanak sebab kena siang sendiri...last2 dia beli isi ikan merah....fresh.....goreng saja pon sodap... mkn malam kami meriah sgt...hehehheh, almaklumlah mak masak, sedapnya lain.....dah bahagikan siap2 mkanan utk dua hari. Makan nasinya sikit ja, but meratah ketam paling best.....ingat jugak kat adik2 di kg....klu depa ada nih, sure sengih besar la ..... masing2 kaki makan tuh.

~bersambung part II




Tuesday, February 01, 2011

:: Kiranya Itu Sesuatu ::

Mood aku agak serius this morning. Kan dah tercakap bahasa penjajah. Mungkin bagi orang lain, hal ini remeh, tapi untuk aku ianya agak PENTING untuk diketahui akan haknya. Hak untuk dinilai sebagai seorang yang dikatakan berpekerti, hak bagi dilabel seorang yang berbudi dan akhirnya hak disifatkan sebagai 'insan'.

Bagai sepohon pokok yang selalu memberikan teduhan tatkala panas atau hujan. Sifat ini membayangkan diri bagi memenuhi kehendak kepada pelapis keluarga, tapi kenapa wujud di situ kecelaruan yang mengundang hati pedih? Ada khilaf dalam teguran mungkin? Ada sasul dalam bertutur? atau aku sekadar terima itu sebagai lumrah atau keadaan boleh dibetulkan? Allah, tunjukkan sesuatu Kiranya Itu Sesuatu ...

Saturday, January 08, 2011

:: Ahlan Wasahlan 2011 ::




Salam 2011 buat semua pembaca blog untakuning. Tahun baru datang menghantar 2010 yg sudah memenuhi memori hari lebih dari 300 hari lamanya. Tentu banyak kenangan yang telah kita kutip dan simpan dalam lipatan masa. Bagi aku ada beberapa benda gembira dan sedih yang hendak aku kongsi bersama:


M.O.o.D B.e.S.t

Photobucket
Awal tahun - Syukran ya Allah, saat yang aku n geng2 G**T len tunggu. Kami dah pon sah dalam jawatan, sekian lama at last habag kat hgpa.....lega tak kesangga...(bak kata org Jitra). Ghasa buat keje pon dah makin ikhlas kot....bukan x ikhlas selama nih, but kuch kuch tuh ghasa tak selamat ngat.....sama ja kot apa yg aku ghasa dgn org len.

Selain dari isu sendiri, aku pon tumpang hepi utk org len....ada kekwn yg dah kawen...tahniah....yang paling sweet dapat hadir kenduri n jumpak dgn kekwn lama....wah wah, ghasa kat sekolah menengah ja. semoga jodoh semuanya kekal hingga akhir hayat...Amin.

Tengah tahun - Tanggal bulan 5, aku dapat anak kembar...oooppsss..excited lebey, anak sedara la....kembar dua2 pompuan.... anak akak aku yg kawen thn lepas. Ghasa agak tua jugak sbb umog aku pon akan tambah satu angka bila masuk bulan Mei.....but bak kata Nasha Aziz "yang bertambah hanyalah angka". Dalam hati Tuhan aja tau betapa aku gerun setiap kali tahun bertambah. Apakah???

Hujung Tahun - Apa lagi yg ditunggu2 kalu bukan hari Raya Aidilfitri. Best dapat beraya bersama org baru...anak sedara kembar tuh la.....Tahun nih jgk berkesempatan berbuka posa dgn geng master research UUM....gempak! Paling best detik menghantar ibu ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Allah makbulkan niat aku. Alhamdulillah. Sihat dia sewaktu kami sambut mak di airport yg sama pada 30/11.

M.O.o.D D.o.W.n


Photobucket
Awal Tahun - Kisah sedeh awai2 thn mmg x siok kan? ada ke ek??? Cuma rasa malas memulakan tahun baru dalam semester pengajian baru...paham2 la dah lama x menulis, jari pon tak pandai menulis lagi. Tekanan biasa dari tahun lepas, pertanyaan yang sama ...mencemaskan dan melemaskan.......jawapannya blommmmm.....panjang aku kasi...

Tengah Tahun - Kematian org terdekat ......Moga2 Allah mencucuri RahmatNya ..Amin.

Hujung Tahun - Mcm thn2 lpas jugak, berbuka dan bersahur akeli hey.....tiap2 minggu akan balik ke kg ...nk mkn n berterawikh di masjid beramai2....sentap tau berbuka n sahur sorg2 nih....sapa kena tahu la....ekekekeke... Walaupun gembira, tapi ghasa berat hati mmg meruntun2 masa antar mak gi Mekah kat Lapangan terbang. Pikirkan tanpa ibu rumah yg satu nih sementara, mmg aku kena kerap2 balik kg jengah2 Apu n adik Im....urusan rumah terletak atas batu jemala patik la nmpknya. Tapi x kisah pon..... juadah Raya Korban hanya bihun goreng saja....Tuhan saja tau betapa sedey pagi raya. Tak gi pon solat sebab kena bereskan urusan umah. Kelam kabut sikit. Dah la hambar..sendu, mmg makan dalam perasaannya.

Moga2 tahun 2011 akan menjanjikan sesuatu kegembiraan yang Dia tentukan utk aku. Amin


Tuesday, October 19, 2010

:: Keberangkatan Suci ::

17/10/2010
Labbaikallah hummalabbaik.....kalimah itu masih terngiang-ngiang tatkala aku dan adik beradik yang lain menghantar emak ke muka pintu. Kenalan mak turut menghantar mak dengan pandangan sayu......apa perasaan aku masa tu? Sukar sekali nk ditafsirkan....syukur mak pegi menunaikan fardhu yang wajib...... tetiba terasa ada beban menghimpit......apa ya..... nanti dulu la perasaaan itu, yang patut aku dulukan adalah menghantar mak ke destinasinya, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas.

Apu beriringan keluar menghantar pulang adik ke-7 ku pulang ke kampus. Tujuan baliknya hanya mahu melihat mak sebelum berangkat. Setelah itu, dia pulang menyambung tugasan sebagai pelajar. Sempat tadi aku melihat aksi mak dan apu bersalaman sambil mak mencium Apu di pipi. Pasangan yang hampir 40 tahun hidup sebagai buddy dan besfren mestilah masing-masing dihimpit perasaan sendu tatkala terjadi perpisahan sementara begitu. Walaupun kerja wajib itu hanya 43 hari, cukup aku rasa untuk menguji kehidupan yang bakal dilaluinya seorang diri....moga2 ada perubahan yang baik dari itu.

Nawaitu yang pernah aku tekadkan pada satu masa dulu, Alhamdulillah tertunai..... Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan setiap 'sesuatu'..... Aku pegang kalimat keramat itu.....aku pasangkan niat dah hajat......lunas jua tertunai...Moga idabah haji yang mak kerjakan dapat disempurnakan..... kembali dia sebagai umat yang telah melunaskan tuntutan ke-5. Amin.

Tuesday, August 10, 2010

:: Ramadhan 2010 ::

Salam Ramadhan buat semua pembaca blog dan rakan taulan serta sanak sedara. Moga2 ibadah ini mengubah kita ke arah yang lebih baik. Amin.

Saturday, August 07, 2010

:: Konvokesyen ke-24 ::

5/0/8/2010 - Sidang pertama konvokesyen POLI*** ke-24.

Berazam nk jadik usahawanita pulak semester nih, aku berpakat-pakat dengan dua lagi rakan membuka gerai makan sempena hari konvo. Memang best bayangan yang gambarkan. Dapat pulak pulangan modal, dah jadik pencapaian hebat pada aku.

Menu simple, laksa dan meehun goreng bagi santapan pagi dah cukup pada aku untuk laku. Nak nak pulak, chef special aku import dari kg (my bonda) yang masak....sure air tangannya dapt dikongsi oleh sesapa saja yg membeli.... Tapi dalam hati, aku memang terharu melihat kesungguhan bonda bangun seawal 5 pagi menggoreng bihun dan malamnya dah siap merebus kuah laksa. Aku hanya membantu mengisar bahan2 jer. Tu pon, sambil tunggu diruang tamu, mata dah pedih2....dan akhirnya aku tewas.... pejam terus .....zzzzzzz....siyan nya mak.....

Alhamdulillah, jualan balik modal...cukup2 jer la.....but nk dikirakan blum lagi mencapai taget aku. Terlibat dalam urusan membawa graduan jugak membuatkan aku tidak leh kasik 100% komitmen utk gerai. So, chef yg aku import jugak terpaksa pulang ke kampung sebab tuntutan tanggungjawabnya sebagai suri rumah. Aku akur. Next day, jualan aku terpaksa mengalah utk tidak menjual. Maybe lepas selesai keje pandu lulusan aku akan mula menjual balik. Tengok pada situasi la kot.

Dapat berjumpa dengan ex-student semasa konvo pon best. Mcm2 patern ada...ada berubah jadik kurus....makin lawa can cakep....ada yg membulatkan diri...makin cumel....ada yg dah keje gajinya melawan cikgu....ada yg dah nk kawen (pon melawan guru nih)......dan yg paling best dapat ucapan terima kasih dari mereka....terharu....tengok depa naik pentas pon ghasa dah kembang2 idung...apa lagi bila yg naik tuh hasil tangan sendiri..... pelajar terbaik sesi ...aduh....mmg best ghasa......agaknya itulah HIKMAH yang kita bernama pendidik dapat bila anak didik dah berjaya.

Oklah, blum tamat sesi pelajat IT, petang nih aku masih diperlukan untuk memandu lulusan IT masuk dan keluar dewan. Got to go now.......adios buat semua!

Sunday, July 18, 2010

:: Kehilangan Yang Abadi ::

Tarikh: 5 Julai 2010...kira-kira 2 minggu lepas....
Lokasi: Qrts 3.2, polimas jitra
Jam 3.30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari My Home.....sora mcm cam jer...yes, adik aku Yah.....dia juz intro jer , then pass kat mak aku......"Mak Ndak hang dah tade, pagi tadi Ajun (abg aku) call"..blur aku...mmg tade sora kuar dari tekak......lebih kurang 2 minit baru aku leh ckp.....yer la...mimpi gelap aku terganggu dek berita ter'gempar' camnih...Aku cuba jadik wartawan tak bertauliah, soal mak itu dan ini, last2 dia ckp "Apu (Ayah dalam bhs Ceylon) hang dah balik Yan tadi, dia pegi sorg kot tgk mak Ndak hang, mak nk ikut tapi dia kuar buat dek jer...." Aiseh, mmg basa-basi nya mcm nk mintak aku balik kg la nih..

"Mak nk gi jugak, nk tgk arwah"sayu kedengaran sora mak.Terimbas semua memori mak bersama akak iparnya suatu ketika dulu yg pernah dia citerkan kat aku, sama2 buat baulu bila time nk raya, kongsi resipi gulai and sekarang, dia dah tade.... halamaaakkkk....sah , gue udah sah jadik supirnya la nih..."takpa mak, satgi saya tanya Ajun...., nanti saya call balik".....aku jawab penuh cool....but dalam hati mmg tak keruan nih......

"hmmm, camnih la, aku takleh nk balik, hang balik guna ja kete aku,....laju sikit"....jawapan dari abgku yg mmg aku dah agak dari mulanya...."Ok mak, siap...saya balik amik mak nuh"..confirmation yg aku buat setelah menimbang dan mencongak dgn waras. Sg Kechik, here I come......aku merentas highway Utara Selatan ke kg 300 kaki dengan memandu kete Naza abgku. mmg laju beb, 160 aku bwk....isk isk...sejam jer dah smpi ke kg dari Jitra.....aku bertolak dalam kul 4.30...dalam 5.30 dah smpi depan umah...... tuh pon kira berhemah tuh.....sebab takyah memotong sesiapa...(mana ada org atas jalan pon , hehehheheheh)...

Lps ja solat Subuh, aku bertolak ke Kola kedah, naik feri tuk ke Langkawi umah arwah. Dah agak lmbt aku smpi sebab jam dah jalan raya time2 prime cam tuh....org keje, aku je EL sebab emergency. Amik feri kul 8.30 am.....sejuk sungguh......abis membeku darah ghasanya....paler pon asik2 pikir journey lps nih, nak amik teksi ker...camner?? Nk kaco sepupu aku tak gamak dah....emak dia meninggal....aku susah hati, tapi muka tade nk tunjuk kat mak aku yg pasrah ja ikut anak dia nih...

Lagi beberapa minit nk smpi ke Jeti Kuah, tetiba ada org call...sib baik dah ada coverage..mcm tau2 ja...."Eh, aku dah smpi nih dengan kak Intan, hang smpi jap gi call aku..kete aku dah sewa, kita gi trus umah mak ndak".....Ya Allah, ini lah hikmah agaknya...abg aku n akak ipag aku dah smpi ke sana, menunggu kami ja....Syukur ya Allah......agaknya berkat aku n mak posa Rejab kot....Benar bagai dikata, smpi ja ke Jeti, aku n mak diambil oleh kete Punto Biru....trus saja kami ke destinasi rumah arwah kat AyerHangat hadapan sekolah Penghulu Ahmad.

Apu aku yg sampi terlebih dahulu dah ada kat sana....nmpk mcm heran je dgn kehadiran mak, aku, Ajun n kak intan. Tapi atas feri tadi aku ada call Apu informkan kedatangan kami. Takper, apa nk dikisahkan skrg, aku mencari wajah2 familiar dalam umah......OK, dah jupe semua sepupu2 aku....mak aku plak pantas ke sekumpulan wanita....rupanya sedang memandikan arwah...smpat aku melihat wajah arwah utk terakhir kalinya.....sempat membantu meletakkan kapas sekeliling jenazah, dan last sekali diaorang minta jika ada saudara2 yg mahu mencium arwah.... mak aku antara yg paling awal...sebab dia berada dibhgian kepala pada masa tuh...trus ja mencium arwah kakak iparnya....sepupu aku semuanya dah menjlnkan tugasan akhir tuh. Skrg tinggal aku...ya Allah...cekalkan hati ini....perlahan2 aku memandang wajah arwah..tenang dan seolah2 tersenyum...masyaAllah...sejuk hati aku tgk arwah....bila aku dekatkan hidungku pada wajah arwah, ada bau yg sedap.....maybe sebab bedak yg diorang guna tadi, terasa suam2 pada pipi arwah.....dah jenazah kelihatan agak senang utk diuruskan sebab tidak keras. Mungkin petanda bagus....Sebak dada tetiba....naper ek?? Aper nih??? alahai.....dah meleleh air mata rupanya..bila???

Bila semuanya dah selesai...jenazah di bawa ke hadapan ruang tamu rumah utk disembahyangkan...aku masih kekal dengan emosi tadi....mata masih merah. Apu and Ajun tak ketinggalan amek kesempatan mencium arwah buat kali terakhir....masing2 sebak aku lihat.....perasaan aku tadi benar...mmg semua org memberikan respon yg sama...kedua kalinya aku lihat air mata lelaki Apu......n jelas nmpk wajah sebak Ajun tadi.....mmg sayu.....

Jenazah selamat disembahyangkan tepat 12 tghari, then di bawa ke tanah perkuburan terdekat utk disemadikan......Ya Allah, tempatkan ibu saudaraku dikalangan org2 beriman.Amin.

"Jom kita balik......aku tak amik cuti hari nih.....kena balik keje".....lancar jer abg aku menuturkan ajakan tadi..belum sempat nk berbual pjg.....tapi takper la....nk kena abiskan juga perjalanan menghantar ibuku kembali ke kg ......mmg molek la bertolak awai....Feri pukul 1 tepat membawa kami ke Jeti Kola Kedah jam 2.30 ptg. kete Naza yg aku pandu pagi tadi aku gunakan sekali lagi perkhidmatannya..kali nih arah yg bertentangan. Aku smpi di kg ptg jam 5... then sempat berehat till mlm..... bawak pulak peneman journey aku ke Jitra...... jalan mlm tak kasi sorg2, but pagi tadi aku sorg2 atas highway kul 4 pagi bagi plak, hmmmm, apa nk dikato....org tua ..ikutkan je la..biag depa senang hati.

Selamat la smpi kat jitra sekitar kul 10 mlm......esok keje...yeahhhhh.....harus prepare utk ke sekolah.....eheehhehe....tidor awal la....ok....Adios semuaa...penat sgt mata pon dah kuyu........zzzzzzzzzzzzzz......

ps: Sepupu aku berbisik sebelum aku balik dari umahnya tadi, "Kak Ta taktau camner nk menghadapi hari esok dengan takde dia(arwah) di sisi....mcm tak percaya dia akan pergi mengejut hanya selepas mengadu sakit perut....tu la kan...sementara kita ada mak, jagalah Mah....buat la apa saja yg depa mintak....biag kita puas hati bila depa dah tade....."



Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...