Sunday, September 11, 2005

:: Sepetang bersama Mr Lonely ::

Petang Jumaat semlm aku bersendirian lagik di umah… Actually paginya aku bersama 3 rakan lagik ke Jitra atas urusan rasmi..ecewah..besa la tahun nih ghamai beno yg nk mendirikan masjid…termasuk la salah sorg adik junior lab (Along) yang akan mengakhiri zaman bujangnya Sabtu nih. Benda baik tak baik tangguh kalu dah sampai SERU. Walaupun majlis akad ajer…but itu yg wajib..kenduri besar2 semuanya adat jer..hehehhe…

Kami berempat (berlima sebanarnya, termasuk hafizuddin, anak adik junior tuan punya kete) pegi Jitra bagi membeli adiah utk bakal pengantin la. Adiah tade la nk grand mana, kena bajet jugaks sbb dah tade income tetap nih kan…

Balik dari Jitra, blank la nk buat aper..dah la TV2 ilang siaran, tade dah pilihan…..kena dgr radio la plak..apa lagik, aku tune ke Sinar.fm spt biasa…dgr lagu2 nostalgia nih best sket…hehehhe..layannnnnn..

Dah buhsan dok dlm memerap dgr radio, aku bukak jap laptop mate aku yg dah 2 hari tak buker. Mengingatkan pesanan dia, aku trus on laptop tuh and carik lagu tema utk aku (Mr Lonely-Akon)…heheheh…kena ngan tema aku dok sorg2…have no buddy…yg bestnya lagu tuh part sora Chipmunk tuh..hehehehhe… aku pasang ulang2, heheheh…perangai..kang jemu la tuh..

Terpandang aku pada sebuah buku yg agak dah lama aku beli. Helaian demi helaian aku selak….then bila smpi kat satu part tuh, aku tertarik sbb ada kena-mengena ngan kes lama aku ngan seseorang….hmm.dah lama dah ….heheheh ok..sekadar renungan dan peringatan utk diri sendri serta kwn2 jugak.

-----------------------------------------------------------------------------
Panduan Menjaga Lidah (Bertutur)

Selain bersembang kosong, Islam juga melarang kita banyak bercakap atau bercakap yang berlebih-lebih atau beria-ia yang berlainan dengan perkara sebenarnya kerana perbuatan itu suatu MAKSIAT. Biasanya cakap yang berlebih-lebih ini mempunyai tujuan yang serong seperti;

1) Untuk menyembunyikan tujuan jahat
2) Untuk melindungi kelemahan dan kesalahan diri.
3) Untuk mempengaruhi orang lain.
4) Untuk mengalihkan perhatian orang daripada perkara-perkara yang sebenar.

Cara menghindarinya:
1) Jgn biasakan bergurau dan gelak ketawa berlebih-lebih
2) Jgn biasakan diri berbahasa kesat dan menonton citer2 ter ‘lampau’(bkn kategori U)
3) Biasakan diri bercakap benar
4) Jgn bercakap perkara2 yg tade kena-mengena dgn diri anda dan tade faedah
5) Jgn suka ngejek dan persendakan org lain.
6) Jauhi dari berkwn dgn org gemar ngejek dan persendakan org.
7) Jgn byk bersembang dan berbual kosong (ini yg susah nih…)
8) Elakkan diri drpd berkunjung tmpt2 lepak atau hiburan lagha.
9) Jgn ckp benda2 yg tidak benar.
10) Jgn berckp perkara2 maksiat
11) Jauhi tmpt maksiat dan kump org2 yg suka bercakap perkara maksiat.
12) Takut akan akibat di dunia dan akhirat drpd kata2 tsbt.
13) Sayangi diri sendiri terutamanya rohani supaya tidak tertutup dari Hidayah Allah akibat dosa maksiat lidah sendiri.

Wednesday, September 07, 2005

:: Ada-ada saja ::

Kui kui kui...ada plak entry, ingat dah tanak post apa2 dah. Cik Yah plak dok ber'msg'soh update..so tanak la menghampakan..akan ku hapdet walau sebaris ayat...:)

Tade apa2 yg best pon hari nih berlaku. Cuma insiden semlm yg blom abis2 diperkatakan oleh bebudak pompuan kat surau...heheheh, aku pasang telinga la nk dengar kot2 ada yg kwn terdekat mangsa or etc, but tak kuteruskan niat itu, sbb dah terlalu ramai melepak, sesak napaih..jadik aku cepat2 angkat kaki lps solat.

Dah 3 hari berturut2 mkn benda2 sup utk lunch...naik muak lak tadik.. btol la jugak, perut pon tahu boring ..hari2 benda yg sama ja. hari nih, sib baik ada kekwn nk kluag gi Changlun...gi pasar..leh la tumpang sekaki dua. Sejak2 patah kaki nih (tade transport), dah sebulan lebeih x gi Changlun (naper? tak percaya ka?)...hr nih leh gi ..yeh yeh yeh!
OK la, len kali aku hapdet ngan bahan2 lebih best nuh...wa chow sin..~

Tuesday, September 06, 2005

:: Tragedi...tragedi..tragedi ::

Semlm aku terberenti ngunyah akibat terdengar berita dari Perlis fm berkenaan tragedi bas tergolek dlm gaung (gaung ke, aku dpt tahu dlm 4 meter dari paras jalan ke bawah,tak kisah la kan). Bas tuh memuatkan 70 pelajar. Insiden berpunca dari seorng pelajar perempuan terjatuh, terkena pemandu dan menyebabkan dia hilang kawalan, trus merempuh masuk ke gaung (ala2 wartawan plak). Laporan versi lain leh tgk kat blog zampeada.
Ada koleksi gambar xklusif dari wartawan bebas lab yg turut sebokkan diri kat tmpt kejadian, sila tgk gambar kat photopages apit.

Lewat ptg sikit, aku tgh mengkreatifkan diri ngan sikit kraftangan, tetiba black out lak...uish...lagik tragedi...but sib baik la jap jer...klu dak maunya berlilin aku sesorg mlm nih...paneh..

Pagi nih aku dah ghasa takut naik bas. Ekceli aku pernah ada xpirien ngan budak pompuan jatuh nih.... kekuda tak kuat or lutut agak lembut aku tatau la... driver pon satu, dah tau nak berentikan bas kat perhentian, takyah ngan bestnya laju, then tekan brek mcm menenyeh lipas kat lantai...akibat kuat sgt mem'brek' ada sorg budak pompuan btol2 sebelah aku terjatuh ke atas riba member yg tgh duduk kat seberang kerusi..bayagkan...sib baik la atas ribaan sekaum..klu kaum adam yg duduk situ, maunya smpi bila2 la budak pompuan tuh tanak naik bas dah...sapa susah? UUM gaks, takde fee utk bas dah nnt..ehehhehehe...(depa kan ala2 ceti,paksa bayag jugak).

Aku naik siyan lak tgk ..masa kejadian tuh, secara otomatik, tgn aku dah nak menyambar lengan dia...but, mana sempat, pantas umpama kilat insiden tuh. Dia mintak sori berkali2 kat bdk yg dia henyak tuh....ngan kaki aku selamat dia pijak..adoiiii!!!!..but tade la nk meraung depan dia..sbb siyan plak...

hehhehe...bila dgr kejadian bas golek sbb budak terhempap, aku ghasa mmg x mustahil la leh jadik...dah ada bukti ....heheh, moga2 tade dah lps nih kejadian sardin menyadin dalm bas...n tade dah driver yg ridos yer....selamat la kena fired nnt...
~sekian wartawan cik unta melapor utk blog ~

Monday, September 05, 2005

:: Sajak Pilihan ::

Minggu nih aku asyik dpt bahan dlm bentuk sajak...heheh..minggu penghayatan seni la bagi aku. Ada la koleksi lama2 yg nak aku kongsi ngan kekwn semua. kali nih, sajak bertemakan manusia. OK, enjoy...

:: Gadis Suci ::

KUTEMUI semalam dalam mimpi,
Di cuaca cerah
Di taman indah
Sinar mata seribu seri.

Tiada celah penuh cahaya,
Dia datang
Dia memandang
Setangkai teratai senyum di kepala.

Lembut langkah berayun tenang,
Lambang kesucian
Penuh keagungan
`Gadis suci` ciptaan Tuhan.

Tapi mimpi mainan khayal,
Tersedar sudah
Di pagi indah
Hilang mimpi penuh kesal.

Sampai kini terpeluk Tanya,
`Benarkan dia
sungguh dia`
Antara hidup semua
manusia?
ps: mcm bunian ja bunyiknya...takkan la kot..


Sunday, September 04, 2005

:: Harga sebuah Kemerdekaan ::

Sempena ngan bulan kemerdekaan mcm k’jaan war-warkan, aku nk amik kesempatan cotretkan sepatah dua kata… sebelum2 nih, aku hanya sambut merdeka ngan tgk TV…rancangan2 hiburan mlm merdeka…filem2 berkaitan merdeka…sambutan merdeka kat tmpt nih….ada bunga api…pertunjukan kebudayaan…hmmmm, tapi aku ghasa kosong…ntah la…pengisian tade ….takde ROH…isk..payah nk terangkan..

Aku percaya bukan caranya buat konsert rock mlm merdeka, maka kita sudah paham itu merdeka… bukan dgn kibar bendera sebesar alam, maka kita mendaulatkan kemerdekaan Malaysia…ada benda lain yg harus menjadi azimat muda-mudi agar sebati dlm diri sbg anak pasca merdeka.

Renung kata2 yg aku kutip dari seorang penulis bebas;

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Jeritan itu menjadi pemecah gegendang telinga tatkala sambutan mula berpesta,
Apakah perkataan itu tersirat maknanya?
Atau sekadar simbol resam cuma,
Ya, mmg Negara kita sudah lama bebas,
Sudah merdeka seperti zahirnya,
Tapi apakah diri kita juga merdeka?
Merdeka dalam erti kata batin dan zahir tidak dijajah,
Dibelenggu anasir durjana yang serakah menjahanam bangsa,
Perdaya kita dengan ajakan budaya moden yang bukan beridentitikan melayu,
Muzik, filem dan tata adab yang tidak ada santunnya,
Mana dia adab menunduk org muda bila berlalu depan yg tua?
Mana dia santun anak gadis bertutur kata?
Anak-anak biadapnya mewarisi org tua terdahulu mereka,
Boleh menengking sesedap rasa,
Dihantar ibu bapa mendiami rumah bakti, alasan sibuk bekerja,
Inikah dia bangsaku yg kononnya dah Merdeka?
Hancur bangsa kita jika ini yg bermaharajalela,
Ideologi barat yg songsang jugalah yg didewa-dewa,
Kita ada agama...kita ada adat..kita ada semuanya,
Tanyakan lagi diri apakah kita juga sudah merdeka?
Atau hanya korban dari Merdeka yang pura-pura,
Luarnya megah, isinya kosong ... jika ada pon umpama sarap jua,
Hakikat merdeka perlu diperteguhkan segera,
Walaupun perjuangan dulu dengan sekarang banyak berbeza,
Nyata, tujuannya sama…

ps: kredit utk penulis yg tak mahu namanya tertera...

:: Sajak Pilihan ::

Kali nih sajak aku dlm BI laks...dlm minggu buhsan nih, aku layan CD ja, tetiba terbekenan lak kat satu filem nih....hero fav la nih, ekekkeeke...trus la copy sajak besh dia..sekadar renungan.
Love at First Sight

Both are convinced
That a sudden surge of emotion bound them together
Beautiful is certainty
But uncertainty is more beautiful
Because they didn’t know each other earlier
They suppose that nothing was happening between them
What of the streets, stairways and corridors,
Where they could have
Passed each other long ago?
I’d like to ask them whether they remember
Perhaps in a revolving door ever being face to face,
“an excuse me” in a crowd
or a voice “ wrong number” in the receiver
But I know their answer
“no” they don’t remember
They’d be greatly astonished
To learn that for a long time
Chance had been playing with them
Not yet wholly ready
To transform into fate for them
It approached them, then backed off
Stood in their way
and, suppressing a giggle, jumped to the side.

By: Wislawa Szymborska

Friday, September 02, 2005

:: Kenduri di Ayer Itam ::

Semlm aku gi kenduri member research kat Ayer Itam, Kedah. Gi ngan salah sorg xmler's la (cikmaz, iaitu pengasas pertama nama UNTAKUNING)...heheeh..sib baik ada dia..km berdua ja wakil kaum hawa semlm...hah, kan dah kena soal ngan pengantin "Mana pi geng2 lain?"...kelu ja la aku...nk bgtau kabar sorg2..kena la taip karangan siap2 seblm pi sana kot..

Comel ja klu dah jadik raja sehari nih...dari tembam trus jadik kecut, dari golap jadik cerah pulak (tp pengantin semlm mmg cerah..melepak org kedah ckp) heheheh...yer la..bkn aper nk jugak kelihatan berbeza dari biasa ye dak? Seumur idop biag skali nih...rugi ler klu tak melaram abis.. tapi yg tak bestnya, aku tak berpeluang amik gambar dia, sbb kamera peribadi dah tertinggal plak...excited sgt nk pegi..dh lupa plak..

Apa2 pon aku ada backup ..cik maz ada bwk, but lambat la leh tgk,ekekek...Gi ngan geng2 research ...kenduri plak budak research..juper kwn2 research yg lama..eh, reunion la nih...hehehhe...w/pon pada mulanya sorg pon kami tak kenai....tapi dah juper ngan geng2 lama, terubat ghasa 'asing' tadik...

Lps juper pengantin, amik restu,...eh! sempat pulak si pengantin tanya soklan cepu cemas kat sorg2 rombongan kami " Bila lagi hampa?" (dlm dialek kedah pekat nih). Kami seko2 cumer mampu sengih cam kerang wangi, ada bagi alasan 'i am still young", ada yg tunggu org sebelah dan ada plak yg terbatuk2...hmmmm...penangan soklan cepu cemas la tuh..aiseh, cuber la tanya bila nk VIVA ka..apa progress ka...siok la nk sembang pjg...tak gitew geng?

OK lah, abis sudah bersalam bersalaman...back to UUM la apa lagik? Dlm perjlnan layan perlis fm... driver kempunan nk dgr sajak merdeka (dlm loghat Perlis pure)... aku n maz dah dgr skali.....fuih, mmg susah nk paham jugak apa dia ckp..
ps: Apa2pon Tahniah utk Rusnida Romli n pasangan...moga berkekalan hendaknya hingga akhir hayat.

Tuesday, August 30, 2005

:: Tak Kisah la ::

Semlm aku ada call penyelia tesis aku....yer la nk update la stlh last week antar draft tesis dari bab 1-3...yg lama dah ilang mana ntah....silap aku jugak, dah lama ngat baru nk update. tapi naper bisa ilang? hehehheh..nk carik, pepaham ja la bilik2 org2 profesor nih kan....byk percambahan ilmu, so bilik agak bercambah ..padat ngan paper2 .

Rentetan dari insiden tuh, aku dah mula2 mencongak baper byk masa akan diambil utk aku dpt kembali tesis aku yg hanya ada 70 page tuh. Ghasa2 dlm 2 minggu utk bab1-3, then bab 4-6, lagik 2 minggu..mean sebulan la aku kasik. secara formal blom aku bgtau prof, tapi itu kiraan peribadi aku la. isk isk...tetiba ada ghasa panik sket timbul. yer la, bkn tatau U*M nih...sukak beno apply prosedur baru yg ntah apa2.....aku dah naik j**ak ngan semua tuh....Aku dah tak kisah lagi .... yg aku mauk, keje kena selesai.

Memikirkan Sem depan nih buat aku fenin...mana nk bayag yuran plak...sosah hati la....pasti ada aja yg meghalang ...yer la kan...klu tgk dlm drama2 pon ..hero slalu akan diaberi halangan seblm dapat kejayaan...hehehhe..(ala2 Dr Xu Jun gaks ..tak tahannn!!!). Sama la kot ekekekekke.. Ada jugak rakan2 seperjuangan yg bakal berdepan masalah yg sama cam aku. Hope sgt mudah2an Allah bagi kami selesaikan perjuangan research nih ngan mudah.~Amin~

Monday, August 29, 2005

:: Tak cayer aku!!! ::

Aku baru balik dari kg. Actually aku balik hari tuh pasal ada interbiu kat Poli Seberang Perai. Mcm mana la depa lak yg panggil sbb aku dah terlepas tarikh utk interbiu kat Arau. Nk wat camner...mana tau ada rezeki, aku pegi ja la.

Aku ingat pi tuh suka2 ja la...depa pon bukan officially panggil aku, depa email cenggitu ja. Aku reply la leh pi. Saja nk try luck! Tak cayer aku sampai2 sana, ramainya umat. Kebanyakannya IT dan Sc.Comp. Alamak..yg mai dari Kelantan, Johor, KL...isk isk...muka sorg2 pon mcm berkaliber ja. Yer la banding ngan aku yg ehem2..tak la ada pengalaman ngat interbiu utk jwtn lecturer nih...pes time nih!

Disebabkan ramai ngat, depa mintak volunteer sapa2 yg nk ke sesi ptg.Halamak, Jumaat btol la jugak. Siyan kt org2 jauh, so aku n 4 lagi calon bg peluang yg jauh2 utk ditemuduga dulu...yer la aku leh lepak ngan mak kat surau lu.

Lps solat Jumaat kami kembali ke Library, tmpt temuduga tuh. Aku berdua ngan kwn lagi sorg yg mai awai. So, kami tunggu la kat luar bilik temuduga. Tak lama, sumua calon pon smpi, bersama2 penemuduga. Aiseh, kami berlima (3 pompuan, 2 lelaki). Yg lelaki sorg tuh budak Elektrik, bukan IT. mcm2 bidang la nih, bukan IT je depa nk ambik.

Aku calon terakhir utk sesi petang. 2 panel dah maleh dah nk temuduga pon...masing2 kemaskan barang dah. Ada ka patut dia ckp permohonan aku dah nyaris dia tolak sbb sepatutnya aku temuduga di Arau..sedey ja dgr. Tapi lps tuh dia tanya " Ada kenai sapa2 ka kat Poli Arau?"..isk..musykil aku...jwb ikhlas la...En Hassan...aiseh...dia ckp patut la...Aku dok paham la apa maksud dia? (kak ani tolong!!!!)dlm hati aku dah seriau la, sah kena reject la nih...Aku Pasrah..

Balik ja dah ptg, semua interbiu aku utk bulan nih dah habis agaknya...Lega, penat ooo gi interbiu..nk kena pikiag jwpn spontan nih payah nak karang...ekekke...Begitulah citer minggu lps.Ada satu lagik, hajat nk mkn kasik kenduri lom termakbul. Aku mau mkn nasik kenduri, nasik tomato or minyak, lauk ayam masak merah, daging masak besar...nyum nyum....tapi kenduri yg aku gi baru2 nih (semata2 kerna tingin sgt nasik kenduri) tak memenuhi requirement...nasik putih, aiseh..kena carik lain...hehehheh..
OK la, sambung celoteh lain kali ~ sekian~
ps: aku dah ada handset, so leh la contact mcm besa. Adios!

Tuesday, August 23, 2005

:: Seminggu yang Demam ::

Demam menyerang pada awal minggu aku balik kg...ah, mcm mana nih? Aku ada misi plak pada 16/08 utk membawa balik AES pulang ke tuan empunya....sedey lagik...asyik kena jaga kete org, then kena pulangkan...kan best klu dapat trus...(byk cantek, beli la sendri..ekekekek).

Demam kuat sgt, cam nk pengsan pon ada...berjangkit dari adik aku la nih....cesshhh..antibodi aku mmg Cap PMC...second hand...tak per...ujian Allah nih...kena la redha..mmg aku dah tawar hati nk ke Kelantan Darulnaim pd mulanya....but mengenangkan mak aku yg beriya nk menjengah umah anak sulongnya...tambah lak ngan mmg tugas aku menghantar kete tuh ....kami pon setuju la utk pelan2 konvoi ke sana..

pagi Selasa tuh, sakit aku tak kebah jugak..demam ja la, penin dah ilang.Aku gagahkan jugak bgn mandi n siap2 nk jalan jauh nih....tangki minyak dah aku penuhkan semlm, yer la nk jalan jauh kan...tepat pd masanya aku konvoi ngan famili abg aku ..aku n mak jer dlm kete AES tuh, so selesa la kami....

Jauh deh jale ke kelate! Aku dah pekak masa lalu jalan2 yg berbukit-bukau ..area2 Greek n Jeli tuh mmg menyeksakan...demam aku pon satu....idong tak selesa...telinga asyik bingit ja...aku tak dengar bunyik enjin kete...serius, aku da panik memula...ingat dah pekak dah!.mak aku dok bersembang pon aku tak dgr ngat..nmpk mulut dia berkumat-kumit....tapi sora? ujung2 ja aku dgr...ah Sudah!

Sib baik smpi di Greek abg aku berenti kat tmpt berehat yg ada permandangan cantek tuh....tmpt sama aku n eda pernah berenti dulu...ehehhehe...takde org, so aku ambik kesempatan la menempek jap ..org demam...kekekekkek...

Pas tuh, perjalanan diteruskan tanpa rehat...Yes! at last aku berjaya bwk jugak kete smpi Kelantan..Alhamdulillah sgt...aku takut pitam ja tadik....smpi kat tanah merah kami berenti solat Zohor, then truskan lagi ke Binjal...then ke Banggu iaitu tempat abg aku stay...heheh..pes time dgr nama tmpt tuh pelik pon ada...but, yer la dah nama dia cam tuh, nk wat camner?

Selama 4 hari di sana..tak byk xtvt yg aku buat pon...yer la demam aku masih bersisa...tapi hari Jumaat tuh, abg aku bwk berjalan jugak...tmpt tuh dekat ngan pantai Irama...so, ke sana la kami...kami sempat singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah...KB Mall...hehheh..ok la tuh...
Sabtu aku n mak dah naik bas balik ke Kedah...pagi kami bertolak ..smpi di PB koi 5 ptg jugak la....penat nih toksah citer la....dah la tepon ilang baru2 nih, payah la nk tepon org soh ambik kat perhentian bas...naknya koi 7 mlm jugak smpi umah....so penat ...tapi demam tak abis2 lagik..tensen...biag ja la..lama2 baik la tuh...

Saturday, August 06, 2005

:: Sejenak di Politeknik Perlis ::

Jumaat lalu aku bertiga sahabat gi melawat member se'research' di Politeknik Perlis. Tujuannya nk sampaikan hajat kekwn...pesanan penting utk masa depan...uik...berat bunyik tuh? tade mender la...nk carik lobang2 keje la...dah besau gini tade keje lagik!

Best jugak kat sana ek, aku pk sorg2 .... suasana sana mmg best, mcm waktu sekolah2 dulu. pendek kata mmg sesuai la klu sapa2 nk mulakan karier ngajo nih... cikgu-cikgi la jadinya. takyah nk pk smbg Phd ke, wat research ke...syok ja pi kelas...student pon tak ramai lagik.

Kebetulan masa gi tuh, nk dekat waktu lunch. Akak tuh belanja la kami mkn kat cafe. sambil2 tuh dok sakan la bukak citer sorg2... topik yg menjadik tumpuan , spt besa la nasib kami yg slalu dipinggirkan oleh pihak2 tertentu di UUM..ada la (nk bgtau kang kena saman, naya gue!)..

Topik lain? hheheheh..AP la...abis la agenda Sesat sejagat dibincangkan...mmg bergetar jantung dgr perbincangan.....ya Allah, takut ghasa.Dah abis org solat Jumaat, kami beredar ke kuartes akak tuh, nk solat zohor. Dok kejap lepak2 ngan dia. Tgk gambar lama simpanan dia. Hehhehe.....kenangan tuh, zaman kecik2...

sudah selesai, km balik la ke UUM. pukul 5 lebeh kurang smpai la kat umah masing2. Gitu la alkisahnya ke Poli Perlis. ~

Wednesday, August 03, 2005

:: Slot SMS Kelakar ::

SMS 1:
Bhs Inggeris anda lemah?

Latihan 1: Bow wrong car card two are, hang up they gent they law, neck neck sue dare two are,g-g think all do are...

ps: lembutkan lidah bila menyebut BI nih, InsyaAllah cekap la lps nih.ekekekekekke

Tuesday, August 02, 2005

:: Sajak Pilihan ::

-AKU YANG SORANG-
aku yang sorang..
hidup sorang..
buat amende semua sorang..
mati nanti sorang gakk..
makan sorang2..
minum pon sorang2..
nak makan dua orang..
apakan daya..takde 'orang'..
berjalan sorang2..
berlari sorang2..
lepak sorang2...
bermimpi pon sorang2..
berangan sorang2...
jiwang pon sorang2..
pegi bandar sorang2..
balik Bandar pon sorang2..
pergi toilet memangla sorang2...
bersendirian memang sorang2 pon..
semalam aku sorang...
kini aku masih sorang..
esok lusa sorang lagi kot..
takkan selamanya aku sorang kott..
tapi.. aku bukannya orang-orang..
aku juga bukannya orang minyak..
dan aku juga bukannya orang gila..
dan aku juga bukanlah orang jahat..
tapi aku juga orang..
macam orang lain jugak..
aku tahu..aku bukanlah orang berada..
aku juga bukanlah orang glamer..
dan aku bukanlah orang ternama..
walaupun aku hanya orang biasa..
aku tetap orang...aku yang sorang...
walaupun aku sorang aku tetap orang..
takkan selamanya harus aku sorang..
untuk itu..carilah sorang..
seseorang yang akan mengubah hidupku yng sorang..
tapi...masalahnya..
layakkah aku bertahta di hati seseorang?
..aku seorang orang yang sorang....

ps: sajak nih kelakag giler, kredit utk kak zack MOT

:: Hangin Kuat di UUM ::

OK, I'm back.. utk adinda wasat, kak ct dah kembali menarikan jari-jemari menulis nukilan ttg peristiwa berangin di bumi Sintok.

Hari Ahad lps, aku n hosmate gi antar kete kat umah member dalam UUM nih. Suasana mcm best ja mlm tuh, angin sepoi2 bhs pada mulanya... keadaan dingin gitew! Niat hati nak check duit dulu sbb esk nak gi bengkel ketuk kete, mau ambik kete. try check baki, udah bank-in duit, so esok ja la ambik.
Abis urusan, kami pon tinggalkan kete pinjaman kat umah tuannya. Gaya nk melangkah balik ke umah, angin kuat sgt....byk la ranting2 pokok berdekatan patah menimpa bumi...takut pon ada..mcm ada yg tak kena....Tsunami bakal melanda lagik ka? itu ja benda pertama aku pikiag.

Kami ghisau ujan sekali...tapi aku n hosmate pasrah melangkah dalam keadaan semuanya berterbangan dek angin kuat itu. Terasa sejuk mencucuk hingga ke tulang itam, s/pon aku kenakan sweater yg tebal...menunduk ja jalan sbb mata dah pedih dek pukulan angin kencang.

Ada jugak tanda2 nk ujan, sbb kelihatan titisan2 air kecik terkena kulit....hmmm, sah akan ujan nnt...kami nekad teruskan perjalanan ke umah sbb tanak la basah ditengah jalan...langsung langkah dipercepatkan hingga ke simpang umah....Alhamdulillah, syukur kami sempat smpi sebelum ujan...

Adakah itu petanda atau amaran dariNya? dah byk sgt kes pelik kebelakangan nih. Kes Sesat Sejagat la, kes sosial makin melampau la, tak kurang kegiatan dadah yg makin berani....dunia dunia...apa kejadahnya nih? (wan kamarudin, NTV7)

Wednesday, July 27, 2005

:: Sesat di Penang ::

Sblm citer, aku nk gelak lu....ekekekkekeek..saja la gelakkan diri sendri sblm org lain tlg gelakkan. Citer bermula pada tanggal 25 Julai lepas. Aku kena panggil utk exam LHDN, utk jwtn pegawai Penaksiran,..isk isk ada ka patut! Mana kena ngan bidang aku IT nih..tapi aku gi ja la.

Nk dijadikan citer aku pes time gi penang sesorg diri n drive lagik tuh. Yg pastinya aku tau satu jalan ja, masa nk naik jembatan dari highway...yg lelain kena la mintak petua petui. Kwn aku bagi petua la...but aku yg kena padankan ikut gerak hati....yer la, kekdg miss comm memanjang aku nih.

Aku diberi petua ikut lorong tengah, skali smpi jalan nk abis dah terpecah..aku dah nerbes la ikut ja lorong nk ke USM, aiseh...dlm ati dah silap arah tuju nih. Camner nk wat? kena pusing U la, keh keh keh! Aku siap kuar tepon member kat public. Horor la jalan Penang, dah la kecik, kete sumua tarak sopan hey! Semua org ngan bestnya pecut, smpi aku pon kecut perut tgk!

Dia kasik landmark bangunan Sunny Point. Hmm, mana nk nmpk sbb arah bertentangan. Fuh, at last juper gaks bangunan tuh, aku parking kete kat dlm apartmen dia, Villa Sri kenanga. Not bad la. member aku nih dah abis MAster dia...setahun ja, buat kat USM. Then plan tahun depan gi sambung PhD kat OZ... baguih dok ada.

Dah abis test, aku pon mau balik umah la. Dia skali lagik menurunkan petua petuinya kat aku..cara2 nk kuar ke jembatan. dan lagi skali aku lost in action. Saipa ek? mana taknya...smpi ja kat jalan yg patut aku masuk, tetiba kete beremba2 ...aku nk tgk papan tanda lagik...aiseh, dah terkatup lak ngan dedaun pokok rimbun...mana satu nih? Last2 aku ikut instinct sendri...buat pusingan sesuka hati depan umah sapa ntah, aku truskan perjalanan ikut gerak ati la nih.

Fiuh!!! Lega, depan lagik aku nmpk sign board ke jembatan. Lega hati beta! balik la aku dgn senang hatinya. tapi Opssss..apsal aku masuk ke Megamall penang nih? ini ke bagan plak dah..ah sudah! dah la situ semua jalan under construction...sosah ati lagi... mana nk carik jln.

Alahai, belasah punya belasah, aku ikut ja kete2 tuh secara bijak. Konon tau2 ja jalan. Oooo...semua senasib rupanya, disebabkan lencongan semua lalu situ. Aku buat u turn lagi skali..nah, trus ambik ke Perai.

i'm home at last! Syukur nak~

Monday, July 11, 2005

:: Berakhirnya Kisah Penat semlm ::

Di pagi hening, masih berbaki rasa ngantuk yg telah disedarkan oleh wuduk sewaktu solat subuh tadi. Tapi mengapa begitu kuat hasutan untuk teruskan tidor sesudah subuh? AKu perlu kuatkan hati nih, jika tidak mahu trus hanyut dek perasaan yang terbuai. Mmg best waktu2 tuh, but org tua2 la ckp, rezeki tak murah nanti. Payah nk dapat apa yg dihajati.

Yes, pagi tadik w/pon aku lepak balik ke tmpt beradu, tetiba ingatan terimbau kisah 2 hari lepas sewaktu nk mendaftarkan diri utk semester baru pengajian. kenapa payah lak kali nih? Puas mintak rayuan utk menangguhkan bayaran yuran, tapi tak dapat. Isk, dugaan nie. Setelah penat berjumpa ngan org2 yg berkenaan, aku redha. Bukan aku sorg ja, ada dua tiga org lagi yg sama kes mcm aku. Last2 kami mengambil langkah utk membayar saja..apa nk buat dah nasib kami agaknya.

Esk aku n kwn sorg lagi nekad membayar saja jumlah yg diminta. Moga Lps nih, kami buleh menjalani hari2 spt biasa. Dah penat naik turun pejabat kt Canselori. AKu PASRAH!

Thursday, July 07, 2005

:: Welcum to UUM::

Semlm punyer citer. Byk sungguh budak2 foreigner kat blok aku....isk biag betoi...umah sebelah aku pon dah ada org kemaskan. Sah ada jiran tetangga baru, hope melayu, sbb aku klu nk kecek BI lomah sket...kang tak pasai2 sorg ckp bhs ayam sorg bhs itik...dua2 geleng paler...

Rupanya bukan blok aku ja, semua blok kolej Maybank mmg jadik penempatan budak2 negara luar. Ada putih, ada itam, ada tinggi ada pendek....isk isk...yg pastinya rupa paras leh dibezakan dari melayu n bangsa2 lain kat mesia..

Apa2 pon welcum la aku ucapkan kat depa2 nih....begitu nekad mai UUM yg dok kat cerok kedah nih...SYABAS!

Monday, July 04, 2005

:: Artikel Pilihan ::

PERJUANGAN MELAYU BELUM SELESAI
Robert Audrey dalam bukunya The Hunting Hypothesis pernah mencatatkan dalam pemerhatiannya akan perangai dua spesis burung camar yang suka bersarang di dua tempat yang berlainan. Satu spesis burung camar suka bersarang di tepi pantai manakala satu lagi suka bersarang di lereng-lereng bukit yang curam.

Hasil kajiannya yang bertahun-tahun itu, beliau mendapati bahawa yang bersarang di pantai hanya mencatatkan kurang daripada 70 peratus kadar kebarangkalian hidup berbanding yang bersarang di lereng bukit mencapai sehingga 90 peratus. Anak-anak spesis burung camar yang bersarang di lereng bukit sebaik sahaja boleh terbang, harus mampu terus menerjah awan walaupun ia buat kali yang pertama. Jika tidak, maut menanti di bawah. Dalam masa yang sama, anak burung camar yang bersarang di pantai tidak menghadapi tekanan yang sama tetapi sering menjadi makanan pelbagai jenis musuh.

Manusia dan burung camar tidak sama. Tetapi kita boleh mengambil iktibar daripada pemerhatian alam itu. Yang jelas apabila dalam keadaan tertekan, setiap spesis akan membuat perubahan demi untuk meneruskan kehidupan. Mungkin itu jugalah, niat yang tersirat apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengenepikan 'tongkat' yang diberikan kepada orang Melayu selama ini.

Mereka yang sudah biasa dengan tongkat itu, menganggap ia tidak wajar malah perangkaan menunjukkan pemilikan ekuiti Bumiputera yang pernah mencapai pada kadar tertinggi 23 peratus kini telah merosot kepada 18.7 peratus. Malang sungguh kita kalau selepas 47 tahun bantuan yang telah dihulurkan, kita masih tidak mampu 'berjalan sendiri'.

Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kerajaan dan UMNO khususnya yang melalui barisan pemimpinnya yang berjiwa murni telahpun mengusahakan pelbagai insentif dan sokongan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang Melayu sudah mencatatkan banyak kemajuan sejak kemerdekaan tetapi pencapaian masih terumbang-ambing dan terlalu rapuh.Apabila menghadapi sedikit tekanan ekonomi sahaja, semua kejayaan yang dicapai selama ini akan lebur sekelip mata. Lebih menyedihkan lagi, bila orang Melayu menjadi 'lupa diri' dan hanyut dalam mengejar kebendaan sehingga mengabaikan amanah yang dipikulnya. Akibat daripada itu, kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial dan untuk menggelak isu sebenar, kita cepat menunding jari kepada orang lain.

Jelas bahawa dalam kita menunjukkan kemampuan mencapai kemajuan fizikal, kita lupa untuk membangunkan insan dan saksiah diri. Kelunturan akhlak dan jati bangsalah yang akan lama-kelamaan membawa kepada binasanya sesebuah negara. Untuk mampu maju kehadapan dan bersaing dengan berkesan, bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa, minda orang Melayu harus diubah. Kita harus sentiasa mampu untuk muhasabah diri, berfikir, sentiasa mencari ilmu dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah s.w.t. Perjuangan kita untuk membina bangsa Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang perlu diteruskan dengan lebih gigih lagi.
ps: Bukan nak pro atau anti gov, sekadar renungan bersama, yg baik jadikan iktibar.

Sunday, July 03, 2005

:: Kg Perlis with Luv ::

AKu kembali ke daerah asal ibuku Khamis lepas. Begitu tenang suasana sawah padi yang menghijau. Kg tuh merupakan tmpt kami adik beradik n sepupu sepapat berjumpa setahun 2 kali sempena hari raya satu ketika dulu. Masa tuh best sgt, arwah tok wan aku masih ada. kami pon kecik2, sebaya ja. Hee heh heh..yang pastinya sawah bendang tak pernah aku terokai. Heheheh, alergik lintah n pacat. klu naik seko ghasa mcm akan mati ketakutan jerk. hehhehe, masa kecik gitu la rupanya, tapi dah besau OK dah.

Skrg keadaan kg mak aku tak sama lagik. Dah usang, suram and tak de 'world' lagik (isk, ala2 Mawi AF3 lak). Arwah tokwan aku tinggalkan umah yg besag dah dikecikkan, tinggalkan sawah nan luas, dh dibahagi2kan. Apa yg ada utk kami cucu2 dia? hanya kenangan silam. Tinggal ibu rumah nan usang dan sedikit ruang dapur utk keluarga pak lang aku berteduh menjalani keidopan seharian.

Fuish, mcm tak sedag waktu kian merangkak ke mlm hari sewaktu aku berada di luar kwsn umah ptg tuh. Langit jelas terpancar warna-warni yg MasyaAllah, cantik lah! sayang takde kamera, klu tidak mahunya aku snap sesuka hati buat kenangan. Sempat aku layan jiwang masa kat luar tadik.Mengenang dulu n sekarang.Naper x sama lagi? naper? Sedih n sayu ja. kalau tidak ptg2 begini kami sepupu2 gi halau burung2 ciak, meniti atas batas bendang. dari jauh lak, nmpk pakcik aku ngan joran di tangan, bwk balik ikan haruan. Tok aku n Acu sebok kat dapor menanak nasi n menggulai ikan yg masih 'fresh' dari sawah. Paksu yg sebaya abg aku baru balik dari mandi kat ban tadop. hehehehe..meriah gitew!mlm2 budak2 ngaji kat umah jiran tok, dgr sora2 mersik smpi ke umah. Hmmmm...( sambil menarik nafas panjang). Semua tuh tersimpan kemas dlm lipatan memori , kekekkekeke.

Satu benda yg paling best kat sana. Tidor mlm besh sgt. 'aircond' semula jadi berhembusan hingga subuh hari. Isk isk...bahasa2 aku pon dah ala2 beralun, bak riak angin sepoi2 bhs yg meniup mlm aku di sana. Esk pagi bertolak ke bandar baru. Kejap ja ghasa dok Kg Perlis. hehehhe, takper, sekali sekala aku leh jenguk lagik. Aku angkut bwk balik rombongan paklang balik bandar baru. hehehhe...biar diorang merasa angin bukit pulak.

Wednesday, June 29, 2005

:: Lirik Pilihan ::

-:TiAdA LaGi TaNgiSaN:-
Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belaian manjamu
Semua telah berakhir...
Ketenangan hidup menyinariku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Aku mengenali siapakah diriku yg sebenarnya...
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi airmata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka...
Semuanya diduga
Pertemuan kali ini
Takkan berkekalan
Berakhirnya istana bahagia...
Biarkan aku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta
Yang menghiris luka
Titisan airmata yang kini kekeringan
Tak perlu menabur kasihmu...
Dan kini tertutup jendela harapan ini
Kau yg menanti ke pangkuanku
Semua takdir yg telah kutemu
Kanku rela segala tanpamu

Apakah ini rasanya.....?

Jika kau bertanya Tentang suka dalam diam.  Mungkin Ia adalah rasa indah dalam dada Yang tak sanggup diungkapkan Karena Ada kecemasan  Janga...